Thursday, December 29, 2011

KUTU-KUTU UMNO NOH OMAR BUAT KACAU DI JALAN KEBUN.

http://www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/suhaimi-mahkamah-shah-alam-21.jpg

KENYATAAN AKHBAR 29 DISEMBER 2011
 
ISU BANJIR KAMPUNG BATU 5, JALAN BUKIT KEMUNING, SHAH ALAM
 
Saya merujuk kepada artikel Utusan Malaysia, Kosmo, Sinar Harian, laporan TV3 dan RTM bertarikh 25 Disember 2011 berjudul “Mana Wakil Rakyat?” dan artikel daripada sumber yang sama bertarikh 27 Disember 2011 berjudul “Banjir: Kerajaan Selangor didesak tunai janji”. Kes ini memaparkan rungutan awam berkenaan masalah pengairan yang tidak berupaya menyalurkan air hujan dengan efektif hingga menyebabkan berlakunya banjir kilat.
 
Pertamanya, perlu ditegaskan disini bahawa lokasi terlibat BUKAN di dalam kawasan DUN Sri Muda, lalu saya tidak memahami apakah sebenarnya niat para demonstran dan khususnya individu-individu subversif yang seakan-akan menangguk di air keruh menulis nama saya di kad pemidang semasa berdemo dan bertanyakan kemana ADUN? Patutlah para demostran cari tak jumpa, saya tidak pernah berkempen disitu. Ia bukan di kawasan saya! Namun begitu, perkara tersebut telah diambil perhatian dan tindakan selanjutnya akan dibuat dengan seberapa segera oleh agensi berkaitan. Di ulangi, walaupun ia bukan di kawasan saya, saya sudah memanjangkan aduan berkenaan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor, Majlis Bandaraya Shah Alam dan Jabatan Kerja Raya Selangor untuk di beri perhatian segera.
 
Saya juga ingin tampil menyatakan bahawa pentadbiran negeri Selangor akan lebih maju dan efektif sekiranya dana pembangunan tidak disekat oleh Kerajaan Pusat yang diterajui UMNO dan BN. Sejumlah RM2.71 billion wang pada rakyat Selangor telah dirampas daripada pentadbiran YAB Tan Sri Dato’ Menteri Besar Selangor dan disalurkan pula kepada badan-badan kerajaan persekutuan yang tidak diberi mandat untuk memerintah negeri naungan DYMM Tuanku Sultan Selangor. Sekiranya wang tersebut diserahkan kepada kerajaan negeri, maka rakyat Selangor akan menikmati lebih banyak manfaat, lebih banyak pembaikan dalam masa yang lebih cepat dan lebih banyak prasarana untuk kemudahan mahupun keselesaan rakyat keseluruhannya.
 
Masalah banjir, khususnya banjir kilat dan lebih-lebih lagi dengan sistem pengairan dan saliran lapuk yang diwarisi daripada kerajaan UMNO dan BN, sememangnya diduga, malah hakikat ini terbukti apabila melihat kegagalan UMNO dan BN dalam perlaksanaan projek terowong SMART yang mencecah belanja RM1.887 bilion namun gagal mengawal banjir di Kuala Lumpur.
 
Mengapa pula B.Kalai Vanar mahupun UMNO Kota Raja tidak mengkritik terowong tersebut? Kenapa UMNO di Johor, Pahang dan Sabah tidak mengkritik kerajaan negeri mereka yang dilanda banjir sekarang? Apakah banjir disana jauh lebih ‘indah’ dari di Batu 5? Yang nyata dan lebih jelas membazir wang rakyat disamping menjadi ‘satu lagi projek UMNO dan BN’ yang gagal adalah terowong SMART!
 
Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor senantiasa dirakyatkan dan terbukti dengan perlaksanaan program Geran RM300 juta SelangorKu demi kebaikan rakyat disamping mendahului kerajaan UMNO dan BN yang lebih berminat membeli rumah agam dan kondo bernilai jutaan ringgit.
 
Saya ingin memberi amaran keras kepada sesiapa yang memalit nama saya dengan tohmahan yang tidak berasas, lebih-lebih lagi di kawasan yang jelas bukan dibawah kawasan saya, agar berhenti daripada membuat fitnah dan menghasut demi kepentingan diri. Peguam saya meneliti setiap laporan media dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan selanjutnya jika nama saya terus dikaitkan secara salah. Kepada Utusan Malaysia, TV3 dan RTM, sudah sudahlah menjadi ‘lebih sudu dari kuah’. Rakyat terbanyak lebih mengenali siapa ”pembelit fikiran rakyat” yang sebenarnya. Kepada B.Kalai Vanar, hentikan menjadi ‘hero filem hindustan’ seperti ketam yang mengajarkan anaknya berjalan. Berapa upah untuk kamu lakukan tugasan kali ini?
 
 
Shuhaimi Haji Shafiei
ADUN Sri Muda

Tuesday, December 27, 2011

Najib dan UMNO Selangor pengkhianat sebenar

DATO Seri Najib Razak sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor wajar memikul tanggungjawab apabila telah terbukti satu kempen 'Jus Soli' telah dilakukan oleh puak berkepentingan dengan memberi pengiktirafan warganegara sah kepada pendatang asing yang memegang kad pemastautin tetap sebagai pengundi yang secara besar-besaran telah di bongkar hari ini.

Budaya yang mula menyubur ini bukanlah isu terpencil yang melibatkan hanya 2 atau 3 kes, sebaliknya Pakatan Rakyat dan KEADILAN Selangor telah mengesan lebih 160 pemastautin tetap telah menjadi warganegara Malaysia dan pengundi sah hasil carian beberapa hari ini sahaja.


Ratusan kecurangan pada sistem ini diyakini akan bertambah menjadi ribuan dari hari ke hari. Kita juga mengesan pendaftaran pengundi warga asing ini tertumpu di kawasan Parlimen yang mana BN / UMNO Selangor telah kalah pada tahun 2008 lalu.

KEADILAN Selangor ingin bertanya, bukankah ini satu kerja gila lagi jahat yang dilakukan oleh pengkhianat negara? Kami mendesak Perdana Menteri Najib Razak menjelaskan isu pemberian kerakyatan seterusnya pendaftaran warga asing ini sebagai pemilih sah SPR kepada seluruh rakyat Malaysia, para Sultan dan DYMM Seri Paduka Baginda yang diPertuan Agong dengan kadar segera. Apakah sekarang Najib sudah mula membuktikan kata-katanya, bahawa beliau akan 'mempertahankan Putrajaya - at all costs!' itu adalah benar?

Adakah dengan pemberian kad pengenalan biru kepada warga asing untuk mengundi ini merupakan langkah terakhir UMNO Selangor merampas Selangor setelah usaha gigih sebelum ini menemui jalan buntu?

Bukti-bukti yang disampaikan kepada KEADILAN Selangor seperti yang ada di senarai pengundi Parlimen Hulu Langat cukup untuk mengesahkan bahawa sememangnya UMNO Selangor dan Najib secara langsung terlibat dalam dalam kerja-kerja tidak beretika menggadai maruah negara ini demi mempertahan kuasa. Siapakah yang mempunyai akses kepada keselamatan negara hari ini jika bukan kepimpinan UMNO?

KEADILAN Selangor mencabar Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Najib Razak untuk menjawap pendedahan ini, apakah membiarkan tanahair ini tergadai pada warga asing merupakan agenda terbaharu UMNO di Selangor?

KEADILAN Selangor akan komited memantau perkembangan yang mengerikan ini dan percaya akan ada lebih banyak bukti untuk menunjukkan bahwa JPN dan SPR yang didalangi oleh UMNO Selangor ini sedang giat menjalankan kegiatan menggadai negara ini demi mempertahan kuasa. Sebarang usaha oleh puak tidak bertanggungjawab ini akan dilawan habis-habisan.

UMNO Selangor sudah tidak peduli lagi pada asas penubuhan negara ini dan mula menggadai segala prinsip demi mempertahan baki kuasa di Purtajaya. Ketakutan dasyat yang dialami oleh UMNO Selangor kerana penolakan rakyat terhadap mereka telah memungkinkan mereka untuk mengambil jalan paling tidak beretika dengan menjual negara. Apa pun, saya ingin ingatkan pimpinan UMNO Selangor, segala perancangan jahat untuk merampas semula Selangor dengan cara jijik ini akan ditentang habis-habisan oleh rakyat Malaysia yang cintakan tanahair.

KEADILAN Selangor berikan nombor pengenalan sekali sebagai bukti pemberian kerakyatan pada warga asing yang diberi hak untuk mengundi yang tertumpu di Parlimen Hulu Langat yang mana kawasan ini UMNO-BN tewas pada PRU 12. Apa lagi yang hendak dinafikan?

Saturday, December 24, 2011

Lawatan Pelajar PTRS Ke Pulau Pinang

Seramai 80 pelajar Program Tuisen Rakyat Selangor (PTRS) di bawah DUN Sri Muda membuat lawatan ke Pulau Pinang selepas tamat peperiksaan SPM bulan lalu.

Rombongan ini di sambu toleh YB Mansor Othman, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dan jamuan bersama di Yayasan Aman, Penanti, Pulau Pinang.



















Wednesday, December 21, 2011

Umno/BN Selangor Dapat RM2.71 Bilion Bukan Rakyat – Zuraidah

Wednesday, 21 December 2011 | Ruangan: Berita
Oleh Mat Zahari Bin Ali
SHAH ALAM , 21 DISEMBER : Dakwaan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung peruntukan RM2.71 bilion kepada pembangunan Selangor bukan untuk membangunkan negeri tersebut sebaliknya diberikan kepada pemimpin-pemimpin Umno/BN untuk tujuan pilihanraya Umum (PRU) akan datang.

Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin berkata wang peruntukan tersebut tidak diperuntukan kepada kerajaan negeri tetapi bakal disalurkan kepada Umno/BN Selangor.
“Inilah antara penipuan demi penipuan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno termasuk Najib yang cuba mengabui mata rakyat berhubung penggunaan wang rakyat yang disalah guna untuk kepentingan Umno/BN.

“Najib pernah berkata beliau akan bermati-matian untuk merampas Selangor dengan apa cara sekali pun. Dan wang rakyat sebanyak RM2.71 bilion ini adalah antara bukti dari kata-kata beliau.” kata beliau ketika dihubungi TV Selangor.
Menurut Zuraidah, Tindakan Najib memberikan dana kepada Umno/BN membuktikan lagi deretan penyelewengan wang rakyat yang sewenang-wenangnya dilakukan tanpa bertanggungjawab.
“Budaya rasuah, sogokan, kronisme dan salah guna kuasa dan pengurusan wang rakyat telah lama berlaku secara berleluasa apa lagi di Selangor yang negeri paling kaya.

“Bekas Menteri Besar sebelum ini pun kesnya masih di makhamah yang melibatkan jutaan ringgit, sebelum itu pun menteri besarnya membawa wang tunai berjuta ringgit ke Australia.
“Skandal NFC pula menjelaskan lagi bagaimana projek yang menggunakan wang rakyat berjuta-juta ringgit di berikan kepada keluarga seorang menteri merangkap Ketua Wanita Umno.
“Begitu juga dengan peruntukan RM110 juta yang lesap dalam Kementerian Pertanian yang di ketuai oleh Timbalan Perhubungan Umno Selangor, Noh Omar. Sedangkan peruntukan tersebut untuk diberikan subsidi kepada para pesawah.
“Jadi tak hairanlah wang rakyat yang berjumlah RM2.71 bilion tersebut akan digunakan untuk memberi kelegaan kepada pemimpin dan ahli-ahli Umno/BN di Selangor yang selama ini ‘kering kocek’ kerana ketiadaan sogokan wang.” ujar Zuraidah yang juga Ketua Wanita PKR.

Ditanya samaada pemantauan akan dilakukan berhubung wang peruntukan tersebut beliau berkata perkara tersebut sedang dalam pertimbangan yang akan dibincangkan di peringkat tertinggi Pakatan Rakyat.
“Tapi itulah, di negara kita ni kalau di buat repot dengan bukti-bukti pun tindakan tidak ke mana kerana Umno/BN berkuasa.

” Macam kes NFC, semua pendedahan dan bukti dah dibuat tapi setakat ini tidak ada apa-apa tindakan diambil.” katanya.

Dalam pada itu Zuraidah berkeyakinan rakyat Selangor tidak akan mudah terpengaruh dengan budaya yang diamalkan oleh Umno/BN sejak sekian lama.

“Rakyat Selangor adalah pengundi bandar dan separa bandar yang bijak dan boleh menilai prestasi kepimpinan Tan Sri Khalid sebagai menteri besar.

“Saya nasihat kepada rakyat Selangor supaya terus menolak Umno/BN dalam PRU akan datang sekiranya mahu memastikan wang negara dan wang rakyat tidak disalah guna sebagaimana RM2.71 bilion ini yang digunakan semata-mata untuk kepentingan pemimpin Umno/BN.” ujar beliau lagi

Tuesday, December 20, 2011

Pak Samad, Aziz Bari dan Hishamuddin Rais membela Adam Adli

Lim Hong Siang | Dec 20, 2011 01:50:58 pm

 
Meskipun dibanjiri tohmahan dan ugutan lantaran daripada tindakan menurunkan bendera berwajah Presiden UMNO Najib Razak, namun tindakan kontrovesi Adam Adli ini dibela oleh Sasterawan Negara A.Samad Said, pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari dan aktivis sosial Hishamuddin Rais, hari ini.

Abdul Aziz Bari, Profesor Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ketika ditemuramah melalui email oleh MerdekaReview, mengajak orang awam untuk lihat isu ini dalam konteks dan kerangka di mana kita hidup dalam sebuah negara demokrasi.

"Jawabnya, dalam konteks itu, apa salahnya tindakan mahasiswa itu?  Apalagi flip-flop yang Perdana Menteri tunjukkan dalam isu kebebasan akademik, khususnya hak mahasiswa dan lain-lain?" persoalnya.

Beliau menyambung, "Kita kena banding dengan negara demokrasi; jangan bandingkan kita dengan Korea Utara atau Zimbabwe.  Mereka yang mengugut dan lain-lain itu mungkin mereka ingat Malaysia sama dengan negara-negara itu."

Semalam, Adam Adli, penyelaras Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) membuat laporan polis di Bukit Aman, mengadu bahawa dirinya menerima ugutan maut melalui perkhidmatan pesanan ringkas (sms), setelah dirinya menurunkan bendera berwajah Najib di ibu pejabat UMNO pada Sabtu lalu.  Malah, sidang media siswa semalam di depan balai nyaris menyaksikan pertembungan fizikal, apabila seorang lelaki bernama Roslan Mokthar (gambar kanan), mendakwa dirinya ahli UMNO, cuba "mengajar" budak yang "kurang ajar" itu.

"Mereka kena ingat apa yang PM dan UMNO buat selama ini kepada demokrasi umumnya dan mahasiswa khususnya.  Kalau kita ingat ini apa yang mahasiswa buat itu tak ada benda.  Ugutan dan lain-lain itu menunjukkan betapa UMNO masih dilanda pemikiran feudal yang kolot; mereka fikir mereka saja yang betul dan berhak untuk memerintah.  Orang lain kena dengar apa kata mereka," ulas Abdul Aziz Bari.

Adakah PM beradab?

Ketika diajukan soalan bahawa sesetengah menyifatkan bahawa tindakan Adam itu "biadap", Abdul Aziz Bari sebaliknya mempersoalkan, "Adakah selama ini PM dan kerajaan yang dipimpinnya beradab?"

Beliau memetik contoh, "Misalnya sikap biadab mereka kepada Agong yang mahukan himpunan BERSIH diselesaikan dengan cara baik.  Najib sembur air gatal, malah hospital pun ditembaknya," sebelum beliau mengingatkan, "Dan jangan lupa sikapnya kepada mahasiswa.  Kononnya nak beri kelonggaran supaya mahasiswa boleh berpolitik tapi tetap buat rayuan ke atas keputusan Mahkamah Rayuan."

Malah Abdul Aziz Bari (gambar kiri) menyimpulkan, "Jadi sebelum juak-juak PM minta orang lain beradab dan berbudi bahasa PM kena tunjuk contoh.  Jangan jadi ketam yang mahu anaknya jalan betul!"

Beliau merujuk kepada kes rayuan yang dikemukakan kerajaan setelah Mahkamah Rayuan membuat penghakiman bahawa Seksyen 15 (5) (a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) bercanggahan dengan Perlembagaan Persekutuan.  Rayuan ini dibuat tatkala kerajaan yang sama menjanjikan pindaan AUKU untuk membenarkan siswa yang berumur 21 tahun ke atas terlibat dalam parti politik.

A.Samad: Anak muda bukan bodoh

Ketika ditemuramah MerdekaReview, A.Samad Said menyanggah tuduhan bahawa tindakan Adam Adli itu biadap, sebaliknya beliau menganggap ia harus dilihat sebagai protes untuk menyatakan ketidaksenangan golongan siswa dalam isu kebebasan akademik.

Malah, Sasterawan Negara ini mengingatkan bahawa bendera yang diturunkan adalah bendera berwajah Najib, bukan bendera negara.  "Sesiapa pun boleh bikin bendera wajahnya," kata A.Samad Said (gambar kanan), sempat untuk mengimbas ingatannya bagaimana seorang wartawan Utusan Melayu pernah memijak-mijak bendera Indonesia, ketika zaman konfrontasi Indonesia.  Untuk beliau, tindakan memijak bendera negara yang sedang kita konfrontasi adalah tindakan yang tidak wajar.

Beliau ketika diminta mengulas kenyataan Puteri UMNO yang menyifatkan tindakan Adam sebagai "tidak matang", A. Samad Said dengan nada menyindir mencadangkan mereka mengulas isu lembu dan kondominium.  Bagaimanapun, berbalik kepada isu, A. Samad Said menganggap isu ini harus diambil sebagai bayangan keresahan yang tulen di kalangan anak muda.  "Anak muda kita bukan bodoh, tetapi pandai," tegasnya.
Hishamuddin Rais:
Hishamuddin Rais (ganbar bawah) pula dengan sinisnya, menyindir bahawa "matang pun tak ada gunanya kalau bodoh macam langau di buntut gajah - apa kata pemimpin semua mengangguk kepala?".  Beliau memuji tindakan mahasiswa sebagai "tindakan yang radikal dan cool".

"Ini mencerminkan langkah anak muda.  Inilah seharusnya menjadi contoh keberanian anak muda, bukan memakai baju batik lengan panjang," kata bekas pemimpin gerakan siswa pada zaman 1970-an ini.

Tindakan Adam Adli menurunkan bendera berwajah Najib Razak di PWTC ketika sekumpulan siswa-siswi berarak untuk menyerah memorandum kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Saifuddin Abdullah, telah mencetus kontroversi.  Memorandum tersebut menuntut kebebasan akademik dan pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Satu klip video telah dimuat naik dalam youtube, menyaksikan sekumpulan lelaki dengan bendera UMNO mengugut untuk menampar dan meludah pada muka Adam.  Sementara itu, satu laman facebook ditubuhkan menuntut Adam memohon maaf kepada Perdana Menteri, disertai lebih 1,000 orang sehingga kini.

Bagaimanapun, satu laman facebook yang menyokong tindakan Adam telah menghampiri 10 ribu peminatnya, dalam masa 24 jam ditubuhkan.

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi Bahasa Malaysia.

Keluarga Shahrizat beli kondo RM10 juta di Singapura

PETALING JAYA 20 Dis: KEADILAN hari ini tampil mendedahkan satu lagi pembelian kondominium mewah oleh keluarga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil.
Kondominium tersebut yang didakwa dibeli di Singapura, dianggarkan berharga RM9.9 juta dengan keluasan 2,282 kaki persegi.
Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution ketika mendedahkan dokumen pembelian berkenaan berkata, kediaman mewah beralamat di 7 Anthony Road, #14-24, Ochard Scotts itu dibeli pada 27 Januari 2010.

Katanya, carian rasmi menunjukkan ia didaftarkan atas nama suami Shahrizat, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan dua anak mereka, Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh dan Wan Izzana Zabedah Mohamad Salleh.

Mohd Salleh adalah pengerusi National Feedlot Corporation (NFC) yang sebelum ini didedahkan menyelewengkan RM250 juta dana, termasuk membeli kondominium mewah di Bangsar.
“Kalau sebelum ini kondo One Menerung (di Bangsar) didaftarkan atas nama syarikat NFC, namun kali ini ia didaftar terus nama keluarga mereka, ” kata Saifuddin ketika sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini.

Turut hadir Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin, Pengarah Strategi, Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.

Menurut Saifuddin, rekod pihak berkuasa Singapore Redevelopment Authority,  menunjukkan keluasan unit kondominium itu merupakan antara yang paling selesa di kawasan pusat bandar itu.
Katanya, rekod berkenaan adalah hasil carian di agensi yang mengawal selia tanah negara itu, Singapore Land Authority.

46 Buah SRJK (C) Dapat Peruntukan RM1.56 juta

Tuesday, 06 December 2011 | Ruangan: Berita

Oleh Mohd Ezli Mashut


SHAH ALAM , 6 DIS : Sebanyak 46 buah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJK) (C) untuk Fasa Kedua di seluruh Selangor mendapat peruntukan berjumlah RM1.56 juta bertujuan meningkatkan lagi hub ilmuan dan hub pendidikan berdasarkan konsep hasil rakyat untuk rakyat.
Exco Pendidikan,Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Insan Dr Halimah Ali berkata pada tahun 2011,kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM 6 juta untuk diagihkan kepada SRJK (C) demi menyediakan mutu perkhidmatan terbaik.

” Pada Fasa Pertama,sebanyak 75 buah sekolah yang telah menerima bantuan pendidikan yang berjumlah RM2.35 juta pada Fasa kedua, kita telah meluluskan permohonan sebanyak 46 buah sekolah yang akan menerima bantuan secara direct grant daripada kerajaan negeri Selangor.

“Bantuan ini telah menyebabkan kerajaan persekutuan bersetuju memberikan RM100 juta kepada SRJK(C) , RM100 juta kepada SRJK (T) dan juga RM 100 juta untuk sekolah agama , jadi kerajaan negeri mulakan dahulu dengan memberi bantuan baru kerajaan persekutuan ikut,” kata Halimah.

Majlis penyerahan cek bantuan pembangunan pendidikan ini disempurnakan oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang diadakan di ruang legar bawah Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di sini.
Turut hadir dalam majlis tersebut Exco Selangor Ronnie Liew,Teresa Kok, Elizabeth Wong, Ean Yong Hian Wah, Adun Sekinchan Ng Suee Lim,Adun Meru Dr Abdul Rani Osman, Adun Lembah Jaya Khasim Ahmad, Adun Seri Muda Shuhaimi Shafie dan juga penyelaras – penyelaras DUN .

Menurut Halimah lagi, permohonan bantuan pendidikan bagi Fasa 1 tahun 2012 sudah dibuka sejak 5 Disember dan tarikh tutupnya pada 3 Februari 2012.
” Borang permohonan boleh diperolehi melalui website Kerajaan Negeri Selangor iaitu www.selangor.gov.my atau di pejabat Exco Pendidikan atau Pusat Khidmat Masyarakat dan Pejabat Daerah di kawasan masing-masing.

“Adun-Adun dan Pusat Khidmat Masyarakat disarankan untuk membantu sekolah-sekolah dalam membuat urusan permohonan. Pihak Adun dan Pusat Khidmat juga diminta untuk memantau sekolah-sekolah yang menerima bantuan daripada kerajaan negeri,” katanya.

Selangorkini

Tuesday, December 13, 2011

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

YB Shuhaimi Shafiei juga hadir di mahkamah tinggi Kuala Lumpur untuk memberikan sokongan kepada Yang Berhormat Dato Seri Anwar Ibrahim pada 12/12/2011.




Majlis Penutupan Kursus Motivasi

Majlis ini berlangsung pada 23/11/2011 di Seksyen 15, Shah Alam yang dihadiri oleh sekumpulan remaje bakal tunjang negara.







Monday, December 12, 2011

Hasan: Tidak mudah bagi tinggalkan PAS

Hasan: Tidak mudah bagi tinggalkan PAS
Exco kerajaan Selangor Datuk Hasan Ali berkata, beliau akan terus bekerjasama dengan PAS dan Pakatan Rakyat selagi pihak berkenaan mempertahankan prinsip Islam, hak Melayu dan institusi raja.

Ditanya wartawan sama ada beliau patut meninggalkan PAS jika menghadapi masalah dalaman parti, Hasan berkata ia tidak semudah itu.
NONE"Saya sudah lama dalam PAS, tidak akan mudah untuk meninggalkannya begitu saja. Banyak rakan-rakan yang saya perlu bincang, mufti-mufti, penasihat agama dan juga orang lama dalam politik yang selalu saya bincang. Akan saya guna semua itu (dalam membuat keputusan).

"Tetapi jika organisasi itu tidak mendukung ketiga-tiga prinsip saya perjuangkan, ini mungkin berlaku," katanya pada sidang akhbar di kediamannya di Kuala Lumpur, hari ini.
Ditanya, jika beliau akan terus setia kepada perjuangan PAS dan Pakatan, Hasan berkata beliau kurang selesa dengan perkataan ‘setia’ kerana ia mungkin membawa konotasi yang lain.

Tegasnya, beliau hanya setia kepada Allah tetapi ‘kesetiaan’ kepada manusia dalam konteks politik tidak dituntut oleh Islam.
"Jangan nanti dikatakan yang saya kata tak perlu taat pada sultan. Hanya dalam konteks ini.

"Saya membantu mereka, dan mereka membantu saya," kata Hasan.
Perkara kecil
Mengulas hakikat bahawa beliau tidak mendapat cukup pencalonan untuk mempertahankan kerusi Gombak Setia yang disandangnya, bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata ia hanya perkara kecil kerana "perjuangan untuk Islam lebih besar"
NONE"Isu pencalonan itu kecil, berbanding perjuangan saya untuk Islam, jadi pada saya ia tidak penting."
Hasan berkata setakat ini juga pimpinan tertinggi parti tidak memaklumkan apa-apa perkara mengenai sama ada beliau digugurkan daripada menjadi calon ataupun sebaliknya.

"Saya tak tahu berapa pencalonan, berapa saya terima, bila pencalonan dibuka dan ditutup dan berapa cawangan yang menyokong saya, tiba-tiba meletup sahaja (berita) dua hari lepas waktu saya nak terima anugerah (daripada Sultan Selangor)," katanya.

Bagaimanapun, katanya, secara peribadi beliau agak tercuit dengan berita yang "meletup dengan tiba-tiba" tatkala sedang hendak menerima anugerah dari sultan.
"Saya ada hati kecil di sini, anda juga ada hati kecil di sini, sesiapa saja akan terasa perkara sebegitu," katanya.
Konspirasi
Menurut Hasan, beliau tidak suka melabelkan gerakan menentang beliau sebagai satu konspirasi.
Tetapi, beliau tidak menafikan berlaku halangan baik dari pihak dalaman mahupun luar berhubung kerja-kerja yang dilakukannya.
"Kadang-kadang kita terima halangan dari luar, kadang-kadang dari dalam... saya tidak suka gunakan perkataan konspirasi, tetapi mungkin ada gerakan untuk menahan kemaraan Dr Hasan?" katanya.
bersih suhakam memo 091107 saari sungibHasan juga berkata beliau tidak menyalahkan Ketua Penerangan PAS Selangor Shaari Sungib kerana mungkin beliau mempunyai niat yang baik apabila memilih untuk mendedahkan perkara ini kepada media secara terbuka.

Tetapi, katanya, setakat yang diketahui dan untuk mengelak kekeliruan berterusan, kaedah pencalonan ialah dengan mengambil kira pencalonan daripada cawangan-cawangan tetapi ini tidak menjadi faktor penentu (pemilihan calon) kerana wujudnya pertimbangan-pertimbangan yang lain.

"Sebagai contoh saya sendiri ditunjuk bertanding di DUN Gombak Setia pada pilihan raya umum lepas dan bukan atas dasar pencalonan daripada cawangan-cawangan.

"Dan begitu juga ketua penerangan PAS negeri sekarang yang bertanding di DUN Hulu Kelang tidak mengikuti proses penerimaan pencalonan daripada cawangan-cawangan di Hulu Kelang dalam pilihan raya umum lepas," katanya.

Katanya dalam amalan parti, isu calon yang bakal bertanding pilihan raya diputuskan oleh PAS Pusat selepas melalui proses penilaian oleh Majlis Syura Ulama.

Wednesday, December 7, 2011

Sumbangan Sempena Deepavali di Dun Sri Muda

Pejabat Adun Sri Muda dengan kerjasama Wanita Keadilan Kota Raja telah mengadakan majlis penyampaian sumbangan sempena Deepavali. Sumbangan daripada Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS) berupa wang ringgit kepada 30 keluarga terdiri daripada penduduk miskin dan ibu tunggal kalangan kaum India sekitar Dun Sri Muda .

Majlis penyampaian tersebut telah disampaikan oleh YB Shuhaimi Shafiei selaku Adun Sri Muda bertempat di Pusat Khidmat Rakyat Dun Sri Muda. Ahli Majlis MPSJ Sdr Jaberi Ami, Ketua Wanita Keadilan Cabang Kota Raja , Puan Rozaina Hamzah dan Timbalan Ketua Wanita Kota Raja Pn Ruthira Surasan turut sama hadir dalam majlis ini.

Program ini dilaksanakan bagi meringankan beban penerima agar turut sama merasai kemeriahan Deepavali yang disambut pada 26 Oktober 2011. Adun Sri Muda YB Shuhaimi Shafiei dalam ucapan perasmiannya menekankan tentang keprihatinan kerajaan negeri terhadap rakyat serta menyeru agar perpaduan dalam kalangan kaum India akan bertambah erat dibawah pimpinan Pakatan Rakyat.




YB Shuhaimi bergambar bersama para penerima sumbangan

Tuesday, November 29, 2011

Penyelenggaraan Jalan dan Parit sekitar Dun Sri Muda

Kini penduduk di sekitar Jalan Kebun dan Kampung Johan Setia boleh menarik nafas lega apabila masalah jalan rosak disekitar kampung terbabit telah diatasi.


Rata-rata penduduk kampung itu yang ditemui berpuas hati dengan kerja-kerja pembaikan semula laluan tersebut yang dijalankan bermula awal bulan ini.


Kerja-kerja tersebut merangkumi kerja penurapan jalan dan penyeleggaraan parit yang disalurkan menggunakan peruntukan MARRIS melalui Dun dan PBT terlibat.



Wakil pejabat Adun Sdr Azwan sedang memerhati kerja-kerja penurapan

Sebelum ini, beberapa batang jalan di Kampung Jalan Kebun dibawah seliaan MBSA juga telah diselenggara. Antaranya Lorong Abdullah, Lorong Abdul Aziz, Lorong Haji Said di Kampung Jalan Kebun dan di Lorong Hj Muhidin dan beberapa lorong lagi di Kampung Bukit Naga.

Sementara itu, beberapa lagi projek bakal menyusul.

Monday, November 28, 2011

Ah Kau curi tumpuan
Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : November 28, 2011
Tan Ah Kau

JOHOR BAHRU - Dewan Kongres Nasional Tahunan Keadilan Ke-8 bertempat di Pulai Springs Resort, dekat sini, semalam gamat dengan perbahasan pertama daripada wakil PKR Selangor, Tan Ah Kau.

Meraih tepukan gemuruh daripada pimpinan tertinggi, perwakilan, pemerhati bebas serta pengamal media, topik perbahasan Ah Kau bertajuk ‘Reformasi Pendidikan’ ternyata berjaya menyampaikan mesej tersirat dan tersurat.

Lagak bersahaja Ah Kau disulami ‘lawak sinis’ ketika menyampaikan perbahasan lebih 30 minit, tidak kurang hebatnya seperti seorang ‘Yang Berhormat’ sebenarnya lebih menjurus kepada pemikiran pembangkang terhadap pendidikan anak bangsa.

Ucapan perbahasannya tidak hanya mencuit kepada Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) Negara, malah turut mengupas Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) serta Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971.

Di awal bicaranya, Ah Kau mensarankan setiap pimpinan dan perwakilan yang hadir supaya menghayati semangat ‘Hijrah’ bersempena sambutan Awal Muharam.

“Hayatilah semangat Maal Hijrah. Ia bukan soal berpindah semata-mata, tetapi kita beralih dari keadaan tidak adil kepada suasana lebih selesa.

“Menjadi hasrat kita untuk berhijrah ke Putrajaya dan ia perlu direalisasikan hasil daripada kerja kuat memperjuangkan agenda rakyat. Ini kerana PR tidak pernah mengorbankan kepentingan awam,” katanya.

Ah Kau berkata, pakatan pembangkang juga dicadangkan merangka PIPP negara baru yang lebih memberi tumpuan kepada pendidikan.

“Sedar atau tidak, anak bangsa pada hari ini, sering sahaja dijadikan ‘tikus putih’ bagi menjalankan kajian khususnya bidang pendidikan.

“Lihat sahaja soal pelaksanaan PPSMI sebelum ini. Kini, isu Auku pula hangat dibicarakan dan mangsanya adalah pelajar-pelajar. Jadi, saya mencadangkan agar satu PIPP Negara baru dirangka oleh PR,” katanya.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
Dasar di Selangor bakal diteruskan di Johor- Khalid Ibrahim

(Oleh: Masdar Wahid)



JOHOR BAHRU 27 Nov: Segala dasar yang diamal pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor akan dilaksana di Johor jika negeri itu ditawan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Berucap di Kongres KEADILAN Nasional ke 8 hari ini, Khalid berkata, reformasi yang dilaksana di Selangor terbukti berkesan dan memanfaatkan rakyat negeri itu.

Menurut Khalid, antara perkara pertama yang bakal dilakukan kerajaan Pakatan Rakyat ialah menyelesaikan masalah air di Johor yang masih tertangguh sehingga kini.

“Sebelum berucap saya sudah periksa sekali lagi isu air di Johor dan didapati ia masih tidak diaudit dan ini antara punca mengapa masalah air di Johor sehingga kini tidak selesai.

“Jika Pakatan berjaya perintah, kita mampu menyelesai masalah ini dalam masa dua tahun, insyaallah,” katanya menggulung perbahasan menyokong ucapan dasar Presiden hari ini.

Beliau dalam pada itu memaklumkan kerajaan Selangor akan mengadakan forum bagi membincang Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang disalahgunakan Umno-BN.

“Malaysia negara kaya, tetapi mengapa masih ada rakyat miskin, kerana Umno gagal menguruskan kekayaan ekonomi negara dengan baik,” tegasnya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=23676

Sunday, November 27, 2011

Kongres Nasional KEADILAN: Ucapan Dasar Timbalan Presiden

MALAYSIA TANPA UMNO



MUKADIMAH

Alhamdulillah, kita dapat berhimpun pada pagi ini dengan satu tekad untuk meneruskan agenda perubahan. Kongres tahun ini bukan sahaja merupakan acara tahunan tetapi merupakan perhimpunan yang terpenting untuk menyemak persediaan kita menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13. Ianya menjadi lebih bermakna apabila kongres ini diadakan di negeri Johor sebagai isyarat bahawa KEADILAN sudah bersedia untuk menembusi negeri yang suatu ketika dahulu merupakan fixed deposit UMNO.

Saya gembira dan berbangga kerana berada di kalangan anak muda yang berani, yang mempunyai hati dan kecekalan seperti Arjuna. Anak muda yang memiliki jiwa dan semangat perjuangan yang sentiasa bergelora seperti ‘anak jantan’.

Apa tanda (si) anak jantan?
Matinya di tengah gelanggang
Tidurnya di puncak gelombang
Makannya di tebing panjang
Langkahnya menghentam bumi

Pilihan Raya Umum ke 13 adalah sebuah medan pertempuran yang paling dashyat. Inilah medan Kuru Setre seperti yang disebut dalam Mahabrata. Pilihan Raya ini adalah penentu masa depan rakyat dan negara Malaysia. KEADILAN perlu siap siaga untuk mengambil alih tanggungjawab memimpin rakyat menuju Malaysia Baru.

Ini kerana, Pilihan Raya ini adalah Pilihan Raya untuk menyelamatkan rakyat.

Mengimbau kembali sejarah lebih sedekad lalu, ketika hampir setiap minggu rakyat berhimpun di tengah kota Kuala Lumpur. Gerakan Reformasi September 1998 adalah wahana untuk memenuhi amanah dan cita-cita murni rakyat. Reformasi yang kita laungkan ketika itu, bukanlah sekadar menumbuk langit, tetapi dengan semangat juang dan cita-cita murni untuk mengembalikan keadilan kepada rakyat dan membangunkan semula institusi kenegaraan yang telah dirosakkan oleh pemimpin UMNO yang durjana dan rakus. Daripada iltizam dan cita-cita murni kebangkitan rakyat ini telah lahir Parti Keadilan Nasional yang kemudiannya mengambil pendirian politik yang progresif untuk bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan muncul sebagai sebuah parti keramat yang bernama Parti Keadilan Rakyat.

Dalam kekalutan lanskap politik negara yang berada di bawah hegemoni UMNO, politik perkauman sempit menjadi tembok untuk menghalang agenda reformasi daripada mendapat tempat dalam masyarakat. Rakyat disogok dengan pelbagai propaganda jahat untuk mencetuskan rasa takut dan curiga dalam masyarakat majmuk sehingga mereka takut untuk berubah. Meskipun rakyat Malaysia mahukan perubahan, namun mereka tetap terpasung dalam ketakutan dan kebimbangan bahawa kaum mereka tidak lagi akan mendapat keistimewaan.

Ketika masyarakat terus bergulat dengan ketakutan ini, KEADILAN telah meletakkan tanda noktah untuk menjadi sebuah parti politik yang bukan hanya mewakili satu-satu kaum, tetapi merentasi semua kaum dan keturunan yang ada di Malaysia. Slogan ‘Keadilan Untuk Semua’, ‘Ketuanan Rakyat’ dan ‘Demi Rakyat’ adalah cerminan kepada perjuangan yang dibawa, untuk menyelamatkan semua rakyat tanpa mengira kaum, agama serta kedudukan sosio ekonomi.

Sebagai anggota dan pendukung KEADILAN, kita harus menginsafi betapa murninya perjuangan refomasi untuk mengembalikan hak serta keadilan kepada semua rakyat. Asas perjuangan ini telah dipasak ke bumi Malaysia dalam Deklarasi Permatang Pauh yang menyatakan tekad rakyat yang berbilang bangsa dan agama untuk melancarkan gerakan reformasi total.

Alhamdulillah kita bersyukur, perjuangan yang bersandarkan keyakinan yang tinggi bahawa kebenaran pastinya akan menang, telah menempa kejayaan dengan kemenangan lima buah negeri dalam Pilihan Raya Umum ke 12. Lebih bermakna lagi apabila terbentuknya muafakat Pakatan Rakyat yang sebelumnya dikenal sebagai Barisan Alternatif. Setelah Pilihan Raya Umum 2008, Pakatan Rakyat turut menang 9 daripada 16 Pilihan Raya Kecil yang diadakan. Rakyat Sarawak turut menyambut gelora perubahan ini dengan melakar lanskap politik baru Sarawak. Rakyat Sarawak di pedalaman tidak ketinggalan dalam agenda reformasi.

Mereka memberi kemenangan bermakna kepada KEADILAN di Ba’ Kelalan, Krian dan Batu Lintang. Hari ini, masyarakat FELDA juga telah bangkit bersama KEADILAN menyatakan keberanian mereka menentang penyelewengan yang berlaku secara terang-terangan. Ini membuktikan bahawa momentum perubahan berterusan dan masih bertiup kencang dari Perlis hingga ke Sabah.

Namun bukan hanya kejayaan itu yang harus kita banggakan. Lebih bermakna lagi apabila perjuangan gerakan reformasi dan KEADILAN sebagai sebuah gerakan dan parti politik pelbagai kaum berjaya mendapat tempat dalam hati rakyat. Ini sekaligus mengubah lanskap politik Malaysia daripada politik yang bersandarkan kepada kotak perkauman yang sempit kepada keterbukaan politik demi kemaslahatan seluruh rakyat Malaysia.

Inilah wajah baru politik Malaysia dalam sejarah dunia moden yang dipelopori oleh KEADILAN sebagai aspirasi seluruh rakyat Malaysia. Malaysia kini menuju ke arah pembentukan sistem dua parti. Melalui sistem ini rakyat akan mengalami anjakan paradigma dalam membuat penilaian politik dengan lebih rasional dan berasaskan maklumat. Justeru itu, sebarang usaha dari parti serpihan termasuk yang ditaja UMNO untuk menggugat demokrasi pastinya akan tersungkur dan ditolak oleh rakyat. Rakyat mesti menolak mereka kerana mereka bersekongkol dengan musuh demokrasi. Mereka ini tidak lebih dari kembiri politik.

Tsunami politik yang berlaku mencerminkan keazaman dan iltizam politik rakyat melakukan perubahan. Rakyat yang idealis daripada pelbagai kaum dan susun lapis hidup telah bangkit menolak diktator, perasuah dan penyalahgunaan kuasa yang telah bermaharajalela lebih 50 tahun. Kebobrokan politik UMNO sudah tidak dapat dibendung lagi, kerakusan mereka mengagihkan kekayaan rakyat kepada keluarga dan kroni memperlihatkan sikap zalim, tamak haloba, angkuh dan
tidak bertanggungjawab mereka kepada rakyat yang dipimpin.

Sekali lagi kita bersyukur kerana muafakat politik yang dibentuk melalui Pakatan Rakyat telah menjadi alternatif kepada pilihan rakyat untuk melaksanakan perubahan.

MALAYSIA TANPA UMNO

Kepercayaan bahawa hanya UMNO yang boleh membawa kemakmuran dan kesejahteraan kepada rakyat sebenarnya telah dimitoskan lebih daripada separuh abad. Hari ini, KEADILAN sudah bersedia untuk menerajui gerakan rakyat untuk memecahkan mitos ini. KEADILAN akan menerajui Malaysia tanpa UMNO.

Rakyat Malaysia mahukan perubahan. Anggota KEADILAN terutamanya Angkatan Muda dan Wanita menyedari bahawa parti ini adalah sebuah parti reformasi. Parti yang mahukan perubahan demi kemaslahatan rakyat. Parti yang mahu memenuhi aspirasi rakyat untuk melaksanakan keadilan sejagat.

Sudah tiada lagi harapan rakyat yang boleh disandarkan kepada UMNO. Tidak ada lagi alasan rasional yang boleh mempertahankan kerakusan serta pengkhianatan UMNO kepada rakyat. UMNO bukan sahaja sudah hilang idealisme perjuangan, tetapi juga sudah muflis nilai serta bankrup moral untuk mempertahankan hak dan
kepentingan rakyat.

Apakah perjuangan UMNO yang dibawa untuk membela nasib masyarakat Melayu dan rakyat pada hari ini? UMNO yang dikenal khususnya oleh generasi muda hari ini adalah sebuah parti tua yang anti demokrasi, anti intelektual, anti hak asasi manusia, anti pekerja, sarat dengan politik fitnah dan membudayakan rasuah. Malah UMNO pada hari ini juga anti Melayu. Sasterawan Negara Usman Awang pernah mengingatkan kita:

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun…

Apakah UMNO masih membawa pekerti Melayu seperti yang dinukilkan oleh Usman Awang? Jawapannya pasti tidak. Perjuangan UMNO pada hari ini hanyalah perjuangan untuk membela tembolok kerabat dan bukannya rakyat. Budaya politik UMNO pada hari ini adalah berteraskan politik maki hamun, cerca dan fitnah.

Peribadi Melayu yang diwariskan oleh UMNO pada hari ini adalah watak Melayu yang tidak boleh dipertahankan lagi. Malah UMNO lah yang telah membunuh ciri-ciri kemelayuan yang dianjurkan oleh Islam. Layakkah perjuangan yang menjulang perasuah dan menghalalkan fitnah digelar sebagai perjuangan Islam? Layakkah perjuangan UMNO yang sehingga kini tidak dapat menjelaskan ke mana lesapnya saham milik Melayu-Bumiputra bernilai RM 52 bilion dijulang sebagai perjuangan mempertahan ketuanan Melayu?

Sewajarnya kupasan Profesor Syed Muhammad Naquib al Attas dalam syarahan pengukuhannya “Islam dalam Sejarah Dan Kebudayaan Melayu” diteliti dan ditelaah. Islam hadir ke rantau ini meniup nafas segar ke dalam ruh umat Melayu. Islam menjadi pendorong kepada orang Melayu untuk menjadi umat yang berakhlak tinggi,berhemah dan berilmu. Gerakan Islam bermula dengan kebangkitan literasi.

Syed Muhammad Naquib menyanggah tesis Van Leur dan Schrieke. Kedua-dua sarjana tersebut menganggap Islam sekadar membentuk lapisan nipis dalam sejarah dan kebudayaan orang Melayu. Walhal, Islam bagai cahaya yang menerangi rantau ini, membentuk tingkah laku, cara hidup dan weltanschauung (pandang dunia/worldview
) kita. Hadirnya Islam bagai “Habis Gelap Terbitlah Terang.” (meminjam judul buku Raden Adjeng Kartini)

Akan tetapi, sekarang ini, memerhati dengan teliti budaya politik yang dipelopori UMNO, maka tidak hairanlah mereka seolah-olah membenarkan tesis Van Leur dan Schrieke. Fitnah, angkuh, zalim dan rasuah menjadi sebahagian dari jasad dan ruh UMNO. UMNO kini menjadi teras kepada politik gelap.

Makanya KEADILAN sebagai wahana perjuangan murni yang mendapat dukungan generasi muda tidak boleh tergelincir dari landasan memajukan kepada khalayak budaya politik baru yang mencerahkan, berhikmah dan membebaskan. Cabaran ini semakin mendesak kerana UMNO telah menyuburkan jiwa perhambaan melalui neofeudalisme dan gagal membina jiwa merdeka.

Lihat sahaja dalam isu National Feedlot Corporation (NFC). RM 250 juta yang diperuntukkan untuk mengurangkan kebergantungan impot bahan makanan telah disalahgunakan untuk membeli kondominium mewah. Sehingga hari ini Menteri yang berkenaan masih lagi berkuasa, malah mendapat kekebalan dari Timbalan Presiden Umno. Di mana ‘Ketuanan Melayu’ yang laungkan jika hak rakyat dirampas dan diagihkan kepada Menteri untuk keluarga dan kerabat.

Rakyat miskin dibiarkan merempat sementara institusi negara meneruskan pembelaan kepada kerabat Umno yang rasuah dan melakukan penyelewengan.

Begitu juga dengan soal pengurusan ekonomi dan perbelanjaan negara yang tidak berhemah. Tatakelola yang tidak disiplin dan amanah menyebabkan rakyat diheret untuk berhadapan dengan hutang negara yang sudah melewati RM 1 trilion termasuk hutang isi rumah. Jumlah ini mewakili 53% daripada Keluaran Dalam Negara ekonomi UMNO yang cuai, tidak cekap serta ketirisan.

Umno juga mempertahankan undang-undang kuku besi yang mencabuli hak asasi manusia untuk menjamin kelangsungan kekuasaan mereka. Hak asasi yang dijamin oleh perlembagaan sebagai the supreme law of the land dicabul serta dipasung dengan kekuasaan. UMNO tidak punya iltizam politik untuk melakukan perubahan melainkan sekadar retorika politik.

Ternyata ‘transformasi politik’ Umno gagal. Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sempena Hari Malaysia. Tetapi kerajaan tetap meneruskan penahanan di bawah akta zalim ini. Dua minggu yang lalu, 13 orang ditahan di Sabah di bawah ISA. Tambah parah lagi apabila kerajaan mengumumkan bahawa akta yang akan digubal untuk menggantikan ISA tetap menggunapakai elemen tahan tanpa bicara yang bertentangan dengan fundamental liberties.

Kini, kita dilemparkan dengan Akta Perhimpunan Aman yang dibentangkan di Parlimen. Akta yang jelas bertentangan dengan hak untuk berhimpun yang dijamin oleh Perkara 10 (1) (b) Perlembagaan Persekutuan. Jelas, ruang demokrasi semakin disempitkan oleh tirani tua yang semakin nazak.

Begitu juga dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan bahawa Seksyen 15 (5) (a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Malangnya pemimpin UMNO meremehkan keputusan ini dan berkeras menafikan hak asasi mahasiswa.

Sistem pendidikan negara diambang keruntuhan. Bagaimana tradisi ilmu dapat berkembang dengan kondusif dan subur sedang kebebasan akademik para mahasiswa dan pensyarah dinafikan. Tambah malang lagi apabila mahasiswa dan pensyarah ditekan daripada berkata benar untuk menyampaikan ilmu.

(Dia lah yang menciptakan manusia. Dia lah yang telah membolehkan manusia [bertutur] memberi dan
menerima kenyataan)

Ayat ke 4 surah Ar Rahman ini mengungkapkan anugerah Allah SWT kepada manusia. Esensi kemuliaan insan, atau Jawhar al Insanniyyah itu antaranya kekuatan pengungkapan, hak untuk menyampaikan dan menyatakan kebenaran. Oleh kerana itu kemahuan pemerintah untuk membelenggu hak kebebasan rakyat untuk bersuara bukan hanya bercanggah dengan Perlembagaan tetapi juga bercanggah dengan pesan al Quran.

Jika UMNO dibiarkan terus kekal berkuasa maka generasi muda sebagai harapan kepada masa depan negara tidak akan muncul sebagai generasi yang berwibawa dan unggul dalam sebuah negara moden.

Inilah realiti Malaysia pada hari ini. Perdana Menteri memperdayakan rakyat dengan pemberian palsu. Di mana nilai seorang pemimpin negara jika tidak boleh berpegang kepada janjinya. Sedangkan pepatah Melayu menyebut lembu dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya.

Dari tuan pergi-pergi,
Eloklah menebang buluh bambu,
Dari pegang kata Perdana Menteri,
Lebih baik pegang tali lembu.

KEADILAN sebagai parti yang sentiasa memperjuangkan nasib rakyat harus menggalas tanggungjawab dan harapan rakyat seluruhnya untuk mempunyai kehidupan baru yang jauh lebih baik di negara sendiri.

KEADILAN dan Pakatan Rakyat telah membuktikan keunggulannya mentadbir beberapa buah negeri. Pentadbiran yang berteraskan disiplin dan amanah menjamin keharmonian dan kesejahteraan seluruh rakyat. Kekayaan dari penghasilan negeri telah diagih kepada seluruh rakyat tanpa sebarang prasangka dan diskriminasi untuk memastikan hak rakyat dikembalikan kepada mereka. Prinsip KEADILAN jelas. Khazanah negeri adalah hak rakyat dan bukan kurniaan Sang
Penguasa.

Ketua Audit Negara mengesahkan bahawa prestasi ekonomi di negeri-negeri Pakatan Rakyat adalah baik. Analisis Audit melaporkan kepada Dewan Rakyat bahawa kedudukan Wang Tunai Negeri Selangor yang merupakan aset Kerajaan Negeri menunjukkan peningkatan yang ketara pada tahun 2010 berjumlah RM 301.07 juta (48.8%) menjadi RM 918.27 juta berbanding RM 617.20 juta pada tahun 2009. Peningkatan baki Wang Tunai pada akhir tahun 2010 adalah disebabkan jumlah penerimaan iaitu RM 1,753.44 juta adalah lebih tinggi berbanding pembayaran berjumlah RM 1,452.37 juta iaitu lebihan sejumlah RM 301.07 juta memandangkan Kerajaan Negeri telah berjaya menurunkan perbelanjaan mengurus sebanyak 24.9% berbanding tahun 2009.

Kerajaan Negeri Selangor juga membuat bayaran balik sejumlah RM 253.16 juta termasuk anuiti tahun semasa RM 79.70 juta. Ini bermakna Kerajaan Negeri membayar pinjaman prinsipal berjumlah RM 173 juta.

Pengurangan hutang secara mendadak sebanyak RM173.46 juta ini sudah tentu akan menghasilkan penjimatan kepada rakyat dan mengurangkan beban hutang rakyat dengan Kerajaan Persekutuan kerana caj anuiti tahunan berjumlah RM 17 juta dalam tahun 2011 dapat dijimatkan.

KEADILAN dan Pakatan Rakyat tuntas memperjuangkan hak rakyat. Buku Jingga adalah bukti dokumen Pakatan Rakyat untuk memartabatkan rakyat dalam bidang sosio ekonomi. Inilah keyakinan rakyat bahawa KEADILAN mempunyai keupayaan untuk menerajui Malaysia tanpa UMNO.

ANAK MUDA PENERAJU DEMOKRASI TULEN

Pilihan Raya Umum ke 13 adalah demi rakyat. Generasi muda mempunyai tanggungjawab besar untuk melakar sebuah negara yang demokratik. Maka, Angkatan Muda dan Wanita harus menggembleng usaha dan kekuatan untuk memastikan agenda reformasi berjaya. Perjuangan cita-cita murni rakyat untuk melakukan perubahan harus diterajui oleh KEADILAN. Pakatan Rakyat berikrar untuk bersama-sama rakyat demi merealisasikan cita-cita murni ini.

Kita harus menjadi peneraju kepada cita-cita murni rakyat untuk membentuk sebuah negara madani yang demokratik. Reinhold Niebuhr menyebut: “Man’s capacity
for justice makes democracy possible; but man’s inclination to injustice makes democracy necessary.” (Kemampuan manusia untuk berlaku adil menjadikan
demokrasi itu satu kemungkinan, tetapi kecenderungan manusia kepada kejahatan menjadi demokrasi itu satu kewajiban).

Ungkapan ini disebut oleh beliau dalam bukunya ‘Children of light and children of darkness’. Siapakah ‘children of light’ dan siapa pula ‘children of darkness’? ‘Children of light’ atau anak-anak pencerahan ini adalah anak muda dan wanita di hadapan saya yang berjuang untuk demokrasi, hak asasi dan berjuang untuk menegakkan keadilan sejagat. Anak-anak kegelapan atau ‘children of darkness’ adalah UMNO yang anti kepada demokrasi, anti kepada kebebasan, anti kepada keadilan sejagat dan bersekongkol untuk meneruskan hegemoni yang mencengkam kehidupan rakyat.

Justeru saya menyeru Angkatan Muda dan Wanita merangkul bakat serta potensi generasi muda yang mahu bersama kita. Kita wajar meneladani Liu Bei yang tajam mengesan bakat Zhuge Liang. Zhuge Liang menyertai perjuangan Liu Bei sedangkan umurnya baru sekitar 20 an. Oleh itu, Angkatan Muda dan Wanita perlu menyediakan ruang untuk bakat ini berperanan dengan lebih berkesan. Terbukti dalam kisah Zhuge Liang tadi, beliau tiada tandingannya sebagai strategis
biarpun dalam usia yang muda. Pimpinan Angkatan Muda dan Wanita perlu menelaah karya besar San Guo Yan Yik (Kisah Tiga Negara).

Saya telah menerima senarai cadangan calon-calon yang dikemukakan oleh Majlis Pimpinan Negeri (MPN), Wanita dan Angkatan Muda. Saya berasa amat gembira kerana anak-anak muda diberikan kepercayaan untuk ditampilkan sebagai calon. Saya akan mengangkat perkara ini kepada Presiden dan Biro Politik supaya anak muda dan wanita diberikan peranan penting dalam Pilihan Raya Umum ke 13.

Usaha terdesak Perdana Menteri UMNO yang mengisytiharkan “perang cyber” terhadap KEADILAN dan Pakatan Rakyat dengan melancarkan Konvensyen Media Sosial menunjukkan keterdesakan pemerintah untuk meraih sokongan anak muda.

Usaha terbaru ini hanya memperlihatkan kepada kita kedangkalan Perdana Menteri dan penasihat medianya. Mereka gagal menanggapi lanskap media sosial dan mengapa anak muda tuntas menggunakan wahana ini untuk menyuarakan pendirian mereka. Warga media sosial tidak mahu diperalat untuk politik fitnah dan maki hamun.

Kekuatan berfikir, keteguhan imaginasi dan sikap kritis warga media sosial perlu diraikan. Mereka bersama gelombang reformasi semata-mata mahu memastikan Malaysia yang lebih baik untuk semua. Mereka sedar rakyat dan negara ini berhak kepada yang lebih baik. Maka tidak hairanlah warga media sosial begitu bersemangat menyuarakan pendirian mereka kerana di situlah mereka bebas bersuara mengkritik kebejatan yang berleluasa.

Justeru, KEADILAN harus bersedia untuk menjadi sebuah parti hati nurani rakyat. Dengan cita-cita luhur untuk membangunkan sebuah negara yang demokratik, kita harus melaksanakannya dengan memberi pemahaman serta menjalankan kegiatan advokasi melalui penubuhan yayasan-yayasan politik untuk membangunkan demokrasi dalam negara. Paling membanggakan apabila Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil inisiatif awal dengan memperuntukkan geran sebanyak RM 5 juta untuk program pengukuhan demokrasi.

Kita perlu membawa agenda yang lebih besar untuk membangunkan nilai demokrasi di Asia. Generasi muda harus lebih peka. Dunia kini, kita dilanda gelombang pendemokrasian sejagat. Ini bermakna masyarakat sejagat sudah mengambil pendirian untuk tidak lagi berkompromi dengan musuh demokrasi. Kita perlu mengubah dasar luar negara yang bersikap non-intervention kepada Dasar Pembangunan Demokrasi Asia. Inilah iltizam KEADILAN atas keyakinan kita bahawa perjuangan demokrasi adalah perjuangan untuk memartabatkan kemuliaan insan.

PENDIDIKAN SEBAGAI AGEN PENCERAHAN

Ronggowarsito, pujangga besar Keraton Jawa dan anak didik Pesantren Ponorogo pernah meramalkan akan tiba suatu zaman yang dikenali sebagai zaman edan; zaman kegilaan. Edan atau zaman kekalutan ini diungkapkan pujangga besar Jawa itu dalam kumpulan syairnya yang dikenali sebagai Serat Kalathida.

51. Beginilah bunyinya bait ke tujuh Serat Kalathida yang dinukil Ronggowarsito:

Amenangi jaman édan,
éwuhaya ing pambudi,
mélu ngédan nora tahan,
yén tan mélu anglakoni,
boya kéduman mélik,
kaliren wekasanipun

Menyaksikan zaman gila,
serba susah dalam bertindak,
ikut gila tidak akan tahan,
tapi kalau tidak mengikuti (gila),
bagaimana akan mendapatkan bagian,
kelaparan pada akhirnya

Sudah hampir dua abad ramalan itu dinukil Ronggowarsito. Kini kita menyaksikannya sendiri bagaimana kegilaan dan kekalutan menguasai zaman kita. Kita menyaksikan bagaimana keadilan cuba dibungkam dan kezaliman dijulang dan diagungkan.

Kita lihat bagaimana yang memperjuangkan kebenaran difitnah dan dinista manakala para pendusta diangkat sebagai wira. Yang lebih malangnya buat negara dan bangsa ini, kita menyaksikan bagaimana “mediocrity” berleluasa. Mediocre dan philistinism membudaya dan mengakar dalam masyarakat. Inilah bukti kita hidup di zaman edan, zaman kegilaan.

Walaubagaimanapun kita harus sedar, “mediocrity” atau “Ke-laihan” ini tidaklah muncul secara tiba-tiba. Kekalutan dan kegilaan lah yang membenarkan “Ke-laihan” ini. Sebagaimana yang disampaikan kepada kita oleh Ronggowarsito, “ikut gila tidak akan tahan, tapi kalau tidak mengikuti (gila), bagaimana akan mendapatkan bagian,” sesungguhnya tepat memperihalkan muslihat, tipu daya dan ugutan UMNO ke atas rakyat Malaysia.

UMNO tidak punya cita-cita untuk memastikan anak muda berfikiran kritis dan bebas. Bagi memastikan kelangsungan hegemoni, suara anak muda wajib dibungkam dan minda mereka harus dipasung. Ini kerana kebebasan dan keberanian untuk berfikir adalah musuh kepada kepada UMNO.

Menyedari keampuhan daya fikir sebagai senjata membongkar mitos hegemoni UMNO, Dr. Mahathir menjadi dalang memastikan AUKU dilaksana. Undang-undang bejat ini, berselindung di sebalik alasan mahukan para mahasiswa menumpukan perhatian kepada pelajaran semata-mata ternyata merupakan suatu pembohongan. Berpuluh-puluh tahun selepas AUKU dilaksanakan, ternyata Dr. Mahathir mahu melumpuhkan daya fikir anak muda. Beliau sedar anak muda yang kritis pasti enggan bersama kekuasaan yang korup dan menindas.

Kesan “mediocrity” yang membudaya itu ternyata bukan sahaja menjejaskan pembangunan mahasiswa kritis malah telah dengan sengaja mencipta iklim ketakutan, “climate of fear,” agar dunia akademik diam membisu dari menyatakan kebenaran. Inilah antara dosa terbesar Dr. Mahathir kerana dengan sengaja mahu memperbodoh masyarakat. Beliau mahukan rakyat iyakan sahaja titahnya. Rakyat dipaksa merajakan Dr. Mahathir.

Dunia akademik yang lesu pastinya menjejaskan mutu pendidikan. Buktinya tiada universiti Malaysia yang disenaraikan Times Higher Education 400 Top World University Ranking untuk tahun 2011/2012. Sedangkan National University of Singapore berada di kedudukan 40 terbaik dari 400 universiti seluruh dunia.

Marilah sekali lagi kita menjenguk pesan pujangga besar Ronggowarsito. Ternyata pujangga itu tidaklah meninggalkan kita terkontang-kanting, gantung tidak bertali tanpa penyelesaian. Beliau memberi saranan bagaimana mahu berhadapan dengan tipu daya UMNO dalam baris akhir bait tersebut. Ronggowarsito mengungkapkan “Seuntung manapun orang gila, masih lebih untung orang yang berwaspada.”

Menyedari hakikat ini, kita perlu melakukan reformasi terhadap sistem pendidikan di negara ini. Pendidikan sememangnya menjadi teras kepada pembangunan demokrasi dan masa depan negara bangsa yang lebih baik. Melalui sistem pendidikan yang bebas dan tidak dikongkong oleh kekuasaan politik, maka perkembangan ilmu akan berlangsung dengan baik sekaligus menjadi agen pencerahan kepada rakyat.

Pencerahan yang secara mudah membawa maksud menggalakkan perkembangan pemikiran untuk berlangsung. Kita tidak mahu sistem pendidikan yang hanya melatih generasi muda untuk menghafal dan mengingat secara teknikal. Kita mahu pendidikan yang melatih perkembangan ilmu dan daya fikir melalui tesis, anti tesis dan sentesis yang dilontarkan. Ianya selari dengan slogan pencerahan; ‘Sapere Aude’ atau beranilah menggunakan kefahaman sendiri.

Keberanian berfikir untuk membongkar pembelengguan jiwa dan minda adalah antara langkah pertama untuk keluar dari segala bentuk eksploitasi manusia ke atas manusia. Eksploitasi atau gerakan pembodohan, pembutaan dan pembisuan ini perlu ditentang sekerasnya untuk membebaskan rakyat dari zulumat atau kegelapan.

Falsafah pendidikan yang berteraskan kekuasaan politik sebagaimana yang berlaku pada hari ini hanya melahirkan mahasiswa dan pensyarah yang pasif serta mengabaikan tanggungjawab mereka kepada rakyat. Sedang golongan ini adalah golongan yang seharusnya menyebarkan idea dan memperkembangkan ilmu di kalangan masyarakat, kekuasaan politik hadir untuk menafikan suara dan kebijaksanaan mereka melalui akta-akta yang zalim dan tidak rasional.

Kerana takutkan pensyarah seperti Profesor Dr. Abdul Aziz Bari dan mahasiswa UKM4 menyatakan kritikan terhadap pemerintah maka mereka dikongkong dari berbicara dengan bebas. Ini mengingatkan saya kepada sajak Taufik Ismail yang berjudul “Takut 66, Takut 98”:

Mahasiswa takut pada dosen
Dosen takut pada dekan
Dekan takut pada rektor
Rektor takut pada menteri
Menteri takut pada presiden
Presiden takut pada mahasiswa

Akibatnya kita akan memiliki generasi muda yang pasif. Walhal, seharusnya generasi muda yang mendapat pendidikan universiti adalah agen kepada perubahan.

Alhamdulillah, kita dapat lihat pada hari ini generasi muda serta pensyarah sudah mulai bangkit menyatakan kebenaran. Biarpun masih ada lagi segelintir profesor kangkung yang memperalatkan akademik untuk survival kerjaya mereka, namun kita yakin generasi muda dan sebahagian besar ahli akademik yang lain mempunyai pertimbangan rasional dan kritis untuk meneruskan perjuangan mereka menuntut kebebasan akademik dan autonomi kampus.

Sistem pendidikan yang hanya memberi penekanan terhadap kecemerlangan akademik harus berubah kepada sistem pendidikan yang berupaya melahirkan masyarakat yang inovatif dan mempunyai daya saing yang tinggi. Kita mahu melahirkan generasi muda yang dikenal sebagai generasi tweakers seperti yang diungkap oleh
Malcolm Gladwell dalam rencana The Tweaker: The Real Genius of Steve Jobs.

Dunia yang serba canggih dengan teknologi hari ini tidak akan bermakna tanpa penghayatan kita bahawa segalanya berlaku melalui sebuah proses panjang yang mengerah segenap daya fikir dan imaginasi manusia. Maka menjadi tanggungjawab sistem pendidikan kita untuk melahirkan insan-insan seperti Steve Jobs yang boleh berbangga dengan Apple dan Pixar atau George Lucas dengan siri Filem Star Wars.

Fikiran inilah yang dibawa oleh Malcolm Gladwell dalam rencana di Majalah The New Yorker. Apa yang menjadi perhatiannya ialah kekuatan yang mendasari serta berjaya membangun generasi yang kita kenal sebagai Generasi Tweakers; generasi yang kukuh kekuatan daya ciptanya, berani serta yakin untuk bersaing dengan
sesiapa sahaja namun tidak tercabut dari akar budayanya. Inilah tema sebenar yang harus dibawa oleh sistem pendidikan kita untuk menempuhi cabaran pada masa akan datang sebagai sebuah negara moden.

MELAKAR KEMENANGAN RAKYAT

Pilihan Raya Umum ke 13 adalah Pilihan Raya Umum yang penting buat rakyat Malaysia. Kesemua jentera dan kekuatan harus digerakkan sekarang sebagai penerus kepada momentum yang sedia ada. Sekali lagi kita harus ingat bahawa Pilihan Raya ini bukanlah semata-mata untuk kemenangan KEADILAN tetapi Pilihan Raya ini adalah Pilihan Raya untuk rakyat. Kemenangan KEADILAN dan Pakatan Rakyat bermakna kemenangan rakyat menentang kezaliman dan kebobrokan UMNO.

Selaku mereka yang tergolong sebagai generasi muda, Angkatan Muda dan Wanita KEADILAN perlu menjadi conscience of majority and minority. Menjadi dhamir rakyat. Kita perlu memastikan supaya gerakan perubahan oleh rakyat terus berlanjutan sehingga Pilihan Raya Umum akan datang. Generasi muda perlu menyatakan tekad untuk menerajui perubahan yang bakal berlaku.

Keyakinan kita, rakyat menuntut perubahan. Tidak ada rakyat yang mahu mempertahankan kebejatan yang berlaku. Inilah zeitgeist atau semangat zaman. Nilai dan semangat ini pastinya diterajui oleh generasi muda khususnya pada zaman ini. Zaman dimana generasi muda menerajui perubahan yang berlaku.

Mutakhir ini kita dikejutkan dengan satu gerakan yang menggelar diri mereka ‘occupy’. Anak muda di kota- kota besar seperti New York, London dan Portland menyatakan protes terhadap elit korporat dan kekuasaan yang membolot khazanah negara. Mereka membawa slogan bahawa mereka mewakili 99% rakyat. Manakala hegemoni yang terus menerus membolot khazanah negara hanya terdiri dari 1% sahaja.

Ini merupakan cerminan bahawa anak muda menuntut supaya peranan mereka untuk melakukan perubahan diiktiraf. Semangat inilah, semangat zaman, zeitgeist yang sedang membara dalam jiwa generasi muda hari ini.

Begitu juga Arab Spring yang membuktikan bahawa generasi muda mampu menggerakkan perubahan untuk rakyat. Keazaman dan tekad mereka untuk menuntut keadilan, kebebasan dan demokrasi adalah nilai yang seharusnya dikongsi bersama oleh generasi muda di Malaysia. Biarpun jarak kita jauh beribu batu, namun kita harus punya keyakinan bahawa nilai ini tetap akan dikongsi bersama dengan tekad bahawa zaman ini adalah zaman perubahan.

Malah Kung Fu Tze dalam Lun Yu menukilkan “si hai zhi nie jie xiong di” yang bermakna ‘empat lautan terbentang luas, semua manusia bersaudara’. Maka yakinlah bahawa kita tidak keseorangan dalam perjuangan menuntut perubahan ini.

Kita semua sedang menelusuri liku-liku yang sama. Namun kita perlu terus memastikan agar perubahan ini terlaksana. Biarpun pelbagai serangan yang dilakukan oleh Umno untuk memastikan agar perjuangan kita untuk membela nasib rakyat ini terencat, kita harus terus mara dengan yakin.

Peringatan keras untuk Umno, apa pun konspirasi untuk memenjarakan Saudara Anwar Ibrahim, kami anak-anak muda dan wanita berikrar akan bangkit meruntuhkan tembok kezaliman penjara untuk membebaskan Anwar Ibrahim. Pakatan Rakyat telah sepakat bahawa Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri Malaysia yang ke 7.

KEADILAN dan Pakatan Rakyat sudah bersedia. Kita sudah ada Dasar Bersama, kita sudah ada Buku Jingga, kita sudah ada Belanjawan Pakatan Rakyat. Kita sudah bersedia ke Putrajaya. istiqamah, pintu kebenaran akan terbuka luas dan kita perlu memimpin rakyat untuk terus melaksanakan perubahan.

Yakinlah teman-teman seperjuanganku,

Malaysia tanpa Umno adalah Malaysia yang
demokratik
Malaysia tanpa Umno adalah Malaysia yang
makmur
Malaysia tanpa Umno adalah Malaysia yang
aman dan harmoni
Malaysia tanpa Umno adalah Malaysia yang
bebas
Malaysia tanpa Umno adalah Malaysia Baru
milik rakyat

Mohamed Azmin Ali, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Gombak.

Ucapan Dasar Timbalan Presiden ini disampaikan pada 25 November 2011 di Kongres Nasional Tahunan Keadilan ke-8 yang diadakan di Pulai Spring Resort, Johor Bahru.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=23522

Wednesday, November 23, 2011

Wang tunai RM54,900 nanti pemancing di Cyberjaya


2011/11/23

CYBERJAYA: Hadiah wang tunai RM54,900, 40 hamper dan 6500 kemeja-T menanti pemancing dalam Pertandingan Memancing GP Selangor pusingan kesembilan di Taman Tasik Cyberjaya, di sini, Ahad ini.

Pertandingan itu anjuran kerajaan Selangor dengan kerjasama Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) dan Cyberview Sdn Bhd, dikendalikan oleh Wakjali Event Management selaku pengurus acara. 
 
Ia menawarkan hadiah wang tunai RM30,000 untuk juara, kedua RM12,000 dan ketiga RM6,000. Pemenang keempat menerima RM1,500, dan kelima RM700. Pemenang keenam hingga kesembilan menerima RM250, kesepuluh (RM200) dan kesebelas hingga ke-20 (RM150). 
 
Penganjur turut menawarkan empat cabutan bonanza wang tunai RM500 setiap satu, 20 cabutan bertuah dan 500 kemeja-T untuk peserta yang mendaftar awal.

Yuran penyertaan RM80 satu joran dan setiap peserta dibenar mendaftar dua joran saja dan layak menang satu hadiah bagi setiap pusingan.

Turut diadakan ialah pertandingan mewarna untuk kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun dan EON Auto Fiesta yang menawarkan servis percuma kepada pemilik kenderaan Proton, pandu uji kereta, diskaun untuk model terpilih, pemeriksaan keselamatan kenderaan percuma dan pemberian baucar bernilai RM50 untuk temujanji servis kenderaan.

Kaunter pendaftaran dibuka di MPSepang bermula hari ini hingga Jumaat, manakala kaunter 24 jam di Taman Tasik Cyberjaya bermula jam 10 pagi, Sabtu ini.
Bagi memastikan lokasi pertandingan tidak menghampakan peserta, penganjur melepaskan satu tan ikan patin dan tongsan ke Tasik Cyberjaya yang disempurnakan Pembantu EXCO Pemodenan, Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Selangor, Shuhaimi Shafiei.

Turut hadir Penolong Setiausaha MPSEPANG, Ismail Muhamad; Pengurus Besar Perkhidmatan Korporat dan Kewangan Cyberview, Izatul Arini Mohd Ariff Albakri; Pengarah Urusan Wakjali Event Management, Md Zali Kasran dan Ketua Jabatan Pembangunan Perniagaan Edaran Otomobil Nasional (EON), Mohd Zainan Ayob.

Suhaimi berkata, GP Selangor yang sudah memasuki fasa akhir akan menutup tirainya di Tasik Shah Alam pada 18 Disember ini.

“Di Shah Alam, penganjur menawarkan hadiah bernilai RM130,000 kepada pemenang dengan penyampaian hadiah utama Grand Slam sebuah kereta Proton Saga manakala juara pusingan akan menerima RM40,000,” katanya.

Pertanyaan mengenai pertandingan ini hubungi 013-3588206, 016-2937741 dan 013-3838655.

Monday, November 21, 2011

Pemeriksaan Perubatan Percuma

Program ini dirancang khas oleh MBSA dan MPP Zon 12 untuk golongan pendapatan rendah yang tinggal di sekitar Shah Alam di Dewan MBSA, Seksyen 27, Shah Alam pada 20/11/2011.