YB.Shuhaimi (kanan) bersama Timbalan YDP MPSJ
Menyampaikan ucapan dan amanat kepada penduduk yang hadir pada hari tersebut
YB.Shuhaimi menerima cederahati daripada pengurusi JKP Zon 7, (MPSJ) Pn Rabiah bt Omar
Putra Height(sabtu).29 hb nov. Walaupun berhadapan dengan jadual yang terlalu ketat pada hari tersebut YB.Shuhaimi masih mampu untuk hadir bertemu dan bersama-sama dengan warga penduduk dimajlis mesra penduduk anjuran JKP Zon 7, Putra Height dan Kg. Bukit Lancung.

Dikesempatan tersebut didalam ucapan beliau ada menyampaikan nasihat serta pandangan berkenaan pentingnya memupuk semangat perpaduan dan keharmonian dikalangan penduduk setempat tanpa mengira latar belakang Agama,Keturunan serta fahaman politik.
Pada hari tersebut YB.Shuhaimi memohon kemaafan kerana tidak dapat bersama - sama penduduk yang hadir pada hari tersebut sehingga ke penghujung majlis disebabkan perlu bersama-sama rakyat dan perwakilan di stadium Melawati Shah Alam sempena Kongres Nasional Parti keADILan rakyat yang sedang berlansung pada hari yang sama.
Majlis tersebut telah dilaksanakan dengan jayanya apatah lagi dengan kehadir pengacara undangan Sdr,Azwan Haji Mat Amid yang menghidupkan suasana dengan celoteh beliau.