Loading...

Monday, March 18, 2013

Bicara Soal Polisi Bukan Peribadi Baru Ketamadunan Terjadi




KUALA LUMPUR - "(Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) terlalu sibuk berkempen. Tiada masa untuk lakukan itu semua." Demikian reaksi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengulas berhubung kontroversi terbaru dikaitkan dengan ketua pembangkang itu.

Abdul Khalid berkata, Pakatan Rakyat (PR) menganggap perkara yang ditonjolkan itu taktik lama Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Justeru tegas beliau, rakyat perlu membuat penilaian semula dalam memberikan undi kepada Barisan Nasional (BN) kali ini.

"Apabila ada PRU, ada orang hilang seluar dan baju. Jadi saya ingat, rakyat tak payahlah... itu bukan... ini tujuan untuk memilih pemerintah yang bersedia berkorban untuk rakyat.

"Jadi walaupun cerita-cerita ini yang sedap didengar, tidak akan menyelesaikan masalah ekonomi tidak baik, rasuah,.. hilang baju bukan rasuah," katanya ditemui Sinar Harian di Taman Connought, Cheras, di sini hari ini.

Abdul Khalid berkata, dakwaan terbaru ini tidak berasas sama sekali melihat kepada kesibukan Anwar, yang Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Umum PKR, menghadiri program-program PR.

"Jika saudara ikut dia, seperti berapa orang wartawan ikut dia, saya ingat, wartawan pun pengsan, tak larat.

"Jadi saya rasa, kalau itulah taktik BN, tak perlu undi BN lagi. Kita perlu hentikan mengundi golongan seperti ini," katanya.

sinarharian

No comments: