Friday, February 27, 2009

SEORANG PEMIMPIN YANG MUDAH DIDEKATI

SHAH ALAM - Orang ramai yang berpeluang bertemu secara dekat dengan YB Shuhaimi Hj Shafiei telah melahirkan rasa terharu di atas sifat beliau yang ramah dan mudah di dekati.Ketika berlangsungnya karnival Selangor Ria yang lalu Shuhaimi Hj shafiei telah dipertanggungjawabkan selaku Timbalan Pengarah Program dan sepanjang karnival berlangsung beliau telah menumpukan sepenuh perhatian demi memastikan karnival tersebut berjalan dengan lancar.
YB Shuhaimi Hj Shafiei sepanjang berada di karnival tersebut tidak putus - putus bertemu dengan orang ramai yang hadir serta bertemu dengan para peniaga untuk bertanyakan permasalahan yang dihadapi.Mereka yang terdiri dikalangan kanak - kanak serta warga emas adalah golongan yang bertuah kerana di antara yang sering mendapat perhatian.



Shuhaimi Hj Shafiei tidak mementingkan protokol kerana yang penting dapat bersama - sama rakyat


Kanak - Kanak berbaris untuk mendapatkan ais krim dari Shihaimi shafiei



Detik bersejarah dapat mengabadikan gambar bersama seorang pemimpin Penyayang



No comments: