Loading...

Tuesday, October 9, 2012

Umno BN hanya boleh menang dengan penipuan SPR dan JPN


(Sidiqin Omar)

KUALA LUMPUR 8 Oktober: Umno BN boleh menang pilihan raya umum ke-13 hanya dengan penipuan dan konspirasi di antara Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), kata Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Shuhaimi Shafiei.

“Kalau nak menang, lawan secara anak jantan. Saya nak ingatkan mereka, kalau masih menipu untuk menang, samalah macam Hosni Mubarak.

“Sebab BN tak ada cara lain untuk menang melainkan muslihat dan penipuan,” katanya ketika dihubungi.

Dalam pendedahan sebelum ini, Projek Analisis Daftar Pengundi Malaysia (Merap) mendapati, terdapat kira-kira 100,000 nama bermasalah dan digabungkan dengan beberapa isu sebelum ini akan menjadi 400,000 pengundi meragukan.

Merap menjelaskan, 400,000 pengundi meragukan dalam daftar pemilih itu mampu mengubah 35 kerusi Parlimen.

“Daftar pengundi tercemar. Ribuan nama meragukan dalam senarai. Bila kita semak ke lokasi sebenar, alamat tidak wujud.

“Sebagai contoh di Jalan 25/135, Taman Seri Muda. Rumah berakhir di nombor 85. Tapi dalam daftar pemilih ada nombor 86, 87 sehingga angka 200 lebih,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Muda itu.

“Bantahan telah dibuat pada suku kedua 2011. Dari 136 nama, kita berjaya gugur 122 nama dengan kos RM10 setiap nama. Pelikya, pada suku pertama 2012, nama sama ada semula dalam daftar. Kalau ini bukan penipuan dan muslihat, apa lagi?

“Ini jelas manipulasi Umno BN menggunakan SPR dan JPN,” tegasnya.

Shuhaimi turut mendedahkan pemindahan melibatkan pengundi Melayu dari kawasan majoriti bukan Melayu, ke kawasan yang ditandingi calon Melayu dari Pakatan Rakyat.

Menurutnya, antara kes berkaitan membabitkan dari kawasan DUN Seri Andalas (Dr Xavier Jayakumar-KEADILAN) ke DUN Seri Muda.

“Umno BN perlu lapan hingga sembilan kerusi DUN untuk menang di Selangor. Memindah pengundi Melayu akan mencipta persepsi Selangor dikuasai DAP. Ini strategi serampang dua mata mereka. Kita akan lawan,” katanya.

No comments: