Thursday, February 5, 2009

PESTA PONGGAL TAMAN BANDAR PUTRA 2009'

BANDAR PUTRA - Kemesraan,Keriangan dan perpaduan jelas kelihatan ketika berlansungnya majlis sambutan pesta ponggal ditaman Bandar Putra Klang beberapa hari yang lalu.Kehadiran dari orang ramai yang diluar jangkaan telah memberikan semangat dan azam kepada pihak penganjur untuk menganjurkan majlis seperti ini dengan lebih tersusun.Turut bersama - sama pada majlis tersebut adalah YB. Puan Hajah Dr Siti Mariah,YB.Shuhaimi Hj Shafiei serta beberapa orang Ahli Majlis dari MPK dan MBSA.Rakyat merasa cukup terharu kerana dapat beramah mesra dengan kepimpinan yang hadir pada hari tersebut. Malahan Shuhaimi Shafiei tanpa merasa janggal telah sudi untuk menikmati ponggal yang telah dimasak oleh pesta.

Shuhaimi Shafiei dalam ucapan yang telah disampaikan ada menyentuh beberapa perkara berkenaan dengan dasar - dasar Kerajaan Pakatan Rakyat yang akan memberikan munafaat
serta faedah kepada seluruh rakyat Selangor.Antara yang menjadi perhatian Kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat adalah memberikan bantuan kepada seluruh sekolah - sekolah jenis kebangsaan di seluruh negeri Selangor yang selama tidak mendapat perhatian sewajar dari kerajaan yang terdahulu.Ujar beliau lagi apa yang sedang dilaksanakan ketika ini dan yang akan dilaksanakan dimasa hadapan adalah disebabkan rasa tanggungjawap Kerajaan Pakatan Rakyat untuk memastikan seluruh Rakyat negeri Selangor dapat menikmati bersama - sama tanpa mengira kaum.
Majlis sambutan pesta Ponggal tersebut juga akan menjadi satu sejarah yang pastinya amat berharga kerana Orang ramai yang hadir dengan secara sepontan telah melancarkan tabung derma kilat untuk di salurkan kepada rakyat Palestin.Pakatan Rakyat membuktikan bahawa Slogan kearah Malaysia yang baru bukan hanya sekadar kata - kata kosong kerana sudah terbukti dengan penglibatan serta kehadiran semua kaum disetiap majlis yang dianjurkannya.
Kain rentang mengalu - galukan kehadiran tetamu dilaluan masuk ke majlis
Kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat tidak menjanjikan bulan,bintang dan matahari kepada rakyat tetapi insya ALLAH rakyat akan lebih terbela selepas ini (Shuhaimi Shafiei)
Apa rahsia resepi Ponggal masakan kaum melayu...Mungkin itu yang ditanyakan oleh Shuhaimi Shafiei Kepada kuam melayu yang turut serta memasak ponggal pada hari tersebut.
Warna - warna Malaysia itu yang jelas terpancar disetiap wajah Skuad Suri Dun Sri Muda.
Pertunjukkan seni mempertahankan diri turut menyerikan majlis.

No comments: