
Orang Ramai di harap tidak melepaskan peluang ini untuk hadir ke majlis tersebut kerana bukan sekadar dapat menikmati hidangan yang disediakan malahan orang ramai juga dapat beramah mesra lebih rapat lagi dengan Wakil rakyat serta pengurusi MPP zon - zon terlibat.
Selain disediakan jamuan orang ramai juga berpeluang untuk menyaksikan persembahan tarian singa lapar serta persembahan nyanyian oleh beberapa orang penghibur yang di undang pada hari tersebut.Untuk memudahkan orang ramai yang akan hadir ke majlis tersebut pihak penganjur akan menyediakan tanda arah sepanjang jalan menuju ke Dewan dimana majlis tersebut akan berlansung.
Di antara Tetamu yang dijangka akan hadir pada majlis tersebut adalah YB Dr Hajah Siti Mariah Hj Mahmud,YB Tuan Shuhaimi Hj Shafiei,Pegawai - Pegawai MBSA serta Ahli - Ahli Majlis MBSA.
Tarikh : 14 FEB 2009
MASA : 7.00 malam - 11.00 malam
TEMPAT : DEWAN MBSA ONCIDIUM
TEMPAT : DEWAN MBSA ONCIDIUM
KOTA KEMUNING, SEKSYEN 31
40460 SHAH ALAM
No comments:
Post a Comment