Monday, February 10, 2014

Manipulasi Media Umno , Kempen PRK Diganggu Isu PKNS - DSAI

Pergaduhan berterusan antara Abdul Khalid dan Azmin Ali dimanipulasi media pro-Umno, dan ini mengeruhkan hubungan mereka, kata Anwar. – Gambar fail.

SHAH ALAM 9 FEB: Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu memberi ruang kepada media pro-Umno BN memanipulasi isu penamatan kontrak kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Meminta semua pihak tidak memanjangkan isu itu kepada media, beliau yakin media arus perdana yang pro-Umno BN akan mengambil kesempatan mengeruhkan keadaan.
Beliau tidak mahu pihak luar mengambil kesempatan memburuk-burukkan keadaan berikutan pemimpin parti memberi pandangan masing-masing dalam isu itu.
“Saya sudah nasihati, kita tidak perlu perbesarkan lagi perkara ini,” kata Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu pada sidang media, hari ini.
Sebelum ini, isu penamatan kontrak membabitkan 22 kakitangan PKNS Holdings Sdn Bhd mendapat perhatian media tempatan apabila ramai menyuarakan pendapat masing-masing.
Bagaimanapun, kebanyakan pemimpin PKR termasuk Anwar yakin isu berkenaan mengganggu kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang kerana ia bukan isu politik.
- FZL

selangorkini

No comments: