– October 28, 2012Posted in: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Barisan Nasional, Berita, Berita Nasional, Exco, Fokus, Pakatan Rakyat, Politik & Berita Nasional, Terkini, Wakil & Institusi Kerajaan
965 views
TANJONG KARANG, 28 OKT – Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar
Ibrahim percaya Pakatan Rakyat (PR) mampu menawan Putrajaya dengan
permainan politik bersih tanpa perlu mengikut rentak budaya kotor
Umno-BN.
Bercakap dihadapan 400 orang penduduk pada majlis Jelajah Merdeka
Rakyat di Dun Permatang, Anwar berkata, kemenangan secara matang itu
lebih signifikan daripada menggunakan budaya fitnah dan penindasan.
“Saya tidak datang untuk mencerca Najib, Rosmah dan Umno.
“Saya nak menang rakyat bangkit menolak rasuah dan fitnah,” katanya.
Jelasnya meskipun Umno-BN menguasai seluruh jentera kerajaan termasuk
media, namun hakikatnya mereka terus merasa goyah memandangkan sehingga
kini banyak isu yang gagal dipertahankan melainkan memburukkan PR.
Beliau menambah, apa yang penting, rakyat jangan terkeliru dengan
dakyah yang dimainkan media yang terus-menerus memutarbelitkan fakta
sebenar.
“Sebab apa dia (Najib) takut? Dia punyai televisyen, jentera dan wang kerana dia ada rasuah.
“Sebab itu dia tidak mampu jawab,” ujarnya lagi di Warung Nasi Ambeng Ibu, Kampung Sungai Gulang-gulang Tanjong Karang.
Anwar sekali lagi mengulangi ikrar beliau untuk menurunkan harga
minyak dalam tempoh 24 jam selepas PR menawan Putrajaya selain
membatalkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) beserta
hutangnya.
Jelajah Merdeka Rakyat turut disertai Menteri Besar Selangor, Tan Sri
Abdul Khalid Ibrahim yang tiba pada jam 12.30 tengahari bersama
rombongan dengan menaiki bas Jelajah Merdeka Rakyat sambil diiringi
motosikal berkuasa besar.
Turut hadir, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, Ketua Penerangan PKR
Selangor, Shuhaimi Shafiei, Adun Kota Alam Shah, M Manoharan dan
Penyelaras DUN Permatang, Yahaya Saari.