Friday, March 22, 2013

Kenali Papagomo Seorang Bekas Banduan




KUALA LUMPUR, 22 Mac ― Seorang penulis blog pro-Umno yang disaman Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu ini kerana didakwa menyiarkan video seks palsu merupakan seorang bekas anggota polis yang terlibat jenayah rasuah dan didakwa sebagai “pengundi hantu” kerana mendaftar untuk mengundi di dua tempat berasingan,” kata pengarah strategi PKR Rafizi Ramli hari ini.
Rafizi mendakwa penulis blog “Papa Gomo” atau Wan Muhammad Azri Wan Deris, yang disaman semalam kerana memfitnah Anwar dengan mengaitkan beliau dengan video seks, pernah disabitkan dengan kesalahan rasuah pada masa lalu.
“Siasatan menunjukkan individu bernama Wan Muhammad Azri Wan Deris ini adalah bekas polis trafik yang berpangkat koperal yang telah dijatuhkan hukuman penjara kerana bersalah memeras ugut seorang yang disyaki penagih dadah untuk mendapat suapan rasuah,” kata Rafizi, selepas menunjukkan laporan dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggunakan namanya dalam anggota polis dan kad pengenalan polisnya.
Dengan menggunakan kad pengenalan polisnya dalam pengkalan data SPRM dan menggunakan nama kad pengenalan biasa Papa Gomo, Rafizi berkata PKR mendapati penulis blog tersebut mendaftar sebagai pengundi di dua kawasan ― Ampang dan Wangsa Maju.
Beliau kemudian menunjukkan dua laman web dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), menunjukkan dua tarikh lahir berbeza yang menyebabkan PKR menyiasat alamat yang digunakan oleh Papa Gomo.
Rafizi mendakwa dokumen mahkamah dan alamat surat-menyurat rasmi menunjukkan Papa Gomo mempunyai dua alamat rumah, di Ampang dan di kawasan kediamannya di Wangsa Maju.

Apabila ditanya bukti adakah kedua-dua nama yang tertera di pangkalan data SPRM itu adalah Papa Gomo, Rafizi sekali lagi berkata dokumen mahkamah dapat menyamakan kedua-dua nombor kad pengenalan berkenaan, dan berkata beliau mahu respon dari blogger tersebut sebelum menunjukkan bukti tersebut.
Rafizi juga berkata latar belakang disemak oleh PKR di Ampang menunjukkan bahawa orang ramai di situ berkata blogger tersebut pernah bekerja sebagai anggota polis.
Rafizi menyeru SPR, yang sering dikritik kerana gagal membersihkan daftar pemilih, untuk menjawab dakwaan wujudnya pengundi hantu.

themalaysianinsider

No Pengenalan Diri:RF 142863
Nama:Wan Muhammad Azri bin Wan Deris
No Kes:B-06B-68-2011
Mahkamah:
Hakim:Y. A. Linton Albert [HMR], Y. A Datuk Wira Mohtarudin bin Baki [HMR] & Y. A Datuk Mohad Zawawi b
Pendakwaan:TPR Nik Azrin Zairin bt Nik Abdullah
PeguamBela:Samsul Sulaiman
Kesalahan:Seksyen 10(a)(bb) dan seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575)
Jantina:Lelaki
Warganegara:Malaysia
Negeri:Selangor
Kategori:Penjawat Awam
Majikan:Polis Di Raja Malaysia
Jawatan:Koperal
Tarikh sabitan:06/09/2012
Pertuduhan:"Pertuduhan Pertama: Bahawa kamu pada 29.11.2004, di antara jam 1.00 petang dan 3.00 petang, di Pandan Indah, di dalam Daerah Ampang, dalam Negeri Selangor, sebagai ejen kerajaan Malaysia iaitu anggota Polis Trafik yang bertugas di Balai Polis Trafik Ampang, telah secara rasuah telah meminta suatu suapan untuk diri kamu iaitu wang tunai RM1000.00 daripada seorang yang bernama Mohd Rahyudi bin Mokhtar sebagai dorongan bagi melakukan suatu perbuatan berhubung dengan hal ehwal prinsipal kamu iaitu tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohd Rahyudi bin Mokhtar yang dikatakan memiliki jarum suntikan untuk menagih dadah dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang di bawah seksyen 10(a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dan boleh dihukum di bawah seksyen 16 Akta yang sama. Pertuduhan Kedua: Bahawa kamu pada 30.11.2004, di antara jam 11.40 pgai di lorong tidak bernama di belakang sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ampang, di dalam Daerah Ampang, dalam Negeri Selangor, sebagai ejen kerajaan Malaysia iaitu anggota Polis Trafik yang bertugas di Balai Polis Trafik Ampang, telah secara rasuah telah menyetuju-terima suatu suapan untuk diri kamu iaitu wang tunai RM400.00 daripada seorang yang bernama Mohd Rahyudi bin Mokhtar sebagai dorongan bagi melakukan suatu perbuatan berhubung dengan hal ehwal prinsipal kamu iaitu tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohd Rahyudi bin Mokhtar yang dikatakan memiliki jarum suntikan untuk menagih dadah dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang di bawah seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dan boleh dihukum di bawah seksyen 16 Akta yang sama. "
Hukuman:"Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Pertuduhan pertama: Penjara 5 bulan dan denda RM10,000 (tidak bayar, penjara 8 bulan) Pertuduhan kedua: Penjara 5 bulan dan denda RM10,000 (tidak bayar, denda 8 bulan). Hukuman penjara berjalan berasingan. Keputusan Mahkamah Tinggi: Mahkamah telah menolak rayuan Perayu terhadap sabitan. Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen dikekalkan. Mahkamah Rayuan: Rayuan OKT ditolak. Mahkamah telah mengurangkan hukuman penjara dari 5 bulan kepada 14 hari dan denda RM10,000.00 id 8 bulan penjara adalah dikekalkan bagi kedua-dua pertuduhan. Hukuman penjara adalah berjalan secara serentak"


No comments: