BERSIH 2.0 : Mencetuskan perebutan kuasa di dalam UMNO
Mungkin ada benarnya kata-kata itu kerana minggu lepas PM Najib kelihatan begitu yakin berhadapan dengan protes BERSIH 2.0.
Tangkapan demi tangkapan dilakukan ke atas mereka yang memakai baju kuning. Ceramah-ceramah BERSIH 2.0 dikacau dan digagalkan. Penceramah-penceramah yang mengajak rakyat menyertai himpunan 7/9 turut ditangkap. Najib berulang kali mengumumkan pihak Polis akan bertindak dan memberi gambaran seolah-olah himpunan tersebut akan gagal. Kononnya ia hanya mendapat sambutan dari kelompok yang kecil sahaja. Tetapi pada hari Sabtu, lain pula jadinya.
Puluhan ribu telah turun ke jalan raya. Ada yang kata lebih 50,000. Ini pula berlaku dalam keadaan pusat bandaraya Kuala Lumpur telah dikepung bagaikan dharurat telah diisytiharkan.
Tambahan pula cara pihak Polis bertindak terhadap rakyat yang berhimpun memeranjatkan semua pihak, sama ada di dalam atau di luar negara. Kalau dulu ketika tidak ada internet, tindakan ini boleh disembunyikan tetapi sekarang tidak ada rahsia lagi. Malah seorang peserta himpunan 7/9 telah meninggal dunia apabila lari dari gas pemedih mata yang ditembak oleh FRU.
Walaupun Najib masih boleh berpura-pura di hadapan rakyat tetapi bangkai gajah tidak akan dapat ditutup dengan nyiru.
Seorang Timbalan Menteri UMNO mengkritik secara terbuka cara kerajaan menangani BERSIH 2.0. Katanya ia akan merugikan BN.
Jika Timbalan Menteri boleh berkata sedemikian, bagaimana pula dengan pimpinan UMNO di peringkat akar umbi? AJK Bahagian dan AJK Cawangan yang setiap hari berhadapan dengan masyarakat.
Merekalah yang berhadapan dengan kemarahan rakyat yang bukan ditujukan kepada BERSIH 2.0 atau Pakatan Rakyat tetapi terhadap Najib dan BN.
Pada hakikatnya imej Najib merudum selepas 7/9. Beliau menggunakan kekerasan ke atas rakyat dan memperkecilkan sokongan rakyat terhadap BERSIH 2.0. Tetapi kekerasan tidak melunturkan semangat rakyat dan puluhan ribu telah berjaya melepasi sekatan-sekatan Polis.
Najib telah menjadi satu bebanan kepada UMNO dan BN. Beliau tahu nasib yang menimpa beliau maka itulah sebabnya beliau melawat kawasan-kawasan yang terlibat dengan BERSIH 2.0 pada hari Ahad. Ia bertujuan untuk meredakan kemarahan para peniaga yang marah kepada sekatan pihak Polis.
Itulah sebabnya juga beliau telah mengadakan Majlis Penerangan Perdana sejurus selepas 7/9. Untuk memulihkan imej beliau di mata pimpinan dan ahli-ahli UMNO.
Walau bagaimanapun, rasa tidak puas pimpinan dan ahli-ahli UMNO itu tidak akan hilang begitu sahaja. Mereka mempunyai nafsu dan cita-cita untuk terus berkuasa. Maka sudah tentu mereka tidak akan bersedia menanggung biawak hidup yang akan mengurangkan peluang mereka.
Seorang Timbalan Menteri telah bersuara. Cantas mencantas adalah perkara biasa di dalam UMNO. Beberapa Perdana Menteri yang disifatkan sebagai bebanan kepada UMNO, pernah dipaksa atau dinasihat berundur. Najib tidak akan terkecuali walaupun dia adalah anak kepada Tun Razak.
Hanya Allah saja yang tahu apa yang akan terjadi selepas ini. Muhyidin nampak semakin ke hadapan. Hishamuddin mungkin ada cita-cita tetapi 7/9 juga mencalarkan imej beliau. Rais sudah terlalu tua. Walau siapa sekalipun yang sedang berkomplot, perlumbaan untuk menggantikan Najib telah bermula.
sbis
No comments:
Post a Comment