Tuesday, April 1, 2014

Jadual Pelan Catuan Ke-4


SHAH ALAM 1 APRIL: Adalah dimaklumkan berikutan keputusan Kerajaan Negeri Selangor untuk meningkatkan jumlah pengurangan pelepasan air mentah dari 500 Juta Liter Sehari (JLH) kepada 1,000 JLH dari Empangan Sungai Selangor dan 30 JLH dari Empangan Klang Gates.

Pihak SYABAS telah diminta oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk menyediakan Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Ke Empat untuk dilaksanakan bagi menghadapi pengurangan bekalan air terawat yang disebabkan oleh keputusan ini.

Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Ke Empat ini telah diluluskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) pada 28 Mac 2014.

Perlaksanaan Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Ke Empat ini melibatkan beberapa kawasan baru sebagai tambahan kepada kawasan-kawasan yang terlibat di dalam Pelan Catuan Peringkat Ketiga di sembilan (9) wilayah iaitu daerah Gombak, Hulu Selangor, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Kuala Selangor.

Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Ke Empat akan berkuatkuasa mulai 4 April 2014 hingga 30 April 2014 atau ke satu tarikh yang akan diputuskan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Pada masa yang sama Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama dan Ketiga yang sedang berjalan pada masa ini dilanjutkan mulai 1 April 2014 sehingga ke satu tarikh yang sama seiring dengan Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Ke Empat.

Adalah dengan ini dimaklumkan juga bahawa Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Ke Empat ini akan dilaksanakan secara berasingan (separately) dengan jadual yang berlainan daripada Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama dan Ketiga (Zon 1 dan 2).

Kawasan tambahan yang telibat di dalam Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Ke Empat dibahagikan kepada Zon 3 dan 4.

Walaubagaimanapun terdapat beberapa kawasan tambahan kepada Zon 1 dan Zon 2 pada Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Ketiga seperti yang diperincikan di dalam Notis Catuan Bekalan Air Peringkat Keempat ini dan akan dilaksanakan mengikut jadual pelan tersebut.

Kawasan-kawasan yang terlibat di dalam Zon 1 dan Zon 2 di dalam Pelan Catuan Peringkat Pertama dan Ketiga ini adalah sama seperti yang disenaraikan di dalam notis yang dikeluarkan kepada pengguna masing-masing pada 25 Februari 2014 dan 7 Mac 2014 yang lalu.

Bagi mendapatkan maklumat mengenai kawasan yang terlibat, para pengguna disarankan merujuk kepada notis tersebut di laman web SYABAS (www.syabas.com.my).

Untuk makluman, perlaksanaan Catuan Bekalan Air ini akan diselaras oleh pihak SPAN dengan sumber-sumber daripada Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan Persekutuan dan SYABAS.

Berikut adalah jadual -

31032014_PELAN CATUAN KEEMPAT_versi 14_2

No comments: