Monday, October 4, 2010

Penghormatan Terakhir Buat Pejuang Rakyat

Saturday, 02 October 2010 | Ruangan: Berita

TANJONG KARANG, 1 Okt – Jenazah Arwah Abdul Kudus Omar (Pak Kudus) selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Parit Serong Tanjong Karang, pada jam 4.45 petang semalam.

Allahyarham Abdul Kudus menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira jam 11 pagi di Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur setelah dimasukkan ke wad berkenaan sebelum ini.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberikan penghormatan terakhir kepada arwah dengan bersama-sama masyarakat setempat, pemimpin KEADILAN dan Pakatan Rakyat (Pakatan) serta wakil kerajaan negeri dengan bacaan Yasin serta tahlil.

Tan Sri Khalid berkata, “Pemergian Pak Kudus merupakan kehilangan besar kerana jasa dan pengorbanannya selama ini kepada parti dan rakyat.” Beliau mendoakan agar arwah mendapat rahmat daripada Allah serta dihimpunkan bersama-sama orang-orang yang beriman.

Turut hadir memberikan penghormatan terakhir ialah Datuk Zaid Ibrahim, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Yaakob Sapari, Adun Seri Muda, Suhaimi Shafie, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzuelkefly Ahmad.

No comments: