Friday, July 30, 2010

JABATAN PENGALIRAN DAN SALIRAN ( JPS ) DAERAH KLANG AKAN

BERTINDAK SELEPAS BERLAKUNYA BANJIR ?




JOHAN SETIA - Sikap tunggu dan lihat sering menjadi amalan dan budaya sekian lama oleh Jabatan Pengaliran dan Saliran ( JPS ) Daerah Klang didalam mengambil tindakan kepada permasalah sistem peparitan yang sering berlaku banjir di sekitar kawasan Dun Sri Muda.Kenyataan seperti ini bukan bertujuan mencari kesalahan dan menuding jari kepada pihak yang bertanggungjawap namun akan tetapi itu kenyataan yang sering berlaku semenjak pemerintahan kerajaan umno & bn lagi.YB Shuhaimi Hj Shafiei sering melahirkan rasa dukacita serta kesal di atas sikap sambil lewa pihak bertanggungjawap menyelia sistem peparitan yang sepatutnya mengambil langkah awal untuk mengelak dari kejadian banjir berulang.



Shuhaimi Hj Shafiei baru - baru ini telah meluangkan masa meninjau kebeberapa lokasi di sekitar DUN Sri Muda yang sering dilanda bencana banjir apa bila yang turun dengan lebat.Hasil tinjauan pada hari tersebut Shuhaimi Hj Shafiei mendapat jawapan yang begitu tepat punca utama permasalahan bencana banjir adalah kerana sistem peparitan yang tidak diselggarakan dengan teratur.Hampir keseluruhan parit serta anak - anak sungai telah dipenuhi oleh rumput yang tumbuh subur serta sampah sarap yang telah menghalang kelancaran pengaliran di parit serta anak sungai tersebut.Shuhaimi Hj Shafiei begitu berharap dan memohon kerjasama dan tindakan yang lebih proaktif dari Jabatan pengaliran dan Saliran (JPS) Daerah Klang agar dapat menlakukan kerja - kerja pembersihan dalam kadar yang segera kerana dikhuatiri sekiranya tindakan sengaja di lewat - lewatkan akhirnya penduduk setempat akan menghadapi bencana banjir sekali lagi.



"ANAK SUNGAI BAGAIKAN SUDAH MENJADI SEPERTI HAMPARAN RUMPUT YANG HIDUP SUBUR DIDARATAN"






2.



3.





No comments: