PETALING JAYA 4 MAC: Pakatan Rakyat syorkan supaya sidang meja bulat diadakan di kalangan pemimpin bagi membincangkan insiden pencerobohan Lahad Datu dan isu keselamatan negara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kita berhasrat untuk mengadakan satu persidangan meja bulat antara pimpinan Pakatan Rakyat dengan pimpinan kerajaan terutama Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan bagi mencapai muafakat antara semua Ahli Parlimen dalam negara berkaitan isu ini,” katanya.
Ketua Umum KEADILAN itu berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini, hari ini.
Hadir sama, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Terdahulu, dalam sidang media sama, Pakatan mahu sidang Parlimen khas diadakan berhubung tragedi pencerobohan Lahad Datu.
Dalam pada itu, Anwar kesal terhadap pimpinan negara yang tidak berbibawa menyelesaikan segera isu keselamatan rakyat.
Katanya, kerajaan juga gagal menyalurkan maklumat tepat, cepat dan telus sehingga menyebabkan khabar angin tersebar luas.
“Pimpinan negara gagal menyalurkan maklumat serta memberi penjelasan terhadap keadaan sebenar yang berlaku kepada umum sehingga menyebabkan khabar angin tersebar luas,” kata Anwar.
“Pakatan sedar keadaan mutakhir di Sabah yang sememangnya menimbulkan kebimbangan, tetapi janganlah kita terburu-buru dan menyebarkan berita-berita fitnah,” sambung Anwar.
keadilandaily
No comments:
Post a Comment