Thursday, March 6, 2014

Kementerian Pendidikan Wajib Teliti Acuan Pembentukan Universiti Tempatan


Kegagalan universiti di Malaysia menempatkan diri dalam senarai kedudukan Reputasi Pendidikan Tinggi Dunia Times yang dikeluarkan hari ini menunjukkan universiti tempatan bukan sahaja tidak layak disenaraikan universiti terbaik dunia tetapi di peringkat Asia Tenggara sendiri.
Malaysia tidak pernah berada dalam senarai itu yang merupakan tahun keempat meskipun sasaran Putrajaya menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan serantau dan menarik 200,000 pelajar ke universiti tempatan menjelang 2020.
Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini berkata, Malaysia mempunyai sistem pendidikan antara yang terbaik di dunia - lebih baik daripada Amerika Syarikat, Britain dan Jerman.

Malaysia gagal berada dalam kedudukan universiti The World tahun lalu biarpun Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapat peruntukan terbesar dalam Bajet 2013. Kementerian itu menerima RM38.7 bilion pada 2013 dan akan menerima RM54 bilion pada tahun ini. - 6 Mac, 2014.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang merupakan salah seorang yang lantang mengkritik standard pendidikan Malaysia mengingatkan universiti tempatan bukan sahaja tidak diiktiraf sebagai universiti terbaik dunia tetapi juga tidak setanding dengan institusi pendidikan serantau.

No comments: