Tuesday, November 1, 2011

PKR mahu Shahrizat perjelas projek fidlot
PKR menuntut menteri pembangunan wanita Datuk Seri Shahrizat Jalil supaya menjelaskan projek ternakan lembu fidlot yang dijalankan anggota keluarga menteri kabinet itu – dengan kos didakwa 22 kali lebih tinggi daripada unjuran kementerian pertanian.

PKR turut menuntut Shahrizat menjelaskan jualan daging lembu daripada projek tersebut kepada restoran mewah yang juga didakwa milik keluarga menteri berkenaan, katanya lagi.

NONEPengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata kaitan berkenaan boleh dilihat melalui profail syarikat restoran berkenaan.

Katanya lagi, fidlot berkenaan juga tidak berjaya walau dijelaskan sebaliknya oleh menteri berkenaan, Datuk Seri Noh Omar semalam dalam ucapan penggulungan di Dewan Rakyat.

"Kita persoalkan sasaran yang menteri kata telah dipenuhi. Ternak 8,000 ekor lembu dalam masa tiga tahun ini, petani di kampung mana-mana pun boleh buat. Tidak perlu ada 250 juta," katanya dalam sidang media di bangunan parlimen petang ini.

Syarikat Agro Science Industries Sdn Bhd – salah sebuah daripada dua syarikat yang dipilih untuk menjayakan Pusat Fidlot Kebangsaan – telah diberikan sejumlah pinjaman daripada RM250 juta yang diperuntukkan dan juga geran sebanyak RM6 juta melalui kementerian pertanian, menurut Noh dalam jawapannya di Dewan Rakyat semalam.

Mengulas pekrara itu, Rafizi berkata Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sendiri melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah menetapkan sasaran supaya Pusat Fidlot Kebangsaan menyediakan sebanyak 276,000 ekor lembu fidlot setahun.

Beliau mendakwa, sasaran berkenaan boleh dilihat melalui kertas dasar projek berkenaan yang diletakkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan.

NONEWalhal, Noh dalam jawapannya semalam berkata projek berkenaan tidak menemui kegagalam memandangkan syarikat Agro Science berjaya membekalkan sejumlah 8,016 ekor lembu sepanjang 2008 hingga 2010.

"Mengikut RMK9, projek itu perlu ternak sekurang-kureang 60,000 ekor lembu, bina satu ladang komersil bebas dengan 20,000 ekor lembu setiap tahun, dan juga bina 310 ladang satelit dengan 600 ekor setahun (setiap ladang)," kata Rafizi lagi.

Tambahnya, jumlah sasaran bilangan lembu itu juga selari dengan jumlah sasaran bekalan daging yang ditetapkan untuk Pusat Fidlot Kebangsaan – sebanyak 50,000 tan daging menjelang 2009 atau 40 peratus daripada permintaan daging Malaysia.

Rafizi turut membidas jawapan Noh bahawa tiada konflik kepentingan dalam penganugerahan projek berkenaan kepada Agro Science.

NONE"Menteri jawab tiada konflik kepentingan kerana ada enam syarikat terbabit. Tetapi ada perbezaan besar antara tender terbuka dengan enam piohak membuat pembentangan kepada kerajaan.

"Ianya bukan proses yang telus. Apa yang berlaku, ada enam syarikat menghubungi kerajaan buat cadangan (dan) menteri kata cadangan yang dibuat oleh (keluarga) menteri Datuk Shahrizat ini terbaik.

"Lainlah kalau kerajaan buat iklan besar 'ada (pinjaman) RM250 juta dan 500 ekar untuk pelihara lembu, siapa hendak pelihara lembu.' Itu (barulah) tender terbuka yang telus," katanya lagi.

Malaysiakini

No comments: