Loading...

Wednesday, March 20, 2013

Raja Muda Sulu Agbimudin Kiram Pernah Menjadi Kakitangan Awam Negara



KUALA LUMPUR 20 MAC: KEADILAN mendedahkan bukti secara dokumen yang menunjukkan Raja Muda Sulu, Agbimudin @ Azzimuddie Kiram yang mengetuai pencerobohan di Lahad Datu, Sabah sejak bulan lalu, sebenarnya rakyat Malaysia dan pernah menjadi kakitangan awam.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, ia dibuktikan melalui dokumen ‘Senarai Kakitangan 1975, Perkhidmatan Awam Sabah’ yang diperolehi dari Jabatan Arkib Negara Sabah.
SenaraiKakitangan2“Dari maklumat itu, disahkan bahawa Agbimudin tersenarai sebagai Pegawai Tadbir Muda di Pejabat Daerah Kudat bermula 1 Mac 1974 dengan gaji RM610 sebulan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini.
Rafizi yang turut melampir salinan dokumen itu yang memiliki cop Arkib Negeri Sabah bertarikh 4 Oktober 1983, berkata, pendedahan itu mengesahkan hubung kait penceroboh  Sulu dengan projek IC yang melibatkan Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Wujudnya tokoh dari kumpulan bersenjata ini di kalangan warganegara mengesahkan keresahan rakyat betapa pemberian kerakyatan untuk tujuan politik tanpa proses sah mengancam keselamatan negara,” katanya.
Sebelum ini, media sosial terutama facebook kerap memapar pelbagai gambar individu yang dikaitkan dengan Kesultanan Sulu bersama-sama pimpinan Umno BN.

keadilandaily

No comments: