Tuesday, December 9, 2008

Takziah Kepada Mangsa Bukit Antarabangsa

http://www.youtube.com/watch?v=VnokC7yITnA&feature=email Exco Selangor PKR sedang membantu.

Kenderaan Skuad Bantuan Bencana Dun Sri Muda(SBBDSM) sentiasa bersiap sedia dilokasi kejadian.


Kerja-kerja membantu mangsa keluar dari lokasi bencana.

Skuad Bantuan Bencana Dun Sri Muda(SBBDSM) bersama Pasukan Penyelamat serta BadanBukan kerajaan ketika operasi pemindahan mangsa kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa.

Pertugas (SBBDSM) Sdr,Azwan & Sdr Nazri bersama Pertugas sukarelawan MERC'Y .

Pertugas SBBDSM Sdr,Azwan bersama Ketua AMK Pusat Sdr Samsul Iskandar ketika operasi membantu mangsa keluar dari sekitar lokasi kejadian.

6hb Dec,2008. Rakyat di seluruh negara di kejutkan dengan berita kejadian tanah runtuh yang berlaku di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa Hulu Klang Selangor.Dalam kejadian tersebut sebanyak 14 kediaman mewah (Banglo) musnah sama sekali dan telah mengorbankan 4 Orang Penghuni dikawasan tersebut.YB.Shuhaimi melahirkan rasa sedih dan kesal diatas kejadian yang telah menimpa Rakyat(Penduduk) dalam kejadian tersebut,Beliau berkata biarpun kejadian tersebut berlaku bukan dikawasan Dun yang diwakili beliau namun kerana rasa tanggungjawap dan keperihatinan terhadapan kepayahan serta kesedihan yang dialami mangsa dan penghuni sekitar kejadian.Beliau telah mengarahkan Skuad Bantuan Bencana Dun Sri Muda hadir ke lokasi kejadian untuk menghulurkan bantuan.

Skuad Bantuan Bencana Dun Sri Muda telah Membantu kerja-kerja memindahkan mangsa-mangsa yang terlibat dari lokasi kejadian kekawasan penempatan yang disediakan oleh pihak yang berwajib.Skuad Bantuan Bencana Dun Sri Muda telah bertugas seawal jam 10.00 pagi sehingga jam 02.00 pagi keesokkan harinya.YB.Shuhaimi serta Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Dun Sri Muda berdoa dan berharap agar kesemua mangsa yang terlibat dalam kejadian tersebut Lebih bersabar dan redha diatas ketentuan ALLAH Yang Maha Esa.YB. Shuhaimi juga ingin menyampaikan ucapan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh Rakyat Malaysia yang beragama Islam..........

No comments: