Thursday, December 25, 2008

Operasi Kesihatan Bersepadu MBSA

Sejajar dengan arahan Majlis Bandaraya Shah Alam mengadakan Kempen Kesihatan pada bulan Disember 2008, satu operasi bersepadu telah diadakan dengan pegawai penguatkuasa daripada Jabatan Pelesenan, Penguatkuasa, Bangunan & Imigresen di Seksyen 31, Kota Kemuning.

Banyak kelonggaran telah diberikan kepada pengusaha restoran khasnya, di mana sepatutnya terdapat beberapa kedai yang boleh diarahkan tututp; tetapi pagawai pemeriksa hanya meberikan saman sahaja.

Pemeriksaan sedemikian akan dijalankan berterusan sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan. Semoga pengusaha kedai mohonlah lesen perniagaan dan jaga kebersihan kedai masing-masing.

Pegawai sedang membersihkan bahu jalan, di mana terdapat buah kelapa di situ.

Pemeriksaan lesen biasa sedang dijalankan oleh pegawai MBSA dan Ahli Majlis MPP Zon berkaitan.

Pekedai didapati meletakkan bahan niaga menghalang kaki lima yang menjadi laluan orang ramai.


Pekedai makanan yang tidak menggunakan penapis sisa dan minyak yang sepatutunya telah menyumbatkan parit.

Pegawai Imigresen sedang menyiasat beberapa orang warga asing atas kesahihan dokumen bekerja.

Pegawai Penguatkuasa sedang mengeluarkan saman kepada pekedai yang melanggar undang-undang kerana tidak berlesen.


Pemeriksaan biasa atas lesen pekedai oleh Pengurus Cawangan Kota Kemuning MBSA dan Ahli Majlis.

Banner yang diturunkan oleh pekedai sendiri kerana tidak berlesen.

Pagawai Pelesenan dan Pengurus Cawangan MBSA sedang membuat catatan pemeriksaan.

Pegawai Imigresen sedang memeriksa pasport seorang warga asing.

Pengurus Cawangan Kota Kemuning sedang memberikan arahan kepada seorang Pegawai Penguatkuasa.



Kepada yang pekedai yang berlesen, mereka akan dilindung daripada pesaing yang tidak berlesen untuk berniaga di sesuatu tempat.

No comments: