07hb Desember 2008. Assalammualaikum dan salam Aidil Adha diucapkan kepada seluruh rakyat yang beragama Islam.Bersempena sambutan Hari Raya Aidil Adha atau lebih dikenali di kalangan umat Islam sebagai Hari Raya Korban yang akan disambut oleh seluruh umat Islam pada hari Isnin 08hb. Dec 2008, YB Shuhaimi telah memperuntukan sebanyak 10 ekor lembu untuk dikorbankan pada pagi hari Raya Korban nanti. 8 ekor lembu adalah sumbangan dari Kerajaan Negeri Selangor dan 2 ekor lembu lagi adalah sumbangan dari YB Shuhaimi sendiri.
Pada hari Ahad 07hb Dec 2008 Yb Shuhaimi dengan ditemani oleh Kakitangan Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Dun Sri Muda, Sdr.Nazari, Puan BB serta Puan Norhana(Ketua Wanita Dun Sri Muda) telah melakukan lawatan kebeberapa Buah Masjid serta Surau yang akan terlibat dengan pengagihan lembu untuk ibadah korban.
Pada pagi Aidil Adha YB Shuhaimi telah menunaikan ibadat Solat sunat Di Surau Al-Firduas Kota Kemuning. Selepas itu YB Shuhaimi telah turut serta bersama-sama penduduk melaksanakan kerja-kerja penyembelihan lembu disurau tersebut. Dari Kota Kemuning YB Shuhaimi telah berangkat pula ke Kampung Johan Setia dan Taman Sri Muda untuk bertemu pula rakyat di sana dan menghadiri jamuan makan sempena Hari Raya Aidil Adha. Akhir sekali YB Shuhaimi mengucapkan selamat memandu kepada seluruh rakyat yang akan melakukan perjalanan sempena cuti perayaan ini.
YB Shuhaimi (kiri) berbincang bersama AJK Majlis korban Surau Al-Firdaus Kota Kemuning
Bersama-sama jamaah serta AJK Surau Al-Firdaus Kota Kemuning
Bergotong-royong bersama rakyat ketika upacara penyembelihan.
No comments:
Post a Comment