Monday, February 2, 2009

Monday, February 2, 2009

Program Remaja Pelbagai Kaum di Kota Raja

Dalam kesibukan, semalam saya sempat merasmikan Cabaran Futsal Terbuka Parlimen Kota Raja 2009. Program yang dirangka pada penghujung tahun 2008 ini adalah bagi tujuan mengujudkan program yang berfaedah bagi remaja tidak mengira kaum di Kota Raja. Alhamdulilah berkat kerja keras pembantu-pembantu saya dari Lajnah Perpaduan Nasional dan Dewan Pemuda PAS Kota Raja akhirnya program ini dapat dijayakan dimana lebih 300 remaja berjaya dikumpul kan dalam program ini.
Alhamdulillah saya sempat menasihatkan golongan remaja ini agar dapat menjalankan cara hidup yang sihat, mentaati perintah ibu bapa dan menjauhkan diri dari najis dadah dan mereka amat faham dan gembira sekali dengan program seperti ini.
Terima kasih kepada YB Shuhaimi Shafie, ADUN Sri Muda yang hadir sama dalam program ini.


No comments: