Shuhaimi: Umno Selangor Bermimpi Di Siang Hari
– April 1, 2012
1,066 views
SHAH ALAM 1 APRIL : Keyakinan Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk
Seri Noh Omar kononnya gagasan itu mampu merampas kembali negeri
Selangor dalam pilihan raya umum akan datang disifatkan sebagai mimpi
disiang hari.
ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei berkata kenyataan seumpama itu adalah
amalan biasa bagi kepimpinan Umno-BN sebagai cubaan meyakinkan rakyat
bahawa mereka masih relevan untuk memerintah negeri.
“Kenyataan Umno Selangor itu jelas satu rektorik dan perang saraf menjelang pilihanraya.
“Umno Selangor sebelum PRU-12 pernah membuat kenyataan bahawa di
Selangor akan sifar pembangkang, keyakinan yang memuncak itu terjawab
selepas 2008 dimana Umno-BN disingkirkan rakyat untuk terus menerajui
Selangor,”jelasnya.
Media sebelum ini melaporkan, Noh Omar sebagai berkata pihaknya yakin
Umno-Bn akan menang di 36 daripada 56 kerusi yang dipertandingkan,
hanya kurang satu kerusi untuk membentuk majoriti dua pertiga dalam
Dewan Undangan Negeri (DUN).
Dalam wawancara itu juga, Noh meramalkan Umno akan menang 30 daripada
35 kerusi yang ditandingi, MCA mampu mendapat lima daripada 14 kerusi
sementara GERAKAN dan MIC masih-masing mendapat satu kerusi.
Mengulas lanjut berhubung perkara ini, Shuhaimi berkata hasil tinjaun
yang dilakukan berhubung penerimaan rakyat terhadap kepimpinan hari ini
jelas menafikan kenyataan Noh itu.
“PKR dan Pas masing-masing bakal menambah sekurang-kurangnya lima
lagi kerusi. Manakala DAP akan terus mengekalkan 13 kerusinya pada
PRU-13 akan datang.
“Perkara ini dikuatkan lagi dengan culaan terakhir yang dijalankan
dimana 62 peratus rakyat selesa dan menyokong penuh kepimpinan Pakatan
Rakyat di Selangor.
“Apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri sejak sekian lama ini
memberikan impak yang baik selain keselesaan kepada rakyat di Selangor.
“Saya tidak nampak sebab untuk rakyat menolak sebuah kerajaan yang
telus, bertanggungjawab dan menitik beratkan kebajikan rakyat dengan
melaksanakan 20 program yang terus membantu golongan-golongan miskin di
Selangor,”jelas Shuhaimi ketika dihubungi SelangorKu.
Menurut Suhaimi lagi tidak masuk akan emandangkan terlalu banyak penyelewengan dilakukan Oleh Umno-BN ketika menguasai Selangor.
“Segala penyelewengan yang dilakukan Umno Selangor itu sudah terlalu
besar untuk dimaafkan oleh rakyat dan rakyat tidak sesekali akan
membenarkan perompak dan penyamun ini kembali memerintah.
“Kami akan bongkar pelbagai lagi salah laku dan penyelewengan Umno
terutama dalam aktiviti menjual tanah rezab melayu untuk kepentingan
poket pemimpin politik mereka,”jelas Shuhaimi.
Shuhaimi menambah, Umno seharusnya melihat kepada realiti sebenar dan bukannya membuat kenyataan rektorik semata-mata.
“Umno Selangor telah mencuba segala macam cara untuk merampas Selangor, tetapi mereka lupa rakyat hari ini cerdik untuk menilai.
“Malangnya, Perdana Menteri sendiri terpaksa turun padang membantu pemimpin Umno-Selangor,”tambah Shuhaimi.
Menyedari tiada pemimpin Umno Selangor yang berpotensi dan bersih
dari sebarang penyelewengan kuasa, Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Abdul Razak terpaksa dilantik mengetuai Umno Selangor.
Najib pula pada minggu lalu membuat kenyataan bahawa rakyat Selangor
telah memberi sokongan memuncak kepada kerajaan selepas beliau
mengadakan lawatan ke Selangor.
Kenyataan Noh tersebut juga dilihat sebagai tindakan mengampu
bertujuan mengambil hati Perdana Menteri sedangkan hakikatnya Umno-BN
semakin disisih oleh rakyat Selangor.
Katanya, walaupun mendapat sokongan kurang memberangsangkan selepas
kalah dalam pilihan raya umum 2008, situasi kini berubah bawah
kepimpinan Datuk Seri Najib Razak secara langsung.
No comments:
Post a Comment