KUALA LUMPUR, 1 Mac — Pertukaran sesebuah kerajaan dalam Pilihan Raya 2013 tidak bermakna kestabilan ekonomi dan sosial Malaysia akan tergugat, kata pakar ekonomi Amerika Syarikat Nouriel Roubini hari ini.
“Sudah pastinya tidak lama lagi pilihan raya yang demokratik berlangsung dalam negara ini dan terdapat ketakpastian dalam pilihan raya ini,” kata Roubini (gambar) dalam satu forum “Datum Economic Forum 2013” di ibu kota hari ini.
“Saya ingin berkata, tidak kira apapun keputusannya, negara ini sudah menunjukkan kestabilan politik dan institusi.”
Pakar ekonomi tersebut yang terkenal dalam ramalannya keatas kejatuhan ekonomi di Amerika pada 2008 dan 2009 walaubagaimanapun memberikan pandangan kestabilan tersebut hanya akan kekal sekiranya proses demokratik berjalan dengan baik jika tidak sebaliknya akan berlaku seperti “Kebangkitan Negara Arab”.
“Oleh sedemikian, selagi terdapat proses demokratik dan selagi kejelasan politik selepas pilihan raya ia pastinya adalah sesuatu yang positif.
“Walaubagaimanapun, pastinya terdapat ketakpastian yang kecil,” tambah beliau lagi.
“Oleh sedemikian, selagi terdapat proses demokratik dan selagi kejelasan polisi selepas pilihan raya ia pastinya adalah sesuatu yang positif.
“Walaubagaimanapun, pastinya terdapat ketakpastian yang kecil,” tambah beliau lagi.
Apabila ditanya oleh salah seorang peserta sama ada langkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mengumumkan lagi tarikh pilihan akan memberikan kesan buruk kepada pasaran dan pelabur di Malaysia, Nouriel menjawab: “Saya tidak masuk campur dalam politik negara ini.
“Rakyat akan pilih wakil mereka dalam pilihan raya nanti. Negara ini demokrasinya stabil dan komitmen polisi luar ekonominya telah membawa kepada kejayaan dan disegani dikalangan negara luar lain,” tambah beliau lagi.
Sehubungan itu, Nouriel menegaskan segala ketakpastian dalam pilihan raya yang dijangka berlangsung tidak lama lagi akan ditangani menerusi proses yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan negara sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
“Ketakpastian akan ditangani menerusi proses demokratik dan institusi demokrasi yang kuat dalam negara ini,” kata pengerusi badan Roubini Global Economics di Amerika Syarikat.
Beliau juga memberikan pandangan secara tak langsung terhadap beberapa langkah kerajaan yang memberikan pelbagai gula-gula politik seperti wang dan barang keperluan untuk meraih dengan menyifatkannya sebagai langkah yang tidak menguntungkan ekonomi sesebuah negara.
“Setiap kali adanya pilihan raya, sesiapa yang berkuasa sebelum pilihan raya akan memberikan wang tunai kepada orang ramai.
“Ini bagi meningkatkan peluang untuk menang dan tingkatkan defisit pada tahun pilihan raya. Tapi diharapkan langkah tersebut tidak diulangi semula,” ujar Nouriel yang juga dikenali sebagai “Dr Doom” itu lagi.
Pelbagai spekulasi tentang pilihan raya dikeluarkan oleh ahli politik kebelakangan ini, antaranya memberikan situasi kekecohan yang akan berlaku sekiranya pembangkang iaitu Pakatan Rakyat (PR) memegang tampuk kuasa di Putrajaya.
Dalam pada itu, bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga menyifatkan perubahan kerajaan bukanlah terbaik untuk Malaysia kerana ia hanya akan membantutkan kemajuan ekonomi yang cuba dibawa oleh kerajaan sedia ada.
Dr Mahathir menegaskan berbeza dengan negara lain, Malaysia merupakan sebuah negara yang tidak pernah bertukar pemerintahan sejak mencapai kemerdekaan dan menggambarkan perubahan kerajaan bakal memberi kesan teruk terutamanya dari segi ekonomi khususnya.
“Malaysia tidak pernah bertukar pemerintahan sejak Merdeka.
“Oleh sebab itulah negara terus-menerus mencapai kemajuan sehinggalah sekarang ini,” kata beliau pada Januari lalu.
Najib juga meminta rakyat supaya tidak membuat “perubahan” yang belum pasti menjamin kemakmuran dan kesejahteraan kepada mereka.
Bukan semua perubahan membawa kepada sesuatu yang baik, kata Najib sambil mengingatkan supaya rakyat tidak menukarkan sesuatu yang mereka boleh bergantung harapan daripada memberi kepada pihak lain yang ternyata belum terbukti rekod perkhidmatannya.
Menjelang pilihan raya tidak lama lagi tahun ini, pentadbiran Najib dan Umno yang dipimpinnya berhadapan ujian paling getir sejak kemerdekaan terutamanya apabila PR membangkitkan pelbagai isu kontroversi melibatkan pemimpin politik dalam Umno.
PRU ke 13 dijangkakan sebagai paling sengit dalam sejarah bagi Barisan Nasional kerana buat pertama kalinya perlu berhadapan dengan pembangkang yang paling tersusun.
- themalaysianinsider
No comments:
Post a Comment