DUN SRI MUDA - Skim mesra usia emas yang dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dibawah kepimpinan Pakatan Rakyat masih lagi tidak mendapat sambutan yang memberangsangkan dari orang ramai sehingga setakat hari ini.Sikap sambil lewa waris serta keluarga terdekat warga emas dipercayai yang menjadi faktor utama mengapa skim ini kurang mendapat sambutan.Justeru Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Adun Sri Muda menyeru kepada orang ramai yang ada dikalangan keluarga terdekat mereka berusia 60 tahun keatas agar dapat didaftarkan dengan kadar segera ke skim Mesra usia emas.
Orang ramai boleh mendaftar dengan mengisi borang yang diberikan secara percuma dan menyerahkan kepada ketua - ketua kampung atau ketua JDM di tempat masing - masing atau terus ke pejabat Pusat Khidmat Rakyat Adun Sri Muda yang terletak di Kota Kemuning Seksyen 31 Shah Alam yang beroperasi setiap hari Isnin sehingga Jumaat jam 9.00pagi - 4.30petang.Pusat Khidmat Rakyat sering berhadapan dengan tuntutan Skim Mesra Usia Emas yang dibuat oleh waris warga emas yang tidak berdaftar dan ia akan menimbulkan sedikit kesulitan oleh kerana ada dikalangan warga emas yang bukan kelahiran Negeri Selangor (anak Selangor).Perkara tersebut akan menyebabkan proses tuntutan menjadi terlewat.Maka dengan itu orang ramai diminta agar lebih mengambil berat akan pendaftaran Skim Mesra Usia Emas untuk tidak menimbulkan sebarang kesulitan dimasa hadapan.
Pegawai Pusat Khidmat Rakyat Adun Sri Muda En, Sha'ari (kanan) menyerahkan sumbangan Skim Mesra Usia Emas kepada En,Saharul
No comments:
Post a Comment