Thursday, July 28, 2011

Pidato Rakyat ‘Selangorku’ di Gombak 28 Julai ini

Pidato Rakyat ‘Selangorku’ akan di adakan di Dewan Muhibbah, Taman Bolton, Seri Gombak pada hari Khamis 28 Julai bermula jam 9 malam.

Antara pemidato yang dijangkakan hadir ialah Timbalan Presiden KEADILAN yang juga merupakan Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali.

Selain itu ialah Ahli Parlimen Kuala Krai yang merupakan Pengarah Pilhan Raya Pas Pusat, Dr Hatta Ramli, ADUN Seri Muda Shuhaimie Shafiee dan Yang Dipertua Pas Kawasan Gombak, Ustaz Salehuddin Nasir.

Senator Ramakrishnan yang merupakan Ahli Dewan Negara dari parti DAP turut diundang bersama Adun Gombak Setia, Datuk Hasan Ali dan Adun Batu Caves, Amiruddin Shaari.

Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai untuk memeriahkan majlis.

No comments: