Loading...

Wednesday, March 5, 2014

"Menangkan Anwar Di kajang" - Mantan MB Selangor



KAJANG 5 MAC: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib meminta pengundi Kajang memberi isyarat jelas kepada BN dengan meningkatkan lagi majoriti undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang 23 Mac ini.
Berucap pada Pelancaran Jentera PAS PRK Kajang di Taman Jenaris malam tadi, bekas Naib Presiden Umno itu berkata, PRK Kajang penting sebagai medan mengembalikan semula demokrasi yang sihat.
“Kalau boleh majoriti kali ini biar meletup. Biar calon BN hilang deposit,” katanya
Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Media PAS itu berkata, sekatan dan halangan pelbagai bentuk terhadap Pakatan menjadikan pertandingan tidak berlaku atas padang yang sama rata.
“Dulu waktu saya dalam Umno, setiap hari muka saya dalam akhbar. Sekarang bila saya masuk PAS, sokong PKR dan DAP, baru saya tahu betapa azabnya. Disekat dengan apa cara pun.
“Janganlah disekat, ini bukan zaman 50-an. Rakyat sudah pandai, ada citarasa.
“Saya lama dalam Umno. Dahulu Umno bagus tapi sekarang saya nampak Umno tak bagus lagi. Yang bagus-bagus dalam Umno pun dah sokong Pakatan Rakyat,” katanya.

Selangorkini

No comments: