Monday, April 23, 2012

NOH OMAR MENGIMPIKAN ANGIN PERUBAHAN , YANG TIBA ADALAH ANGIN TSUNAMI KEDUA BUAT BN SELANGOR.



KENYATAAN MEDIA 
KETUA PENERANGAN KEADILAN SELANGOR
23 APRIL 2012

NOH OMAR MENGIMPIKAN ANGIN PERUBAHAN , YANG TIBA ADALAH ANGIN TSUNAMI KEDUA BUAT BN SELANGOR.

Kenyataan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor , Dato Seri Noh Omar dalam portal Sinar Harian 22 April 2012 yang mengatakan Pakatan Rakyat takut kepada 'angin perubahan' yang kononnya sudah memihak kepada BN Selangor sebenarnya sedang menanti angin tsunami kedua buat BN Selangor.
Saya sedia menerima pandangan beliau sekiranya Dato Seri Noh Omar dapat mengukuhkan kenyataannya dengan statistik dan angka , ataupun sebarang isu berbangkit yang gagal diselesaikan oleh Pakatan Rakyat Selangor , sebaliknya yang dimegahkan adalah apabila program beliau di Taman Sentosa dihadiri 5,000 orang India. Apakah seorang Timbalan Pengerusi BN Selangor meletakkan harapan BN Selangor hanya kerana program beliau dihadiri 5,000 hadirin ? Kalau itulah dijadikan ukuran , bagaimana pula dengan puluhan ribu rakyat Selangor yang hadir berikan sokongan padu di setiap program Pakatan Rakyat di seluruh Selangor ?
Jelas ungkapan beliau menunjukkan akan kegagalan beliau mengemudi jentera BN Selangor dan lebih menyedihkan akibat beberapa kelemahan kepimpinan beliau , Ir Zin Mohamed pula yang diberi tugas dan tanggungjawab untuk menjadi koordinator BN Selangor. Apakan Pengerusi Perhubungan Negeri UMNO Selangor , Dato Seri Najib Razak lebih mengharapkan prestasi kerja Ir Zin Mohamed yang jauh lebih baik berbanding Noh Omar yang dikenali lebih suka bercakap dari buat kerja ?
Saya tidak mahu membuat telahan dalam masalah politik dalaman BN Selangor , cuma saya hanya ingin berpesan kepada Noh Omar bahawa angin perubahan yang melanda pada PRU 12 dahulu saya yakin telah bertiup lebih kencang menjelang PRU 13 ini. Cuma angin perubahan itu bakal mengundang tsunami kedua buat BN Selangor yang masih dilihat gagal dan terkial-kial mencari rentak untuk memenangi hati dan minda rakyat Selangor.
Akhir sekali , suka untuk saya ingatkan agar beliau dapat menumpukan di kawasan beliau di Tanjong Karang kerana melihat gerak kerja Pakatan Rakyat Selangor di Tanjong Karang , tidak mustahil kita akan ada Menteri dari Selangor yang terpaksa dilantik menjadi Senator.

YB SHUHAIMI SHAFIEI
KETUA PENERANGAN KEADILAN SELANGOR
ADUN SRI MUDA








No comments: