Friday, February 21, 2014

Kerajaan Negeri Akan Menerima Laporan Dari SELCAT Untuk Perbaiki JPS


SHAH ALAM 21 FEB :Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) akan menyediakan penyata dan saranan kepada Kerajaan Negeri bagi memperbaiki sistem pengurusan dan urus tadbir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
Pengerusi SELCAT, Hannah Yeoh, berkata disebabkan masalah itu berlaku, wakil rakyat sedia ada kecewa dan beberapa projek menangani masalah banjir tidak dapat dilaksanakan.
SELCATKatanya, perbelanjaan penjelasan JPS menunjukkan projek hanya dilakukan di penghujung tahun dan menyebabkan terdapat projek tidak dapat dijalankan.
Sehubungan itu, katanya, penyelesaian sesi pendengaran awam itu juga akan dibentangkan dalam Sidang Dewan Negeri yang bermula 7 April depan.
“Kita sudah dengar masalah daripada pihak yang dipanggil tadi dan kita dapati ada beberapa perkara dibangkitkan antaranya kekurangan Jurutera dan proses kelewatan menyediakan kertas kerja.
“Kita akan bawa perkara ini di Dewan Negeri untuk dibahaskan oleh semua Adun bagi memperbaiki sistem pengurusan yang ada,” katanya dalam sidang media di lobi Dewan Annex, di sini.
Hannah berkata dari penelitian dan kesimpulan dalam sesi pendengaran itu mendapati JPS lemah dalam menyelesaikan isu terbabit.
Mengulas lanjut, beliau mahu Exco Infrastruktur, Yunus Hairi membawa saranan bagi mewujudkan portfolio banjir ke dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri.
“Memang sepatutnya ada exco bagi portfolio ini.
“Dalam SELCAT tahun 2012 sudah membuat saranan itu namun ia belum dibincangkan dalam mesyuarat exco,” katanya.
Dalam sesi pendengaran SELCAT itu, JPS dipanggil ekoran terdapat masalah yang dikenalpasti dalam laporan kewangan JPS tahun lalu.
Masalah itu membabitkan peruntukan kewangan diberikan tetapi tidak direkod, perbelanjaan melebihi peruntukan, peruntukan tidak diberikan tetapi terdapat bayaran diluluskan dan kelewatan beberapa projek di setiap daerah.
Jumlah perbelanjaan pada tahun lalu sebanyak melebihi RM18 juta.
Bagaimanapun, tiada perbelanjaan direkodkan untuk bulan Januari hingga Mac.
EZY

SK

No comments: