Saturday, July 23, 2011

Karnival, Majlis Penerangan Negeri Selangor dan Pelancaran Logo “Selangor Ku”

Friday, 22 July 2011 | Ruangan: Berita

SHAH ALAM 22 JULAI ; Adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan Karnival, Majlis Penerangan Negeri Selangor dan Pelancaran Logo “Selangor Ku”

Tarikh : 24 Julai 2011 (Ahad)

Tempat : Stadium Malawati, Shah Alam

Masa : 7.30 pagi hingga majlis kemuncak Pelancaran pada Pukul 8.00 malam yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor

Di sebelah pagi pelbagai program telah di atur antaranya senamrobik , kejohanan Futsal dan booth-booth pameran yang dikelolakan oleh agensi-agensi dan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor

Sebelah petang pula diadakan persembahan ‘Shuffle’, pancaragam oleh Kombo MBSA dan persembahan musik oleh kumpulan “Bunkface”, serta persembahan Mini Bike dan lain-lain .

“Kupon-kupon makanan bernilai RM10.00 akan diberikan kepada orangramai bermula 3.00 petang atas dasar ‘siapa cepat dia dapat”

Acara kemuncak bermula pada pukul 8.00 malam dengan Ucaptama Pelancaran Logo ‘Selangor Ku” yang akan disempurnakan oleh YAB Tan Sri Dato’ Menteri Besar Selangor.

“ORANGRAMAI DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI BERSAMA KELUARGA UNTUK MEMERIAHKAN LAGI PROGRAM”

No comments: