Tuesday, February 24, 2009

MAJLIS DIALOG PENDUDUK BERSAMA PEMAJU, MBSA MPP ZON 9



MPP Zon 9 telah menganjurkan majlis dialog penduduk Taman Sri Muda bersama pemaju dan Majlis Perwakilan Penduduk Zon 9 bagi menyelesaikan serta berbincang berkenaan pelbagai masalah yang dihadapi oleh penduduk sekitar Taman Sri Muda.






Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Shuhaimi Bin Shafiei selaku Adun Sri Muda yang juga merangkap pembantu Exco Jawatankuasa Tetap Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan.






Turut hadir di majlis tersebut ialah Datuk Bandar Shah Alam Tuan Mazalan Bin Md Noor dan Encik Vembarasan a/l Vairakkanu selaku Ahli Majlis MBSA Zon 9.

No comments: