Majlis Penyerahan Sumbangan Skim Mesra Usia Emas
19 Disember 2008, Majlis penyerahan sumbangan skim Mesra usia emas Dun Sri Muda telah disampaikan kepada waris oleh YB Shuhaimi bin Shafiei sendiri didalam majlis yang serba ringkas di pejabat Adun di Kota Kemuning. Walaupun ringkas, majlis tersebut tetap bermakna terutama kepada pewaris-pewaris yang merupakan kumpulan penerima pertama Skim Warga Emas dalam Dun Sri Muda.
Bagi pewaris rata-rata menyatakan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada YB dan Kerajaan Negeri Selangor di atas keperihatinan pihak Pakatan Rakyat terhadap masalah penduduk dan rakyat negeri Selangor khasnya, walupun sumbangan yang diterima tidak seberapa sekurang-kurangnya ianya dapat membantu meringankan sedikit beban kewangan yang ditanggung oleh pewaris setelah pemergian ahli keluarga tersayang.
Pada Majlis Sumbangan kali ini seramai 10 orang pewaris yang terdiri daripada 3 orang Melayu, 4 orang India dan 3 orang Cina, menerima sumbangan Skim Warga Emas pertama sebanyak RM 1000 seorang. Manakala baki RM1,500.00 akan disediakan dalam bentuk cek oleh Lembaga Pemegang Amanah Tabung Mesra Usia Emas dan akan diserahkan kemudian kepada pewaris.
Kepada sesiapa yang belum mendaftar sebagai ahli bolehlah menghubungi atau hadir sendiri ke Pejabat Adun di Kota Kemuning untuk mendapat keterangan lanjut mengenai Program Skim Mesra Usia Emas ini.
No comments:
Post a Comment