Keputusan Rasmi Pemilihan Pimpinan Cabang Kota Raja
Pada Ahad, 26 September 2010, proses pengundian Pemilihan Pimpinan Cabang Kota Raja bersempena Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) bagi Parti Keadilan Rakyat Cabang Kota Raja telah berlangsung di Dewan Bukit Naga, Shah Alam, Selangor mulai jam 11:00 pagi hingga 5:00 petang.
Setelah tamat pengundian, bagi tujuan menjamin kelancaran dan kesempurnaan pemilihan tersebut, pengawas pemilihan yang dilantik oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat Parti Keadilan Rakyat (JPP) membuat keputusan bahawa proses pengiraan dan penjumlahan undi tidak dapat diteruskan di Dewan Bukit Naga, Shah Alam. Sebaliknya urusan-urusan tersebut diserahkan kepada tanggungjawab langsung JPP yang beribu pejabat di A-1-09 Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan 1, Petaling Jaya, Selangor.
Jawatankuasa Pemilihan Pusat, menurut Fasal 18.15 Perlembagaan Parti Keadilan Rakyat, adalah bertanggungjawab bagi mengawalselia proses pengundian dan pemilihan untuk jawatan dalam parti di peringkat Cabang dan Pusat. Di bawah kuasa menurut peruntukan Fasal tersebut, JPP memutuskan untuk menyempurnakan proses pengiraan dan penjumlahan undi bagi pemilihan Cabang Kota Raja itu di dalam bangunan Ibu Pejabat Parti dalam tempoh seberapa segera yang mungkin.
Bagi tujuan melaksanakan keputusan tersebut, JPP telah melantik Timbalan Setiausaha Agung PKR Saudari Sharifah Shahidah sebagai Penyelia yang bertindak mengetuai satu pasukan petugas khas terdiri daripada pengawas-pengawas dan kakitangan Ibu Pejabat untuk menjalankan urusan Penjumlahan dan Pengiraan Undi bagi Pemilihan Pimpinan Cabang Kota Raja.
Proses pengiraan dan penjumlahan undi itu bermula dari jam 2:30 pagi, Isnin 27 September 2010 dan berakhir pada 4:17 petang, Selasa 28 September 2010.
Penjumlahan undi telah dijalankan mengikut satu demi satu kotak-kotak undi yang berjumlah 20 kotak undi semuanya.
Sejumlah kertas-kertas undi telah diasingkan ke dalam bekas kiraan mengikut calon-calon yang bertanding atau sebagai undi rosak. Pengiraan undi pula dijalankan mengikut satu demi satu jawatan yang dipertandingkan.
Kesemuanya melibatkan 8851 kertas undi terdiri daripada 8481 (95.82%) undi sah dan 370 (4.18%) undi rosak. Pertandingan bagi jawatan-jawatan dalam Cabang Kota Raja telah melibatkan kesemua 12 jawatan bagi pimpinan Cabang, Wanita dan Angkatan Muda Keadilan Cabang.
Setelah selesai urusan pengiraan dan penjumlahan undi, satu inventori dokumentasi urusan pengiraan dan penjumlahan undi bagi Cabang Kota Raja telah diserahkan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat pada jam 5:23 petang, Selasa 28 September 2010 bagi tujuan semakan dan pengesahannya.
Setelah disemak, Jawatankuasa Pemilihan Pusat mendapati bahawa proses pengiraan dan penjumlahan tersebut telah dijalankan dengan sempurnanya sejajar dengan kehendak Peraturan Penjumlahan dan Pengiraan Undi Pemilihan Pimpinan Cabang di bawah Tatacara Pemilihan 2010 Parti Keadilan Rakyat.
Seterusnya, Keputusan Rasmi Pemilihan Pimpinan Cabang Kota Raja adalah seperti berikut:
PROFIL CABANG KOTA RAJA
Jumlah Anggota - 7992
Lelaki - 4835 60.50%
Perempuan - 3154 39.50%
AMK - 3978 49.77%
Keturunan Anggota
Melayu - 2212 27.68%
Cina - 292 3.65%
India - 5470 68.44%
Jumlah Anggota Berdaftar Untuk MATC / Pemilihan - 1264 15.82%
KEPUTUSAN RASMI PEMILIHAN CABANG 2010
PIMPINAN CABANG KOTA RAJA
Ketua Cabang - Dr Xavier Jayakumar A/L Arulanandam
Timbalan Ketua Cabang - Saudara Mat Suhaimi bin Shafiei
Naib Ketua Cabang - Saudara Zaidi bin Yusof
AJK Cabang - 1) Saudara Alagan A/L Vellasamy
2) Saudara Halim bin Amin
3) Saudara Manimaran A/L Municaamy
4) Saudara Sandan A/L Vellasamy
5) Saudara Vicknesvaran Krishnan
6) Saudara Mohammad bin Hj Ishak
7) Saudara Muhamad Fauzi bin Mukhtar
8) Saudara Mohana Sundar A/L Arumugam
9) Saudara Zaini bin Zailani
10) Saudara Tan Ah Kow
11) Saudara Nor Azman bin Badaruddin
12) Saudara Salehhin bin Hassan
13) Saudara Saharuddin bin Shaid
14) Saudara Tan Eng Ghee
15) Saudara Md Husain bin Mohd Samuri
PIMPINAN WANITA CABANG KOTA RAJA
Ketua Wanita - Saudari Rozaina binti Hamzah
Timbalan Ketua Wanita - Saudari Ruthira A/P K. Surasan
Naib Ketua Wanita - Saudari Jamiah binti Abas
AJK Wanita - 1) Saudari Kalaiarasi A/P Krishnan
2) Saudari Saraswathy A/P Ramalingan
3) Saudari Anida binti Abu Bakar
4) Saudari Gan Siew Lian
5) Saudari Anita binti Hanan
6) Saudari Sri Mahalekshumy
7) Saudari Zaleha binti Jalal
PIMPINAN AMK CABANG KOTA RAJA
Ketua AMK - Saudara Azmizam bin Zamanhuri
Timbalan Ketua AMK - Saudara Satthya Seelan A/L Nagamuttu
Naib Ketua AMK - Saudara Hannafe bin Zaini
AJK AMK - 1) Saudara Jestin Raj A/L Savarimuthu
2) Saudara Nageswaran A/L Munisamy
3) Saudara Nagarajan A/L Kaniappan
4) Saudara Mageswaran A/L Rajagopal
5) Saudara Jeyabalan A/L Subramaniam
6) Saudara Poobalan A/L M. Seenivasan
7) Saudari Idanis Suriani binti Mohd Jahanis
8) Saudara Amiruddin bin Md Arif
9) Saudara Ahmad Fahmi bin Hanapiah
10) Saudara Azali bin Abd Wahab
11) Saudara Abdul Halim bin Amin
12) Saudara Jaberi bin Ami
13) Saudara Khairul bin Muhidin
14) Saudara Mohd Aris bin Zakaria
15) Saudara Mohd Nazar bin Sulaiman
Abd Malek bin Hussin
Jawatankuasa Pemilihan Pusat
Parti Keadilan Rakyat
No comments:
Post a Comment