Wang tunai RM54,900 nanti pemancing di Cyberjaya
2011/11/23
CYBERJAYA: Hadiah wang tunai RM54,900, 40 hamper dan 6500 kemeja-T
menanti pemancing dalam Pertandingan Memancing GP Selangor pusingan
kesembilan di Taman Tasik Cyberjaya, di sini, Ahad ini.
Pertandingan itu anjuran kerajaan Selangor dengan kerjasama Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) dan Cyberview Sdn Bhd, dikendalikan oleh Wakjali Event Management selaku pengurus acara.

Ia menawarkan hadiah wang tunai RM30,000 untuk juara, kedua RM12,000
dan ketiga RM6,000. Pemenang keempat menerima RM1,500, dan kelima RM700.
Pemenang keenam hingga kesembilan menerima RM250, kesepuluh (RM200)
dan kesebelas hingga ke-20 (RM150).
Penganjur turut menawarkan empat cabutan bonanza wang tunai RM500
setiap satu, 20 cabutan bertuah dan 500 kemeja-T untuk peserta yang
mendaftar awal.
Yuran penyertaan RM80 satu joran dan setiap peserta dibenar mendaftar dua joran saja dan layak menang satu hadiah bagi setiap pusingan.
Turut diadakan ialah pertandingan mewarna untuk kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun dan EON Auto Fiesta yang menawarkan servis percuma kepada pemilik kenderaan Proton, pandu uji kereta, diskaun untuk model terpilih, pemeriksaan keselamatan kenderaan percuma dan pemberian baucar bernilai RM50 untuk temujanji servis kenderaan.
Kaunter pendaftaran dibuka di MPSepang bermula hari ini hingga Jumaat, manakala kaunter 24 jam di Taman Tasik Cyberjaya bermula jam 10 pagi, Sabtu ini.
Bagi memastikan lokasi pertandingan tidak menghampakan peserta, penganjur melepaskan satu tan ikan patin dan tongsan ke Tasik Cyberjaya yang disempurnakan Pembantu EXCO Pemodenan, Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Selangor, Shuhaimi Shafiei.
Turut hadir Penolong Setiausaha MPSEPANG, Ismail Muhamad; Pengurus Besar Perkhidmatan Korporat dan Kewangan Cyberview, Izatul Arini Mohd Ariff Albakri; Pengarah Urusan Wakjali Event Management, Md Zali Kasran dan Ketua Jabatan Pembangunan Perniagaan Edaran Otomobil Nasional (EON), Mohd Zainan Ayob.
Suhaimi berkata, GP Selangor yang sudah memasuki fasa akhir akan menutup tirainya di Tasik Shah Alam pada 18 Disember ini.
“Di Shah Alam, penganjur menawarkan hadiah bernilai RM130,000 kepada pemenang dengan penyampaian hadiah utama Grand Slam sebuah kereta Proton Saga manakala juara pusingan akan menerima RM40,000,” katanya.
Pertanyaan mengenai pertandingan ini hubungi 013-3588206, 016-2937741 dan 013-3838655.

No comments:
Post a Comment