Thursday, July 15, 2010

KAKITANGAN PEJABAT PUSAT KHIDMAT RAKYAT TETAP TEGUH BERSAMA YB SHUHAIMI

SRI MUDA - Kakitangan Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Adun Sri Muda tetap bersemangat untuk meneruskan tugasan demi memastikan rakyat mendapat pembelaan yang sewajarnya yang sekian lama di abaikan oleh pemerintahan yang terdahulu.Biarpun ujian yang cukup getir terpaksa dilalui selepas YB Shuhaimi dipanggil ke pejabat sprm namun akan tetapi ia tidak sama sekali melunturkan semangat kesemua kakitangan yang bertugas di Pejabat Pusat Khidmat Rakyat ( PKR ).Tidak sekadar YB Shuhaimi Yang dipanggil untuk memberi keteranggan dipejabat sprm namun akan tetapi baru - baru ini seorang kakitangan Pejabat Pusat Khidmat juga di arah hadir ke pejabat sprm untuk diambil keteranggan.

Biar apapun tekanan serta cara yang digunakan oleh pihak pembangkang di Negeri Selangor untuk mengganggu kesetabilan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor tidak sama sekali akan melunturkan semangat serta keazaman kesemua kakitangan Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Adun Sri Muda untuk teguh berjuang bersama YB Shuhaimi demi kesejahteraan Rakyat kearah Malaysia yang baru.



Dipejabat sprm ini kakitangan PKR Adun Sri Muda memberikan keterangan baru - baru ini


Antara rakan - rakan yang hadir memberikan sokongan kepada kakitangan PKR Adun Sri Muda

No comments: