Loading...

Friday, February 27, 2009

KARNIVAL SELANGOR RIA AKAN DITERUSKAN





DUN SRI MUDA - YB Shuhaimi Hj Shafiei melahirkan keyakinan untuk meneruskan penganjuran karnival Selangor Ria di tahun - tahun yang akan datang.Keyakinan tersedut berdasarkan sambutan yang diterima sepanjang karnival berlangsung serta tindak balas yang diberikan oleh para peniaga serta pengunjung.Walaupun Karnival Selangor Ria yang baru berlangsung adalah pertama kalinya dibawah kendalian Kerajaan yang baru namun ia sama sekali tidak menjadi penghalang untuk dilaksakan dengan jaya.

Shuhaimi Shafiei dalam kenyataannya berkeyakinan penganjuran Karnival Selangor Ria pada tahun ini akan diperbaiki segala kelemahan agar akan mendapat sambutan yang lebih baik dari para peniaga serta pengunjung.Yang pasti penganjuran karnival pada tahun ini (2009) akan dijalankan dengan lebih sistematik yang mana akan merangkumi semua aspek.








SEORANG PEMIMPIN YANG MUDAH DIDEKATI

SHAH ALAM - Orang ramai yang berpeluang bertemu secara dekat dengan YB Shuhaimi Hj Shafiei telah melahirkan rasa terharu di atas sifat beliau yang ramah dan mudah di dekati.Ketika berlangsungnya karnival Selangor Ria yang lalu Shuhaimi Hj shafiei telah dipertanggungjawabkan selaku Timbalan Pengarah Program dan sepanjang karnival berlangsung beliau telah menumpukan sepenuh perhatian demi memastikan karnival tersebut berjalan dengan lancar.
YB Shuhaimi Hj Shafiei sepanjang berada di karnival tersebut tidak putus - putus bertemu dengan orang ramai yang hadir serta bertemu dengan para peniaga untuk bertanyakan permasalahan yang dihadapi.Mereka yang terdiri dikalangan kanak - kanak serta warga emas adalah golongan yang bertuah kerana di antara yang sering mendapat perhatian.



Shuhaimi Hj Shafiei tidak mementingkan protokol kerana yang penting dapat bersama - sama rakyat


Kanak - Kanak berbaris untuk mendapatkan ais krim dari Shihaimi shafiei



Detik bersejarah dapat mengabadikan gambar bersama seorang pemimpin Penyayang



Tuesday, February 24, 2009

MAJLIS SUMBANGAN AMAL BANDACAYA


Majlis Sumbangan Amal dan Sambutan Tahun Baru 2009. Majlis disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Shuhaimi Bin Shafiei, ADUN Sri Muda. Penerima sumbangan adalah khas kepada anak-anak yatim, ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU). Turut diadakan pertunjukan silap mata dan cabutan bertuah.









Sumbangan kepada pelajar pelajar sekolah Tahfiz Jalan Kebun




MAJLIS DIALOG PENDUDUK BERSAMA PEMAJU, MBSA MPP ZON 9



MPP Zon 9 telah menganjurkan majlis dialog penduduk Taman Sri Muda bersama pemaju dan Majlis Perwakilan Penduduk Zon 9 bagi menyelesaikan serta berbincang berkenaan pelbagai masalah yang dihadapi oleh penduduk sekitar Taman Sri Muda.






Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Shuhaimi Bin Shafiei selaku Adun Sri Muda yang juga merangkap pembantu Exco Jawatankuasa Tetap Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan.






Turut hadir di majlis tersebut ialah Datuk Bandar Shah Alam Tuan Mazalan Bin Md Noor dan Encik Vembarasan a/l Vairakkanu selaku Ahli Majlis MBSA Zon 9.

Thursday, February 12, 2009

MAJLIS SAMBUTAN TAHUN BARU CINA 2009'

DUN SRI MUDA - Orang yang yang tinggal di sekitar Dun Sri muda dijemput hadir bagi memeriahkan majlis sambutan Tahun baru cina 2009.Majlis yang akan dilansungkan untuk julang kalinya selepas PRU12 2008 dijangkan akan menerima kehadiran orang ramai tidak kurang dari 3000 orang kerana turut di hadiri oleh beberapa orang kepimpinan di semua peringkat.MBSA dan MPP zon 12 dengan kerjasama MPP zon 9,10,11,13,14 dan PPKM serta Pusat Khidmat Rakyat Adun Sri Muda dan Pejabat Ahli Parlimen Kota Raja telah mencapai kata sepakat untuk saling membantu bagi menjayakan majlis sambutan tersebut.
Orang Ramai di harap tidak melepaskan peluang ini untuk hadir ke majlis tersebut kerana bukan sekadar dapat menikmati hidangan yang disediakan malahan orang ramai juga dapat beramah mesra lebih rapat lagi dengan Wakil rakyat serta pengurusi MPP zon - zon terlibat.
Selain disediakan jamuan orang ramai juga berpeluang untuk menyaksikan persembahan tarian singa lapar serta persembahan nyanyian oleh beberapa orang penghibur yang di undang pada hari tersebut.Untuk memudahkan orang ramai yang akan hadir ke majlis tersebut pihak penganjur akan menyediakan tanda arah sepanjang jalan menuju ke Dewan dimana majlis tersebut akan berlansung.
Di antara Tetamu yang dijangka akan hadir pada majlis tersebut adalah YB Dr Hajah Siti Mariah Hj Mahmud,YB Tuan Shuhaimi Hj Shafiei,Pegawai - Pegawai MBSA serta Ahli - Ahli Majlis MBSA.
Tarikh : 14 FEB 2009
MASA : 7.00 malam - 11.00 malam

TEMPAT : DEWAN MBSA ONCIDIUM
KOTA KEMUNING, SEKSYEN 31
40460 SHAH ALAM

SKIM MESRA USIA EMAS

Encik, Sha'ari menyampaikan sumbangan Skim Mesra Usia Emas kepada waris Ahli

DUN SRI MUDA - Skim mesra usia emas yang dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dibawah kepimpinan Pakatan Rakyat masih lagi tidak mendapat sambutan yang memberangsangkan dari orang ramai sehingga setakat hari ini.Sikap sambil lewa waris serta keluarga terdekat warga emas dipercayai yang menjadi faktor utama mengapa skim ini kurang mendapat sambutan.Justeru Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Adun Sri Muda menyeru kepada orang ramai yang ada dikalangan keluarga terdekat mereka berusia 60 tahun keatas agar dapat didaftarkan dengan kadar segera ke skim Mesra usia emas.
Orang ramai boleh mendaftar dengan mengisi borang yang diberikan secara percuma dan menyerahkan kepada ketua - ketua kampung atau ketua JDM di tempat masing - masing atau terus ke pejabat Pusat Khidmat Rakyat Adun Sri Muda yang terletak di Kota Kemuning Seksyen 31 Shah Alam yang beroperasi setiap hari Isnin sehingga Jumaat jam 9.00pagi - 4.30petang.Pusat Khidmat Rakyat sering berhadapan dengan tuntutan Skim Mesra Usia Emas yang dibuat oleh waris warga emas yang tidak berdaftar dan ia akan menimbulkan sedikit kesulitan oleh kerana ada dikalangan warga emas yang bukan kelahiran Negeri Selangor (anak Selangor).Perkara tersebut akan menyebabkan proses tuntutan menjadi terlewat.Maka dengan itu orang ramai diminta agar lebih mengambil berat akan pendaftaran Skim Mesra Usia Emas untuk tidak menimbulkan sebarang kesulitan dimasa hadapan.

Pegawai Pusat Khidmat Rakyat Adun Sri Muda En, Sha'ari (kanan) menyerahkan sumbangan Skim Mesra Usia Emas kepada En,Saharul

Tuesday, February 10, 2009

BOOK ON PLIGHT OF TAMIL SCHOOLS LAUNCHED

There were emails flying around on the book written by M.Varatharajoo. He launched the book recently. I wonder if the contents are not so true, as some quarters claim that Tamil schools are doing well and are well taken care off. Perhaps those quarters can sue the author?
ALL PRIMARY school pupils should learn their mother tongue first before they move on to their secondary school
, Kota Raja MP Dr Siti Mariah Mahmud said.

“Learning your mother tongue is a basic right of every citizen.
“Most Indians and Chinese in Malaysia have always emphasised the importance of learning one’s mother tongue hence the mushrooming of many vernacular schools throughout the country,” Siti Mariah said after launching a book by Tamil writer M. Varatharajoo at the MBSA Hall in Taman

Sri Muda, Shah Alam, recently.
For the community: Varatharajoo with his book.
Varatharajoo’s book entitled Vanjikappadum Malaysia Tamil Kalvi Poraadum Makkal is based on the problems faced by the Tamil primary schools in the country.
Siti Mariah said the book showed the frustration of the author on the condition of Tamil schools in the country and the people who had abused their power forsaking the well-being of the children and the Indian community.


“The author spent five years doing research on Tamil schools throughout Negri Sembilan, Johor and Perak.
“I hope someone would sponsor this book to be published in Malay, Chinese and English languages so it can reach out to all,” Siti Mariah said.


Sri Muda assemblyman Shuhaimi Shafiei, who was present at the launch, said the Indian community had been suffering in silence for years with regard to Tamil schools.

Thanks for your support: Varatharajoo (centre) giving a copy of his book to Shuhaimi (right) while Siti looks on.


In the book, Varatharajoo talks about the first
which was the Methodist in Penang in 1903.


He points out that there were 999 Tamil schools in 1957 and the number has now dwindled to 523 with 150 of these schools having fewer than 50 pupils.
“There are also alleged cases of headmasters taking money allocated for poor pupils.


“At the end of last year, there were 105,618 pupils in 523 Tamil schools in the country, with most of them studying in buildings that are in deplorable condition
,’’ Varatharajoo, who is an author of five books, said.


He said Tamil schools were faced with various problems such as termite infestation, lack of funds for chairs and tables and some even not having enough classrooms.
The 304-page-book is priced at RM25 a copy.
Those who want to get a copy can write to PO Box No 7424, 40670 Shah Alam, Selangor, or email at
varatharajoo@gmail.com


Sunday, February 8, 2009

Pemeriksaan Kesihatan Kedai

Sejajar dengan hasrat MBSA untuk menjadikan sebuah bandaraya yang bersih dan indah. Pemeriksaan berkala melakukan pemeriksaan mengejut ke atas semua kedai-kedai makanan dalam kawasan pentadbiran majlis. Kadang-kala Ahli-ahli Majlis Bandaraya Shah Alam juga turut turun padang bersama-sama dengan penguatkuasa.












Kebersihan Kedai Tidak Memuaskan

Walaupun pemeriksaan berkali-kali telah dilakukan oleh MBSA, namun demikian masih ada kedai yang tidak memuaskan kerana masih kotor seperti berikut:










Thursday, February 5, 2009

MENGHADIRI MAJLIS WALIMATUL URUS SEKITAR DUN SRI MUDA






DUN SRI MUDA - Biarpun di hambat kekanggan masa yang menghimpit namun YB SHuhaimi Hj Shafiei masih berupaya meluangkan masa untuk menghadiri kebeberapa majlis walimatul urus di sekitar DunSri Muda.Rasa letih dan penat tidak pernah terlintas dibenak sanubari seorang pemimpin yang telah tekad untuk berkhidmat untuk rakyat yang diwakilinya.Seawal jam 9 pagi beliau telah hadir ke majlis - majlis rasmi dan tidak rasmi serta mengunjungi kebeberapa JDM untuk bertanyakan apakah cabaran - cabaran baru yang timbul dan yang sedang di hadapi oleh rakyat sekitar kawasan yang beliau wakili.


Rakyat sekitar Dun Sri Muda boleh datang berjumpa Yb Shuhaimi Hj Shafiei pada setiap hari Selasa dan Khamis di pejabat yang terletak di Kota Kemuning jam 9.30pagi sehingga 5.00ptg.
walau bagaimanapun beliau tidak sekadar menanti rakyat datang ke pejabat untuk bertemu dengan beliau tetapi apabila berkesempatan beliau sendiri yang akan melawat sekitar kawasan Dun Sri Muda.




LAWATAN DAN TINJAUAN KE TAPAK PERUMAHAN TERBENGKALAI TAMAN RIMAU INDAH

TAMAN RIMUA INDAH - YB Shuhaimi Hj shafiei dengan di iringi oleh beberapa orang kepimpinan JDM Bukit Rimau telah melakukan lawatan dan tinjauan serta bertemu pembeli rumah yang terbengkalai di Taman Rimau Indah pada hari Sabtu yang lalu.Projek yang sepatutnya sudah di siapkan dan boleh diduduki beberapa tahun lalu kini yang menjadi mimpi ngeri kepada pembeli - pembeli projek perumahan tersebut.Dalam lawatan tersebut Shuhaimi Shafiei telah meninjau keseluruhan kawasan tapak pembinaan dan melahirkan rasa dukacita beliau terhadap pihak pemaju diatas kegagalan menyiapkan projek tersebut mengikut perjanjian yang telah dimenterai bersama pembeli.

Ujar Shuhaimi Shafiei selain tiadanya pengawasan yang dilakukan oleh pihak pemaju untuk memastikan sekitar kawasan tapak projek tersebut berada didalam keadaan baik dan selamat.Pemaju juga di lihat gagal untuk membina pagar disekeliling tapak projek tersebut untuk menghalang induvidu yang tidak bertanggungjawap dari memasuki kawasan tersebut.Kerana dikhuatiri kawasan tersebut akan menjadi tempat pembiakkan nyamuk aedes serta bintang berbisa yang akhir penduduk setempat akan ditimpa kesusahan.Shuaimi Shafiei menyatakan dan melahirkan keyakinan serta kesanggupan beliau untuk menbantu para pembeli untuk mencari jalan penyelesaian bagi merungkai pemasaalah pembeli yang terlibat.Ujar beliau walaupun permasaalah projek perumahan yang terbengkalai adalah dibawah bidang kuasa kerajaan pusat namun kerajaan negeri tidak akan bersikap lepas tangan untuk menyelesaikan masaalah tersebut.

Kerajaan Negeri dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat melalui EXCO yang bertanggungjawap YB Tuan Iskandar Bin A. Samad akan dimaklumkan berkenaan dengan permasaalahan yang timbul itu agar dapat diselesaikan dengan kadar seberapa segera.Shuhaimi Shafiei juga berpesan dan menasihati kepada semua pembeli rumah di projek Taman Rimau Indah itu agar bersabar dan tabah dalam menghadapi situasi yang getir ini.


Hanya semak samun yang terdapat di tapak projek dan tiada tanda - tanda kerja akan dimulakan.

Walaupun sudah hampir 80% siap akan tetapi ia terbiar begitu sahaja.

Semak samun yang semakin menghalang pandangan di taman Rimau indah

YB Shuhaimi Hj Shafiei mendengar dengan teliti aduan serta luahan dari salah seorang pembeli.

Mengabadikan kenangan bersama - sama sebahagian pembeli

PESTA PONGGAL TAMAN BANDAR PUTRA 2009'

BANDAR PUTRA - Kemesraan,Keriangan dan perpaduan jelas kelihatan ketika berlansungnya majlis sambutan pesta ponggal ditaman Bandar Putra Klang beberapa hari yang lalu.Kehadiran dari orang ramai yang diluar jangkaan telah memberikan semangat dan azam kepada pihak penganjur untuk menganjurkan majlis seperti ini dengan lebih tersusun.Turut bersama - sama pada majlis tersebut adalah YB. Puan Hajah Dr Siti Mariah,YB.Shuhaimi Hj Shafiei serta beberapa orang Ahli Majlis dari MPK dan MBSA.Rakyat merasa cukup terharu kerana dapat beramah mesra dengan kepimpinan yang hadir pada hari tersebut. Malahan Shuhaimi Shafiei tanpa merasa janggal telah sudi untuk menikmati ponggal yang telah dimasak oleh pesta.

Shuhaimi Shafiei dalam ucapan yang telah disampaikan ada menyentuh beberapa perkara berkenaan dengan dasar - dasar Kerajaan Pakatan Rakyat yang akan memberikan munafaat
serta faedah kepada seluruh rakyat Selangor.Antara yang menjadi perhatian Kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat adalah memberikan bantuan kepada seluruh sekolah - sekolah jenis kebangsaan di seluruh negeri Selangor yang selama tidak mendapat perhatian sewajar dari kerajaan yang terdahulu.Ujar beliau lagi apa yang sedang dilaksanakan ketika ini dan yang akan dilaksanakan dimasa hadapan adalah disebabkan rasa tanggungjawap Kerajaan Pakatan Rakyat untuk memastikan seluruh Rakyat negeri Selangor dapat menikmati bersama - sama tanpa mengira kaum.
Majlis sambutan pesta Ponggal tersebut juga akan menjadi satu sejarah yang pastinya amat berharga kerana Orang ramai yang hadir dengan secara sepontan telah melancarkan tabung derma kilat untuk di salurkan kepada rakyat Palestin.Pakatan Rakyat membuktikan bahawa Slogan kearah Malaysia yang baru bukan hanya sekadar kata - kata kosong kerana sudah terbukti dengan penglibatan serta kehadiran semua kaum disetiap majlis yang dianjurkannya.
Kain rentang mengalu - galukan kehadiran tetamu dilaluan masuk ke majlis
Kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat tidak menjanjikan bulan,bintang dan matahari kepada rakyat tetapi insya ALLAH rakyat akan lebih terbela selepas ini (Shuhaimi Shafiei)
Apa rahsia resepi Ponggal masakan kaum melayu...Mungkin itu yang ditanyakan oleh Shuhaimi Shafiei Kepada kuam melayu yang turut serta memasak ponggal pada hari tersebut.
Warna - warna Malaysia itu yang jelas terpancar disetiap wajah Skuad Suri Dun Sri Muda.
Pertunjukkan seni mempertahankan diri turut menyerikan majlis.