Wednesday, October 6, 2010

SU PKR: Patuhi keputusan boikot Utusan
Okt 6, 10 3:45pm
Kongsi 0
Ahli PKR diingatkan supaya mematuhi arahan parti supaya memulaukan akhbar Utusan Malaysia dan edisi hujung minggunya, Minggu Malaysia yang dimiliki Umno.

“Ia sebahagian daripada disiplin bagi mematuhi keputusan yang dibuat oleh parti,” kata setiauasaha agung PKR, Saifuddin Nasution kepada wartawan di ibu pejabat parti di Petaling Jaya, hari ini.

Katanya, apabila seseorang individu menyertai sesuatu parti, sebarang tindakan politik yang dibuat oleh ahli itu mesti selaras dengan segala keputusan pucuk pimpinan.

Jelas Saifuddin, meskipun PKR menghormati kebebasan media, namun Utusan dipulaukan kerana sering-kali memutar-belitkan berita mengenai parti itu sejak ia ditubuhkan pada 1999.

Saifuddin berkata beliau tidak merujuk kepada mana-mana individu berhubung amarannya itu kerana sebagai setiausaha agung, beliau adalah berkecuali.

Sumber: Malaysiakini

No comments: