Wednesday, November 26, 2008

Lawatan Ke Pasar Pagi Taman Sri Muda

Lawatan dan tinjauan YB Shuhaimi ke pasar pagi Taman Sri Muda (27 nov 2008)

TAMAN SRI MUDA, YB.Shuhaimi Haji Safiei telah lakukan lawatan dan tinjauan ke Pasar pagi Taman Sri Muda untuk melihat sendiri pemasalahan dan kesulitan yang dihadapi oleh peniaga - peniaga serta pelanggan semenjak pasar pagi tersebut dipindahkan ke tapak sementara.

Lawatan YB Shuhaimi tersebut turut di sertai oleh Ketua - ketua JDM Sri Muda 1,2 dan 3 dan persatuan penjaja Sri Muda serta wakil pemaju.Dalam lawatan tersebut YB Shuhaimi telah meluangkan masa untuk mendengar keluahan para peniaga berkenaan dengan kesulitan mereka untuk menjalankan aktiviti perniagaan di tapak sementara.

Persatuan peniaga yang di wakili oleh setiausahanya Puan Haslina Binti Ghazali telah menggemukakan beberapa persoalan serta permintaan agar dapat di ambil perhatian serta tindakan seberapa segara daripada pihak YB.Antara yang perlu diambil tindakan segera adalah untuk membuka pagar yang menghalang laluan pejalan kaki yang menghubungkan pasar pagi dengan Plaza Sri Muda.Turut di timbulkan adalah agar dapat pihak MBSA membenarkan peniaga - peniaga pasar pagi membina tapak berniaga yang berbumbung kerana memandangkan faktor cuaca yang tidak menentu serta tempoh menduduki tapak sementara yang terlalu lama hampir 1 tahun 5 bulan.

Lawatan yang turut mendapat liputan dari beberapa akhbar tempatan dianggap berjaya meredakan kegelisahan dan kebimbangan para peniaga serta orang ramai. YB Shuhaimi telah menyatakan kesungguhan beliau untuk menbantu serta menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh para peniaga serta orang ramai dalam waktu yang terdekat ujar beliau.
Menyatakan kesungguhan untuk membantu segala permasalahan

Setiausaha persatuan penjaja Sri muda Puan Haslina (kiri) dan Zura wartawan Sinar Harian

YB.Shuhaimi bersama wartawan Sinar Harian,Makkal Osai,Tamil Nesan disidang media

3 comments:

Unknown said...

You are fit to be a local councilor not Adun. We regret putting you in office.

Unknown said...

Just another 3 yrs to go. If there is no snap election. I doubt this guy retains.

MK IV said...

ye la tu, dah memang masa jadi timbalan ketua pemuda pun tak reti nak buat kerja, last-last jadi yb, nak buat kerja senang pi la lawat tapak pasar... orang bodoh pun boleh buat kerja macam tu

http://www.darulehsantoday.blogspot.com