Thursday, July 7, 2011

Benarkah ada pihak ketiga arah polis sekat Bersih?

Posted on Thursday, July 07 @ 07:04:29 PDT by tokdalang
Berita
KUALA LUMPUR: Tindakan ‘agresif’ polis menyerbu, memenahan, menyekat dan memenekan penyokong Bersih 2.0 mungkin kerana ada pihak ketiga yang mempengaruhi pasukan polis, dakwa Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Mohammmmad Sabu berkata demikian ketika ditemui 5 Julai lalu di Kuala Lumpur sebelum Timbalan Presiden PAS itu bertolak ke Merbok, Kedah.Beliau melontarkan pertanyaan kepada Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar apakah pendedahan bekas KPN, Tan Sri Musa Hassan dua minggu sebelum bersara daripada polis bahawa adanya campur tangan pihak ketiga terhadap polis masih lagi berlaku kini.


Beliau hairan, polis dilihat cukup agresif dan bertindak hingga membelakangi hak-hak rakyat, termasuk ada tindakan ke atas penyokong PAS yang mendengar ceramah di dalam premis PAS. “Mengapa mereka betul-betul menekan Bersih, penyokong parti politik yang mahukan demokrasi di negara ini berjalan dengan baik?

“Apakah ada salahnya dalam lapan tuntutan yang dibawa Bersih 2.0 dalam memmemmemurnikan perjalanan pilihan raya di negara ini?.Adakah ada pihak yang sebenarnya menekan pihak polis untuk bertindak sedemikian?” soalnya.

Mohamad Sabu mahu Ketua Polis Negara yang ada hari ini memberi penjelasan kerana tindakan polis mutakhir ini dilihat seolah-olah terdesak.

Beliau percaya, apa yang pernah dilontarkan bekas KPN ada kebenarannya memandangkan Musa Hassan melontarkan isu itu sebelum bersara.

Sebelum ini, polis menahan tiga lelaki dua daripadanya warga Bangladesh serta tiga wanita kerana dipercayai mencetak baju-T Bersih di sebuah rumah kedai di Taman Nuri, Jalan Datuk Kumbar di Alor Setar.

Turut ditemui di situ ialah 150 helai baju-T yang bercetak dengan perkataan Bersih.

Di Melaka, Mahkamah Majistret Jasin hari ini membenarkan perintah tahanan reman selama tiga hari terhadap 17 ahli PAS termasuk seorang pemimpin yang ditangkap dipercayai terbabit mempromosi perhimpunan Bersih 2.0, di Simpang Kemendor, semalam.

Perintah reman yang dikeluarkan Majistret Erry Shahriman Nor Aripin itu dipohon oleh pegawai Penyiasat, Inspektor Mudzaffar Shah Zulkefli bagi tujuan melengkapkan kertas siasatan. Bagaimanapun, sebelum itu, peguam yang mewakili 17 ahli PAS terbabit, Damian Yeo memohon mahkamah membatalkan permohonan reman tersebut dengan alasan mereka telah memberi kerjasama penuh dalam siasatan percakapan rekod di Balai Polis Jasin.

Tangkapan dibuat ketika serbuan di Dataran Hamas, Markas PAS Jasin.

Polis mendakwa ketika mereka terbabit ditahan, terdapat 113 kemeja-T tanpa kolar berwarna kuning di atas sebuah meja dengan tertulis perkataan Bersih telah dirampas manakala orang yang berada di sekeliling meja ditahan.

Di Kota Bharu 5 Julai lalu, seorang peniaga dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Kota Bharu kerana dituduh memakai dan memiliki baju-T perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0).

Mohd Amizul Fazly Muhamed Sudin, 33, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Azrul Abdullah.

Bagi pertuduhan pertama, Mohd Amizul Fazly didakwa mempamerkan pakaian yang tertera tulisan Bersih 2.0 di sebuah kedai runcit di Kampung Permatang Piah, Bachok, pada pukul 2.40 petang, 3 Julai, manakala bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memiliki enam helai baju-T yangtertera perkataan Bersih 2.0.

Pada 4 Julai, tiga lagi wakil rakyat Pakatan Rakyat disiasat polis berhubung kenyataan mereka dalam ceramah baru-baru ini.

Mereka ialah anggota Parlimen Gombak Azmin Ali dan dua Adun Ng Swee Lim (Sekinchan) dan Shuhaimi Shafie (Sri Muda) yang didakwa bercakap tentang Bersih 2.0 yang diharamkan kerajaan.

Pada 1 Julai lalu, seorang lelaki dan seorang wanita berumur 51 dan 48 tahun, yang dipercayai suami isteri, ditahan polis kerana memiliki lima helai kemeja-T Bersih dalam sekatan jalan raya di Jalan Kubang Rotan-Kuala Kedah dekat Alor Setar.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan berkata ketika ditahan polis pada kira-kira pukul 9.05 malam. Kedua-dua suspek menaiki kereta jenis Proton Wira dan semasa pemeriksaan, polis menjumpai lima helai kemeja-T Bersih dalam kereta berkenaan.

No comments: