Monday, March 31, 2014

Seksyen 9A(4) Akta Pertubuhan 1966 Tidak Melarang DSAI Bertanding Presiden



SHAH ALAM 31 MAC: Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh mememang jawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) walaupun dijatuhkan hukuman dalam kes fitnah II baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan peguam Anwar, Radzlan Jalaludin memaklumkan spekulasi bahawa Anwar berdepan dengan risiko pembatalan oleh Pendaftaran Pertubuhan ekoran sabitannya dalam kes Fitnah 2 adalah tidak tepat.

“Biarpun disabitkan dengan kesalahan dan keputusan ditangguhkan sementara menunggu keputusan rayuan di Mahkamah Persekutuan, Anwar masih dibenarkan untuk menduduki jawatan Presiden PKR.

“Ia selaras dengan Seksyen 9A(4) Akta Pertubuhan 1966 yang membolehkan beliau dikecualikan daripada pengguguran kelayakan tersebut (exempted from the application of such disqualification),” kenyataan itu dipetik.

Malah tegas Radzlan, tidak ada alasan dan sebab munasabah untuk Pendaftar Pertubuhan (ROS) menolak atau menghalang Anwar daripada menggunakan peruntukan undang-undang ini bagi menerajui KEADILAN selaku Presiden.

Penantian rakyat khususnya anggota PKR selama lebih 15 tahun akan berakhir selepas Anwar Ibrahim mencalonkan diri untuk bertanding jawatan Presiden PKR dalam Pemilihan PKR 2014.

Wibawa dan ketokohan beliau diyakini mampu menerajui PKR sebagai sebuah parti masa depan.

EZY

No comments: