Thursday, December 25, 2008

Program Mesra Rakyat Putra Height

Pada ahad pagi 21/12/08, persatuan penduduk Putra Height telah menganjurkan program mesra rakyat sempena Hari Raya Kristmas.

Sungguhpun jawatankuasa menghadapi pelbagai halangan daripada pihak-pihak tertentu, namun sikap ketelusan kerajaan Pakatan Rakyat terus memberikan sokongan agar program ini dapat diteruskan tanpa sebarang gangguan anasir-anasir.

Sebenarnya, padang ini cukup besar untuk memuatkan 2-3 ribu orang (penganjur hanya mengharapkan kehadiran 1500 pengunjung), dan ia lebih bersifat kemesraan penduduk dengan bayaran sendiri.

Mungkin kerana terdapat salahfaham, maka timbullah perbezaan pendapat.

Namun sedemikian, keputusan ADUN wajar kita hormati oleh sepihak, termasuklah Ahli Majlis dan PBT.

Untuk menghargai keikhlasan penSganjur, ADUN Sri Muda telah menghantar 2 orang wakil khas (YB ada tugasan khas di Karnival Selangor Ria); iaitu En. Tan Ah Kow merangkap Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam dan En. Anthony Das, Pegawai Khas kepada YB ADUN.

Wakil YB ADUN En. Tan AK sedang berikan kata-kata aluan dan merasmikan program mesra rakyat ini.

En. Anthony Das sedang berbual mesra dengan kepimpinan penduduk setempat.

Jelas membuktikan ini adalah satu program mesra rakyat, bukan seperti kata-kata pihak yang salahfaham hasrat murni penduduk Putra Height.