Tuesday, March 25, 2014

Pray4MH370 :Pimpinan PR Mengucapkan Takziah


SHAH ALAM, 25 MAC: Tragedi MH370 mendapat reaksi pelbagai pihak termasuk pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang disahkan terhempas di Lautan Hindi sebelah barat Perth, Australia oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam satu sidang media khas, semalam.
Lokasi terakhir pesawat Boeing 777-200 milik Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) itu diterima melalui data Immarsat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) yang mengesahkan ia terbang ke jalur selatan yang juga isyarat terakhir dikesan.
MH370 yang juga pesawat ke-404 model 777 yang dikeluarkan Boeing hilang daripada radar selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing, pada 8 Mac lalu.
anwarKehilangan yang sungguh tragik membabitkan 239 anak kapal dan penumpang daripada 13 negara itu mendapat liputan meluas seluruh dunia kerana pelbagai persoalan timbul apabila pesawat itu berpatah balik daripada laluan sebenar.
Laman twitter pimpinan PR memperlihatkan mereka turut merasai kehilangan berkenaan dan berharap ahli keluarga penumpang dan anak kapal MH370 menghadapi musibah itu dengan tabah kerana seluruh dunia turut merasainya.
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, #prayforMH370 berakhir kisah cemas pesawat selama dua minggu.
PC Husam Musa Putrajaya Persint 9 01“Doa supaya mangsa dirahmati Allah SWT. Pohon ketabahan dan kesabaran keluarga,” katanya.
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, berkata tragedi MH370 wajib dikaji sehingga jawapannya ditemui dan beliau tetap menyokong MAS sebagai aset negara.
“Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan kepada keluarga penumpang dan anak kapal MH370,” katanya.
Lim Kit Siang white 01Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, menyifatkan beliau turut berkongsi kesedihan dengan ahli keluarga dan sahabat handai 239 penumpang dan anak kapal MH370 yang disahkan terhempas di Lautan Hindi.
“Bukan sahaja mereka, tetapi seluruh menangis dan bersedih menerima berita MH370 ini,” katanya.



selangorkini

No comments: