Friday, March 22, 2013

Pengakuan Bapa Saiful: UMNO BN Masih Diam Membisu


KUALA LUMPUR 22 MAC: Setelah dua minggu pengakuan bapa Saiful Bukhari mendedahkan pegawai khas Perdana Menteri, Kharil Annas Jusoh dalang di belakang konspirasi politik yang dirancang dalam kes fitnah liwat II, tiada sebarang tindakan dikenakan ke atasnya.
AzlanAzlan Mohd Lazim yang mengaku Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dan menjadi mangsa fitnah pada pendedahan itu berkata, anaknya dipergunakan oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab termasuk Kharil Annas untuk menjatuhkan Ketua Umum KEADILAN.
Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata, sikap tidak serius kerajaan berhubung pendedahan tersebut membuktikan kelemahan kerajaan Umno BN.
“Polis tak pernah ambil pusing untuk siasat pendedahan tersebut termasuk laporan penyelewengan khususnya melibatkan pemimpin Umno.
zuraida kamarudin“Terlalu banyak pendedahan besar kepada awam contohnya isu melibatkan Deepak (Jaikishan), Bala (P Balasubramaniam), Raja Ropiah (Abdullah), sampai sekarang tiada satupun tindakan diambil,” kata Ahli Parlimen Ampang itu.
Pada pendedahan 8 Mac lalu, Azlan juga mengakui semua kenyataan akhbar anaknya dan beliau sendiri dirancang dan diskripkan Khairil Annas bersama peguam Zamri Idrus.
Khairil Annas ialah Pegawai Khas Najib yang ditemui Saiful Bukhari di Jabatan Perdana Menteri pada 12 Februari 2008 untuk memohon biasisawa sedangkan Saiful dibuang dari Universiti Tenaga Nasional.
SaifulKhairil Annas yang juga Pengarah Bahagian Dasar dan Penyelidikan di Pejabat Perdana Menteri beberapa kali bertemu Saiful bersama isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor.
Mengulas lanjut, Zuraida menyifatkan kebisuan Najib membersihkan namanya jika benar tidak terlibat dalam kes itu gambarkan ketakutan beliau.
“Najib langsung tak respon. Maknanya beliau takut dan tak yakin untuk berdepan rakyat bagi menjelaskan kedudukan sebenar siapa Khairil Annas,” kata Timbalan Pengerusi KEADILAN Selangor itu.
Kata Zuraida, tiada alasan lagi untuk Umno BN mentadbir negara dan tampuk pemimpin perlu ditukar ekoran salah guna kuasa dan penyelewengan.
“Dari kes kecil hingga besar, Umno BN begitu lemah untuk ambil tindakan. Begitu juga isu Lahad Datu yang tak mampu ditangani,” katanya. – NS

keadilandaily

Kenali Papagomo Seorang Bekas Banduan




KUALA LUMPUR, 22 Mac ― Seorang penulis blog pro-Umno yang disaman Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu ini kerana didakwa menyiarkan video seks palsu merupakan seorang bekas anggota polis yang terlibat jenayah rasuah dan didakwa sebagai “pengundi hantu” kerana mendaftar untuk mengundi di dua tempat berasingan,” kata pengarah strategi PKR Rafizi Ramli hari ini.
Rafizi mendakwa penulis blog “Papa Gomo” atau Wan Muhammad Azri Wan Deris, yang disaman semalam kerana memfitnah Anwar dengan mengaitkan beliau dengan video seks, pernah disabitkan dengan kesalahan rasuah pada masa lalu.
“Siasatan menunjukkan individu bernama Wan Muhammad Azri Wan Deris ini adalah bekas polis trafik yang berpangkat koperal yang telah dijatuhkan hukuman penjara kerana bersalah memeras ugut seorang yang disyaki penagih dadah untuk mendapat suapan rasuah,” kata Rafizi, selepas menunjukkan laporan dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggunakan namanya dalam anggota polis dan kad pengenalan polisnya.
Dengan menggunakan kad pengenalan polisnya dalam pengkalan data SPRM dan menggunakan nama kad pengenalan biasa Papa Gomo, Rafizi berkata PKR mendapati penulis blog tersebut mendaftar sebagai pengundi di dua kawasan ― Ampang dan Wangsa Maju.
Beliau kemudian menunjukkan dua laman web dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), menunjukkan dua tarikh lahir berbeza yang menyebabkan PKR menyiasat alamat yang digunakan oleh Papa Gomo.
Rafizi mendakwa dokumen mahkamah dan alamat surat-menyurat rasmi menunjukkan Papa Gomo mempunyai dua alamat rumah, di Ampang dan di kawasan kediamannya di Wangsa Maju.

Apabila ditanya bukti adakah kedua-dua nama yang tertera di pangkalan data SPRM itu adalah Papa Gomo, Rafizi sekali lagi berkata dokumen mahkamah dapat menyamakan kedua-dua nombor kad pengenalan berkenaan, dan berkata beliau mahu respon dari blogger tersebut sebelum menunjukkan bukti tersebut.
Rafizi juga berkata latar belakang disemak oleh PKR di Ampang menunjukkan bahawa orang ramai di situ berkata blogger tersebut pernah bekerja sebagai anggota polis.
Rafizi menyeru SPR, yang sering dikritik kerana gagal membersihkan daftar pemilih, untuk menjawab dakwaan wujudnya pengundi hantu.

themalaysianinsider

No Pengenalan Diri:RF 142863
Nama:Wan Muhammad Azri bin Wan Deris
No Kes:B-06B-68-2011
Mahkamah:
Hakim:Y. A. Linton Albert [HMR], Y. A Datuk Wira Mohtarudin bin Baki [HMR] & Y. A Datuk Mohad Zawawi b
Pendakwaan:TPR Nik Azrin Zairin bt Nik Abdullah
PeguamBela:Samsul Sulaiman
Kesalahan:Seksyen 10(a)(bb) dan seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575)
Jantina:Lelaki
Warganegara:Malaysia
Negeri:Selangor
Kategori:Penjawat Awam
Majikan:Polis Di Raja Malaysia
Jawatan:Koperal
Tarikh sabitan:06/09/2012
Pertuduhan:"Pertuduhan Pertama: Bahawa kamu pada 29.11.2004, di antara jam 1.00 petang dan 3.00 petang, di Pandan Indah, di dalam Daerah Ampang, dalam Negeri Selangor, sebagai ejen kerajaan Malaysia iaitu anggota Polis Trafik yang bertugas di Balai Polis Trafik Ampang, telah secara rasuah telah meminta suatu suapan untuk diri kamu iaitu wang tunai RM1000.00 daripada seorang yang bernama Mohd Rahyudi bin Mokhtar sebagai dorongan bagi melakukan suatu perbuatan berhubung dengan hal ehwal prinsipal kamu iaitu tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohd Rahyudi bin Mokhtar yang dikatakan memiliki jarum suntikan untuk menagih dadah dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang di bawah seksyen 10(a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dan boleh dihukum di bawah seksyen 16 Akta yang sama. Pertuduhan Kedua: Bahawa kamu pada 30.11.2004, di antara jam 11.40 pgai di lorong tidak bernama di belakang sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ampang, di dalam Daerah Ampang, dalam Negeri Selangor, sebagai ejen kerajaan Malaysia iaitu anggota Polis Trafik yang bertugas di Balai Polis Trafik Ampang, telah secara rasuah telah menyetuju-terima suatu suapan untuk diri kamu iaitu wang tunai RM400.00 daripada seorang yang bernama Mohd Rahyudi bin Mokhtar sebagai dorongan bagi melakukan suatu perbuatan berhubung dengan hal ehwal prinsipal kamu iaitu tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohd Rahyudi bin Mokhtar yang dikatakan memiliki jarum suntikan untuk menagih dadah dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang di bawah seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dan boleh dihukum di bawah seksyen 16 Akta yang sama. "
Hukuman:"Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Pertuduhan pertama: Penjara 5 bulan dan denda RM10,000 (tidak bayar, penjara 8 bulan) Pertuduhan kedua: Penjara 5 bulan dan denda RM10,000 (tidak bayar, denda 8 bulan). Hukuman penjara berjalan berasingan. Keputusan Mahkamah Tinggi: Mahkamah telah menolak rayuan Perayu terhadap sabitan. Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen dikekalkan. Mahkamah Rayuan: Rayuan OKT ditolak. Mahkamah telah mengurangkan hukuman penjara dari 5 bulan kepada 14 hari dan denda RM10,000.00 id 8 bulan penjara adalah dikekalkan bagi kedua-dua pertuduhan. Hukuman penjara adalah berjalan secara serentak"


Thursday, March 21, 2013

Operasi Bersih Pusat Judi Cyber DUN Sri Muda


Operasi Pembersihan Pusat Judi Cyber 

Masalah Pusat Judi Cyber sering membangkitkan kerisauan masyarakat sekiranya tidak ditangani dengan efisyen.

Atas keperihatinan itu, ADUN Sri Muda telah menggesa Pihak Berkuasa Tempatan untuk menjalankan operasi bagi membersihkan aktiviti tidak bermoral tersebut.

Hasilnya, sepanjang tahun 2012 sebanyak 43 operasi pemeriksaan telah dijalankan yang turut melibatkan rampasan sebanyak 778 set komputer.

Bagi tahun 2013 pula, telah dijalankan sebanyak 9 operasi yang melibatkan rampasan sebanyak 134 set komputer.

Antara lokasi terbanyak yang telah diserbu adalah di seksyen 34, seksyen 31, dan seksyen 28.

Walaubagaimanapun, agak sukar untuk sentiasa memastikan tiada premis baru yang menjalankan aktiviti tersebut.

Oleh itu, maklumat serta kerjasama daripada masyarakat dalam kawasan Dun Sri Muda ini amatlah digalakkan dan sangat kami hargai.

Sebarang aduan boleh dipanjangkan kepada emel srimuda2008@gmail.com.

Wednesday, March 20, 2013

Khabar Angin Bubar Parlimen Tidak Benar




Pejabat Perdana Menteri hari ini menafikan bahawa perdana menteri Datuk Seri Najib Razak membubarkan Parlimen hari ini.

“Khabar angin yang menyatakan Parlimen akan dibubarkan hari ini, oleh Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib Razak) tidak benar sama sekali,” kenyataan pejabat berkenaan dipetik.
Kenyataan itu disiarkan di Twitter pada kira-kira jam 1 petang, selepas khabar angin berkenaan tersebar luas melalui SMS dan juga di laman sosial.

Wartawan Malaysiakini juga dihujani pertanyaan daripada pembaca yang ingin mendapat pengesahan mengenai khabar angin berhubung pembubaran parlimen itu.

Ramai pihak menjangkakan Parlimen akan dibubarkan hari ini, selepas Najib membentangkan kad laporannya berhubung Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dalam siaran langsung di kaca TV pada malam tadi.

DUN Negeri Sembilan merupakan dewan undangan pertama yang akan dibubarkan, pada 26 Mac.

Penasihat DAP Lim Kit Siang sebelum ini menjangkakan bahawa Parlimen akan dibubarkan pada 25 Mac, sehari sebelum DUN Negeri Sembilan dibubarkan.

Lim bagaimanapun berkata, Parlimen juga mungkin dibubarkan lima hari lebih awal daripada 25 Mac.

Tempoh pentadbiran kerajaan persekutuan berakhir pada 28 April dan pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh berkenaan.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan bahawa pilihan raya akan diadakan serentak untuk kerusi Parlimen dan kerusi DUN.

Kenyataan PMO hari ini turut menjadi perhatian memandangkan bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi juga pernah menafikan, pada 12 Februari 2008, bahawa Parlimen akan dibubarkan pada keesokan harinya.
Abdullah secara rasminya mengumumkan parlimen dibubarkan pada tengahari, 13 Februari 2008 untuk mengadakan pilihan raya ke-12.

malaysiakini

Di atas Permintaan Kemungkinan DSAI Akan Bertanding Samada di Selangor Atau Perak




KUALA LUMPUR 20 MAC: Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan bertanding di luar kubu kuatnya, Parlimen Permatang Pauh di Pulau Pinang pada PRU 13 berikutan permintaan pemimpin dan rakyat, khususnya di Selangor dan Perak.
Menjawab soalan pemberita pada sidang media di ibu pejabat parti pagi tadi, beliau berkata, KEADILAN memiliki ramai pemimpin berkelayakan untuk menggantikannya di Permatang Pauh  jika beliau tidak mempertahan kerusi berkenaan.
Bagaimanapun, Ketua Umum KEADILAN itu setakat ini masih bercadang mempertahan kubu kuat itu tetapi tetap mempertimbang kemungkinan bertanding di kawasan lain.
“Tetapi di Selangor mungkin tidak, mungkin saya akan bertanding di Perak,” katanya.
Beliau bagaimanapun menolak sebarang kemungkinan Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar yang juga anak sulungnya untuk bertanding di kerusi berkenaan.
“Beliau sibuk di kawasannya di Lembah Pantai. Kenapa hendak ganggu? Cukuplah (Menteri Wilayah) Raja Nong Chik (sahaja) yang ganggu dia,” katanya, berseloroh.
Parlimen Permatang Pauh adalah kuat kuat Anwar, lama sebelum KEADILAN ditubuh dan ia terus penguasaan terus didominasi dengan kemenangan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Ismail ketika bekas Timbalan Perdana Menteri itu, dipenjara.
Ketika pengaruh KEADILAN jauh dari paras kemuncak manakala BN mencatat rekod terbaik sepanjang sejarah pilihan raya di negara ini, kerusi Permatang Pauh tetap gagal ditawan calon Umno, sebaliknya kekal di tangan KEADILAN.
(FZL)

keadilandaily

Raja Muda Sulu Agbimudin Kiram Pernah Menjadi Kakitangan Awam Negara



KUALA LUMPUR 20 MAC: KEADILAN mendedahkan bukti secara dokumen yang menunjukkan Raja Muda Sulu, Agbimudin @ Azzimuddie Kiram yang mengetuai pencerobohan di Lahad Datu, Sabah sejak bulan lalu, sebenarnya rakyat Malaysia dan pernah menjadi kakitangan awam.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, ia dibuktikan melalui dokumen ‘Senarai Kakitangan 1975, Perkhidmatan Awam Sabah’ yang diperolehi dari Jabatan Arkib Negara Sabah.
SenaraiKakitangan2“Dari maklumat itu, disahkan bahawa Agbimudin tersenarai sebagai Pegawai Tadbir Muda di Pejabat Daerah Kudat bermula 1 Mac 1974 dengan gaji RM610 sebulan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini.
Rafizi yang turut melampir salinan dokumen itu yang memiliki cop Arkib Negeri Sabah bertarikh 4 Oktober 1983, berkata, pendedahan itu mengesahkan hubung kait penceroboh  Sulu dengan projek IC yang melibatkan Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Wujudnya tokoh dari kumpulan bersenjata ini di kalangan warganegara mengesahkan keresahan rakyat betapa pemberian kerakyatan untuk tujuan politik tanpa proses sah mengancam keselamatan negara,” katanya.
Sebelum ini, media sosial terutama facebook kerap memapar pelbagai gambar individu yang dikaitkan dengan Kesultanan Sulu bersama-sama pimpinan Umno BN.

keadilandaily

Pekung Taib Mahmud Terbuka Luas





KUALA LUMPUR 20 MAC:Pakatan Rakyat menggesa Perdana Menteri menjawab pendedahan bukti rakaman yang mendedahkan dakwaan kerakusan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud merompak hak rakyat Sarawak.
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebagai pemimpin berwibawa dalam memimpin sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, adalah mustahil untuk Datuk Seri Najib Razak berdiam diri dalam isu ini.
DSAI“Beliau mesti beri ulasan mengapa perkara ini dibiarkan ataupun tidak mengambil beberapa tindakan segera.
“Kita berharap Perdana Menteri respon segera mengenai perkara ini,” katanya dipetik Sinar Harian.
Beliau berkata pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di ibu pejabat PAS, petang semalam.
Anwar berkata, perkara itu adalah serius memandangkan badan antarabangsa telah meneliti akaun, beberapa penyalahgunaan kuasa dan jumlah dana yang dikumpulkan Taib serta keluarganya.
“Najib tak boleh diam diri selepas beliau banyak mendiamkan diri terutama berkaitan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pencerobohan di Lahad Datu.
“Ini adalah isu yang akan membuatkan Pakatan Rakyat akan terus ketengahkan,” kata Anwar dipetik.
Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula dipetik membidas Najib kerana tidak mengotakan janji untuk menukar Ketua Menteri Sarawak selepas Pilihan Raya Negeri 2011.
“Kegagalan Najib berbuat demikian membuktikan beliau pemimpin yang gagal mengotakan janji.
“Apa yang berlaku sekarang, menunjukkan Taib lebih berkuasa daripada Perdana Menteri termasuk bekas Perdana Menteri yang pernah perintah negara selama 22 tahun,” kata Kit Siang.

keadilandaily

VIDEO :Respon Dari Taib Mahmud
Pertama Kali Lihat Taib Agak Menggelabah Sedikit 

Sultan Sulu Memiliki Kad Keahlian UMNO. Pimpinan UMNO Wajib Jelaskan Demi Kesejahteraan Negara



Najib_Kiram


KUALA LUMPUR 19 MAC: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak kerajaan dedahkan butiran rundingan dengan Sultan Sulu daripada menjadikan isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah sebagai kepentingan politik domestik Umno BN.
PC“Ada rundingan dibuat antara pemimpin Umno BN dengan Sultan Sulu? Ini tak pernah dijelaskan. Nak bayar apa? Tanah siapa? Mereka (pimpinan Umno BN) tak dapat jawab.
“Ada Sultan Sulu yang mempunyai kad keahlian Umno. Ini tak pernah dijelaskan kepada rakyat. Apa kaitan mereka (dengan Umno)?” kata Anwar pada sidang media di ibu pejabat PAS selepas mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat hari ini.
Laporan portal berita dan media sosial facebook beberapa bulan kebelakangan ini memaparkan gambar pertemuan antara Agbimuddin Kiram dengan pemimpin Umno.
Antaranya bekas Setiausaha Politik Dr Mahathir Mohamad, Aziz Shamsuddin, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak.
Tegas Anwar, desakan Pakatan Rakyat bagi mengadakan sidang khas Dewan Rakyat bagi membahaskan isu keselamatan negara masih tidak dijawab kerajaan sehingga hari ini.
Merujuk kenyataan bekas Ketua Turus Angkatan Tentera Darat, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim, Anwar berkata, kelemahan kawalan di perairan negara sangat ketara sehingga penceroboh Lahad Datu bukan sahaja bolos masuk, malah berjaya melepaskan diri.
Tambah Anwar, Pakatan Rakyat dan seluruh rakyat Malaysia tidak pernah bermusuh dengan penduduk Sabah berketurunan Sulu.
“Kita tak berperang dengan mereka. Yang kita lawan adalah pengganas,” kata Anwar.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan penubuhan Majlis Penasihat Keselamatan sekurang-kurangnya enam bekas jeneral untuk menasihat pimpinan Pakatan Rakyat berhubung isu keselamatan negara.
Turut hadir sidang media, Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali; Presiden dan Timbalan Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi Awang dan Mohamad Sabu serta Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang. – SDQ

keadilandaily

OPS Daulat :Tentera Udara , Laut & Darat Berganding Bahu Menpertahankan Tanah Air



KUALA LUMPUR, 20 Mac — Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggunakan tiga cabang perkhidmatannya - udara, laut dan darat - dalam Operasi Daulat bagi menggempur militan dari Sulu yang menceroboh negara ini.
Gerakan ofensif pasukan keselamatan pada 5 Mac itu dimulakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang menggunakan jet penyerang F/A 18D Hornet disusuli pasawat Hawk yang menggugurkan bom.
F/A 18D Hornet yang merupakan pesawat pejuang penyerang moden mempunyai keupayaan melancarkan pengeboman dengan panduan laser ke atas sasaran yang telah ditanda di darat oleh komputer mudah alih yang dibawa unit-unit Pasukan Khas Udara (Paskau).
Serangan udara oleh TUDM itu diteruskan pasukan tentera darat dengan tembakan bertalu-talu daripada mortar 91mm ke atas kubu pengganas bertujuan melemahkan musuh dari segi kekuatan dan juga moral mereka.
Setelah menggempur melalui udara, pasukan darat mula begerak ke kawasan kubu musuh bagi menjalankan operasi susulan dan penggeledahan untuk memburu saki-baki pengganas.
Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar berkata pasukan keselamatan turut menggunakan 12 kereta perisai berantai Adnan yang mampu bergerak di atas pelbagai bentuk muka bumi.
ACV300 itu dijangka memberi kelebihan kepada pasukan penggempur tentera kerana senjatanya dikawal oleh komputer dan sistem optik untuk penyelasaran tembakan lebih canggih dan stabil serta dilengkapi alat pandang malam.
Tidak kurang penting dalam Operasi Daulat ialah Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengawal perairan negara bagi memastikan tiada penceroboh yang masuk atau meloloskan diri.
Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin pula berkata beberapa helikopter Pasukan Udara Tentera Darat dan kapal perang TLDM akan tiba di Lahad Datu secara berperingkat
Penggunaan aset ketenteraan oleh ATM dalam menangani krisis pencerobohan pengganas dari Sulu itu memberi mesej jelas kepada musuh bahawa Malaysia tidak akan bertolak ansur dalam soal kedaulatan negara.
Menurut seorang penganalisis pertahanan, penggunaan aset perang konvensional ke atas pengganas Sulu yang menggunakan taktik perang gerila dilihat lebih kepada ‘power projection’ atau paparan kekuatan ke atas mana-mana musuh yang mempunyai niat tidak baik terhadap Malaysia.
“Power projection dalam keadaan aman dibuat melalui latihan ketenteraan seperti ‘Eksesais Halilintar’ yang dijalankan di Langkawi membabitkan lebih kurang 10,000 tentera,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata kebanyakan orang awam tidak memahami operasi tentera dan mengkritik taktik yang diguna pakai pasukan keselamatan semasa menggempur pengganas Sulu di kawasan Kampung Tanduo.
Nyawa tentera atau polis bukan murah untuk dihantar terus secara berhadapan dengan pengganas Sulu yang berjumlah antara 100 hingga 200 orang, katanya.
“ATM merupakan pasukan yang mempunyai pengalaman perang gerila yang sangat meluas, begitu juga pengganas Sulu. Kesilapan musuh adalah kerana mereka menyangka pertempuran ini sama dengan pengalaman perang mereka di tempat sendiri,” katanya.
Pengganas Sulu tidak mengambil kira sokongan rakyat terhadap kerajaan dan keupayaan TLDM untuk mengadakan sekatan-sekatan di lautan terutama bagi mengekang kemasukan bekalan senjata dan peluru untuk musuh, katanya. 

– Bernama

Tuesday, March 19, 2013

Jamalul Kiram III Lancar Perang Gerilla , Doakan Keselamatan Parajurit Negara



SHAH ALAM - Individu yang menabalkan dirinya Sultan Sulu, Jamalul Kiram III kelmarin mengarahkan tentera dan penyokongnya di Sabah melancarkan perang gerila terhadap pasukan keselamatan Malaysia.

Beliau turut menarik balik arahan gencatan senjata sebelah pihak seperti yang diumumkan sebelum ini.

Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh The Phillipine Star, Jamalul bertegas bahawa pengunduran  atau menyerah diri tenteranya dari Sabah bukan satu pilihan kerana katanya Sabah adalah tanah air mereka.

“Mereka sudahpun berada di tanah air mereka, mengapa perlu pulang semula?” kata Jamalul kepada wartawan di kediamannya di Bandar Taguig, Manila.

Sementara itu, jurucakap kepada Jamalul, Abraham Idjirani berkata, penentangan di Sabah akan diteruskan.

Beliau berkata, arahan gencatan senjata yang ditawarkan oleh kesultanan telah ditarik balik dan tentera Kiram diarahkan untuk menjalankan operasi ‘serang dan lari’ ke atas pasukan keselamatan Malaysia.

Jamalul juga mengakui adiknya, Azzimudie Kiram masih lagi berada di Sabah, berbeza dengan laporan daripada pihak berkuasa Malaysia yang mengatakan ketua militan itu telah melarikan diri ke Selatan Filipina.

Idjirani dilaporkan telah bercakap dengan Azzimudie pada malam Sabtu lalu dan diberitahu bahawa kumpulan mereka masih kuat.

Menurut akhbar Filipina, Idjirani berkata, pengikut kesultanan yang berjumlah 170 orang berpecah kepada tiga kumpulan untuk mengelak daripada dijejaki pesawat pengintip Malaysia yang berlegar-legar di udara sekitar Lahad Datu.

Selain itu, media Filipina melaporkan melalui sumber kerajaan mengatakan bahawa Azzimudie tiba di Kepulauan Sulu bersama pengiring terdiri dari pejuang Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF).

Sumber itu menyebut Azzimudie kemungkinan berjaya melepasi kepungan tentera melalui Lahad Datu ke Sandakan sebelum tiba di Pulau Sibutu dan Sitangkai.

Baru-baru ini, pihak berkuasa Filipina telah memintas dua bot membawa 35 pengikut Sulu bersenjata berhampiran di Kepulauan Taganak dan menempatkan mereka di pangkalan tentera laut di Bato-bato, Panglima Sugala. Kumpulan ini dipercayai tiba dari Sabah.

Sejak 1 Mac lalu, 10 anggota keselamatan negara terbunuh dan 62 militan Kiram berjaya ditembak mati.

Malaysia melancarkan Op Daulat sejak 5 Mac lalu bagi menghapuskan kira-kira 200 pengikut Jamalul Kiram yang menuntut Sabah dari Malaysia atas alasan wilayah tersebut ‘disewa’ kepada negara.

sinarharian

Skandal NFC :Shahrizat Mempersoal Mengapa Dia Harus Minta Maaf Kepada Rakyat




KUALA LUMPUR, 18 Mac — Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di Mahkamah Tinggi hari ini mempersoalkan mengapa beliau perlu meminta maaf ke atas rakyat Malaysia mengenai skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).
Peguam Rafizi Ramli, Ranjit Singh berkata, pengarah strategi PKR dalam kenyataan media pada 28 November 2011 menyeru bekas menteri Kabinet itu memohon maaf kepada rakyat kerana dakwaan menyalahgunakan wang rakyat ke atas projek penternakan lembu yang mencetuskan kemarahan orang ramai.
“Untuk apa saya perlu minta maaf kepada rakyat Malaysia?” kata Shahrizat di Mahkamah Tinggi hari ini.
“Adakah anda bertanya kepada seorang isteri apa yang suaminya buat dengan membeli kondo? Adakah anda bertanya kepada seorang isteri untuk menerangkan apa suaminya buat dalam kondo atau beberapa buah kondo?” katanya dengan meluahkan perasaan marah.
Shahrizat juga tidak bersetuju dengan kenyataan Rafizi apabila beliau menimbulkan persoalan sama ada wang rakyat digunakan selepas National Feedlot Corporation (NFCorp) meminjam RM81 juta kepada National Meat and Livestock Corporation Sdn Bhd (NMLC) untuk membeli dua buah unit kondominium mewah di Bangsar.
“Persoalan itu tidak timbul sehingga klien anda cuba untuk memutarbelit kenyataan kepada seluruh negara,” kata Shahrizat.
“Ini adalah fitnah dan tuduhan semata-mata,” katanya lagi.
Shahrizat turut berkata beliau tidak tahu apakah NFCorp meminjam RM81 juta itu datang dari dana RM250 juta pinjaman dari kerajaan kepada NFCorp.
Ketua Wanita Umno itu bagaimanapun mengakui NFCorp menggunakan dana tersebut untuk membeli unit kondominium itu bukanlah dari tujuan asal pinjaman dari kerajaan.
“Wang tersebut adalah program untuk NFC, tetapi rumah penyembelihan masih belum dibina, jadi sebab itu mereka melabur dalam sektor hartanah. Sebab itu ia bukan tujuan dari pinjaman,” kata Shahrizat.
Beliau mengatakan beliau menjadi satu-satunya sasaran Rafizi dan setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan bersama pada 10 November 2011, dengan menamakan beliau, dan beberapa individu - termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, dan bekas menteri tersebut yang kini Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin - sebagai mereka yang terlibat dalam isu NFC.
“Mereka memang menyerang saya, saya satu-satunya sasaran,” kata Shahrizat.
Projek NFC dianugerahkan kepada NFCorp, yang dimiliki oleh suami Shahrizat Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, pada 2006 ketika Shahrizat masih lagi dalam Kabinet.
Ranjit berkata timbalan ketua Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional Datuk Bung Mokhtar Radin yang mahu Shahrizat meletak jawatan sebagai menteri wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat selepas skandal NFC terbongkar.
“Adakah anda telah menyaman beliau? Tidakkah anda rasa anda difitnah?” tanya Ranjit.
“Sebab utama saya menyaman (Rafizi), kerana apa yang dilakukan oleh klien anda, orang ada sangkaan buruk ke atas saya. Orang dalam parti saya sendiri pun ada tanggapan buruk ke atas saya,” kata Shahrizat.
“Klien anda menyuruh saya memohon maaf kepada rakyat Malaysia terhadap sesuatu yang tidak dilakukan oleh saya dan keluarga saya,” katanya lagi.
Jawatan Senator Shahrizat tidak diperbaharui April lalu dan portfolionya diambil alih oleh Najib.
Shahrizat memfailkan saman RM100 juta ke atas Rafizi dan ketua wanita PKR Zuraida Kamaruddin kerana isu NFC pada Januari tahun lalu.
Hakim Vazeer Alam Mydin menangguhkan perbicaraan pada hari esok.

themalaysianinsider

Hentikan Spekulasi , Dr MAZA Berdiri Di Tengah




KUALA LUMPUR, 18 Mac — Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini menamatkan spekulasi beliau akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 apabila beliau berkata hanya mahu kekal neutral dan berada dalam sempadan sedia ada.
Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (kanan) hari ini berkata beliau hanya mahu kekal neutral dan berada dalam sempadan sedia ada. — Gambar fail“Saya tidak bertanding. Saya mahu kekal dalam sempadan yang saya berada sekarang,” kata beliau dipetik laporan Sinar Harian Online
Bekas mufti Perlis itu sebelum ini diwar-warkan akan menyertai politik sekaligus bertanding dalam pilihan raya umum ke-13.
Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu juga sebelum ini pernah mengakui ditemui pemimpin politik Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) berhubung perkara itu.
Asri sebaliknya berkata beliau hanya mahun memainka peranan sebagai pemikir yang hanya akan “menegur” pemimpin kerajaan yang memerintah.
“Kalau semua bertanding dan mengambil pendirian memihak mana-mana satu kumpulan, siapa yang akan menjadi kumpulan kritis,” katanya lagi.
Asri sejak 2010 dikatakan akan bertanding dalam pilihan raya, namun desas-desus itu masih tidak jelas parti politik mana yang akan menjadi pilihannya.
Selain Asri, tokoh agama lain yang turut disebut akan bertanding pilihan raya adalah Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya.
Kedua-dua tokoh agama ini mula menjadi rebutan parti politik kerajaan dan pembangkang untuk bertanding di bawah lambang bendera mereka bagi menarik sokongan pengundi.
Juanda juga bagaimanapun masih lagi belum menamakan mana-mana parti yang menjadi pilihan untuk beliau wakili dalam pilihan raya akan datang.

themalaysianinsider

Monday, March 18, 2013

Baginda Bangga Dengan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor




DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berasa bangga dengan integriti dan kecekapan Menteri Besar dan barisan Exco Kerajaan Negeri yang telah bersungguh-sungguh mentadbir Selangor dengan jayanya.
Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, pujian tersebut dititahkan kepadanya sendiri dalam satu pertemuan sedikit masa dahulu.
“Ada masanya, kami berbual ringan dan dalam perbualan kami Baginda kata bahawa Baginda bangga dengan ‘team’ Kerajaan Negeri sekarang,” kata Abdul Khalid dalam Majlis Penyampaian Cek Sekolah-sekolah Tamil Negeri Selangor malam tadi.
Menurut Abdul Khalid, penghargaan Sultan Selangor itu tidak pernah diceritakan kepada mana-mana ahli Exco supaya mereka tidak riak dan lalai dengan pujian tersebut.
Dalam ucapan sama, Abdul Khalid turut menyelar Timbalan Perdana Menteri (TPM), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sebelum ini mendakwa pentadbirannya gagal mentadbir Kerajaan Negeri dengan baik.
Sedangkan prestasi Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor jauh lebih baik daripada prestasi pentadbiran Umno-BN selama 11 penggal sebelum ini.
Kejayaan tersebut termasuklah peningkatkan rizab negeri daripada hanya RM 400 juta yang tinggalkan pentadbiran Umno-BN kepada RM 2.6 bilion semasa PR Selangor.
Selangor turut mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM 49.75 bilion sepanjang 2008 ke 2012 sekaligus mengekalkan prestasi negeri itu sebagai destinasi pelaburan utama Malaysia.

selangorku

Rumah Mampu Milik Di Selangor Dipertingkat




Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan satu seminar bagi memastikan rumah mampu milik (RMM) di Selangor bukan sahaja berkualiti, malah dapat dijual pada harga lebih rendah dan disiapkan pada masa yang singkat.
Bagi menjayakan visi tersebut, Kerajaan Negeri mengambil inisiatif untuk menganjurkan seminar yang bakal menampilkan pakar-pakar industri perumahan dalam dan luar negara di Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya.
Ini merupakan initiatif untuk menambah lebih RMM untuk rakyat selepas Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor melancarkan projek RMM ke-6 di Sutera Damansara.
Menurut Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar A. Samad pakar luar tersebut dipilih berdasarkan kejayaan mereka di negara masing-masing dalam membina perumahan pada harga yang rendah, berkualiti dan disiapkan dalam tempoh yang cepat.
“Sehubungan usaha kita untuk menerokai teknologi-teknologi baru ini, pada 21 Mac ini akan diadakan satu seminar yang dihadiri pakar-pakar perumahan dalam dan luar negeri, terutamanya daripada United Kingdom dan Jepun,” ujar Iskandar.
mb pecah tanah RMM sutera damansara 01Beliau berkata demikian di dalam Majlis Pecah Tanah projek Rumah Mampu Milik Sutera Damansara di sini yang turut dihadir Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Selain wakil pemaju dan kontraktor, seminar tersebut juga bakal dihadiri oleh pensyarah-pensyarah universiti bagi memastikan perbincangan dapat dijalankan dengan lebih menyeluruh.
Sementara itu, Abdul Khalid dalam majlis sama pula berkata dasar rumah kos rendah Kerajaan Negeri era Umno-BN sebelum ini gagal menyediakan penempatan yang selesa kepada masyarakat Selangor.
Antara masalah yang kerap dihadapi penduduk rumah kos rendah termasuklah kerosakan struktur bangunan dan persekitaran yang tidak sihat.
“Di PJ lebih 100,000 unit (rumah kos rendah) telah dibina, selepas 10 tahun taraf hidup dan kediaman masyarakat di pangsapuri kos rendah dalam keadaan yang tidak memuaskan.
“Sekarang lebih 15 tahun selain keadaan yang buruk, harga rumah tersebut lebih rendah dari mereka beli sehingga ada di sesetengah tempat kurang dari RM20,000,” ujar Abdul Khalid.
TV Selangor juga difahamkan Kerajaan Negeri hari ini terpaksa membelanjakan sehingga RM 70 juta bagi menampung kos membaiki kerosakan pangsapuri kos rendah.
Ia adalah projek usahasama anak syarikat Kerajaan Negeri, Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Semponia Sdn Bhd dan Country Wheel Sdn Bhd.
Ia dibangunkan oleh OSK Property Holding Berhad yang bertindak sebagai pengurus projek.
Projek tersebut bakal menyediakan 236 unit kediaman mampu milik dan dijual pada harga RM89,000 seunit.

selangorku

Bicara Soal Polisi Bukan Peribadi Baru Ketamadunan Terjadi




KUALA LUMPUR - "(Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) terlalu sibuk berkempen. Tiada masa untuk lakukan itu semua." Demikian reaksi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengulas berhubung kontroversi terbaru dikaitkan dengan ketua pembangkang itu.

Abdul Khalid berkata, Pakatan Rakyat (PR) menganggap perkara yang ditonjolkan itu taktik lama Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Justeru tegas beliau, rakyat perlu membuat penilaian semula dalam memberikan undi kepada Barisan Nasional (BN) kali ini.

"Apabila ada PRU, ada orang hilang seluar dan baju. Jadi saya ingat, rakyat tak payahlah... itu bukan... ini tujuan untuk memilih pemerintah yang bersedia berkorban untuk rakyat.

"Jadi walaupun cerita-cerita ini yang sedap didengar, tidak akan menyelesaikan masalah ekonomi tidak baik, rasuah,.. hilang baju bukan rasuah," katanya ditemui Sinar Harian di Taman Connought, Cheras, di sini hari ini.

Abdul Khalid berkata, dakwaan terbaru ini tidak berasas sama sekali melihat kepada kesibukan Anwar, yang Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Umum PKR, menghadiri program-program PR.

"Jika saudara ikut dia, seperti berapa orang wartawan ikut dia, saya ingat, wartawan pun pengsan, tak larat.

"Jadi saya rasa, kalau itulah taktik BN, tak perlu undi BN lagi. Kita perlu hentikan mengundi golongan seperti ini," katanya.

sinarharian

Sunday, March 17, 2013

Kami Sokong Persatuan Pemandu Teksi Shah Alam - 03/03/2013

Disebabkan permintaan pemandu taksi dinafikan hak memiliki lesen teksi walaupun sudah berkerja puluhan tahun. Sebalikna pemandu-pemandu teksi DIPAKSA menyewa permit daripada ketua-ketua UMNO dengan kadar sewa yang amat membebankan kehidupan.

Oleh kerana itu, YB Shuhaimi Shafiei amat menyokong kerajaan wajib berikan permit individu kepada semua pemandu teksi dalam negara ini.