Wednesday, July 20, 2011

Tembak gas secara terus, FRU tak ikut undang-undang, prosedur- Sivarasa

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa berkata, pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) tidak mengikut undang-undang dan Standard Prosedur Operasi (SOP), apabila melepaskan peluru gas pemedih mata tepat kepada orang ramai pada 9 Julai lalu.

Beliau mengulas kenyataan bekas komander FRU, Supt (B) Sulaiman Menga Din yang mendakwa FRU dilatih bertindak secara minimum bagi menyuraikan demonstran mengikut peraturan yang ditetapkan.

“Kenyataan beliau (Sulaiman) itu tidak berasas, memutar belit fakta. Beliau

Fayyadh mengalami kecederaan teruk akibat tembakan kanister gas oleh pasukan FRU di KL Sentral pada himpunan aman Bersih 9 Julai lalu

sendiri patut tengok (rakaman) FRU yang menembak terus kepada pemimpin Pakatan Rakyat (PR) semasa di KL Sentral.

“Menembak gas pemedih mata terus kepada orang boleh membahayakan nyawa. Jika diteliti dalam beberapa video semasa kejadian, lebih kurang 12 das tembakan (dilepaskan). Itu sudah melanggar undang-undang dan prosedur,” kata Sivarasa kepada Keadilandaily.com.

Sivarasa berkata, dakwaan bekas komander itu jelas bertentangan dengan video yang dirakam semasa kejadian yang menunjukkan polis menendang dan bertindak kasar terhadap peserta Bersih 2.0.

Menyifatkan kenyataan itu sebagai satu pembohongan, Sivarasa mempersoal kecederaan teruk yang dialami Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan pengawal peribadi Anwar, Fayyadh Afiq Al-Bakqry akibat terkena tembakan kelonsong pemedih mata FRU.

Kecederaan yang dialami Fayyadh ketika serangan gas di terowong KL Sentral, mengakibatkan cedera parah di bahagian tulang pipi, cukup menggambarkan tindakan ganas FRU.

“Fayyad juga memberitahu bahawa FRU tembak terus kepada orang ramai dan bukan ke atas. Kalau lihat kepada kelongsong gas pemedih mata, telah diberi amaran bahawa tidak boleh tembak terus dan dilakukan di kawasan tertutup,” ujarnya yang juga ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN (MPP).

Dalam pada itu, beliau menyifatkan insiden 9 Julai, yang menyaksikan rakyat berhadapan dengan keganasan FRU dan polis, membuktikan pihak berkuasa telah melanggar undang-undang yang boleh diklasifikasikan sebagai jenayah serius.

“Mereka (polis), boleh cakap mahu menangkap peserta, tetapi tindakan ganas sudah melanggar undang-undang dan diklasifikasikan sebagai jenayah serius,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=17177

No comments: