Wednesday, March 5, 2014

Sokongan Padu PAS Terhadap Kajang Move Merobek Kubu Kuat Seteru

Calon PRK Kajang bagi Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim (empat dari kiri) bersama pemimpin PAS di majlis pelancaran jentera PAS PRK Kajang, malam tadi.

Walaupun tanpa presiden PAS dan menerima tekanan kuat, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa terharu dengan kerjasama yang diberikan oleh parti itu dalam membantu beliau dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Ketika berucap di majlis pelancaran jentera PAS PRK Kajang, Anwar yang akan menjadi calon PKR dalam pilihan raya itu berkata, rakannya dalam Pakatan iaitu PAS dan DAP menunjukkan semangat setiakawan yang utuh.
"Terima kasih kawan-kawan pimpinan PAS yang bagi kerjasama luar biasa untuk kita pertahankan Kajang walaupun mereka menerima tekanan yang kuat," katanya.

"Hari itu saya ke Jepun. Presiden PAS sudah turun di Kajang sebelum penamaan calon, ini menunjukkan semangat setiakawan yang terus utuh.
Malah Anwar terharu dengan semangat yang ditunjukkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang turut berada di Kajang pada 28 Febuari lalu.
"DAP pun sudah turun malah Kit Siang pun sudah bagi arahan tegas kepada jenteranya bagi membantu PRK Kajang," katanya dalam ceramah sempena Pelancaran Jentera PAS PRK Kajang, di sini malam tadi, lapor lidah rasmi PAS, Harakahdaily.
Malam tadi, empat tokoh PAS bersama Anwar melancarkan jentera PAS di Kajang itu iaitu Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub; Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali; Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad dan Timbalan Ketua Penerangan PAS, Tan Sri Muhammad Mohd Taib menyertai Anwar di majlis itu.
Pada 28 Februari lalu, Hadi hadir ke Kajang melancarkan jentera Pemuda PAS untuk PRK Kajang. – 5 Mac, 2014.

TMI


No comments: