Loading...

Friday, March 8, 2013

Lahad Datu :Momokan Fitnah Jahat , Ketua Umum Fail Saman




KUALA LUMPUR 7 MAC: Datuk Seri Anwar Ibrahim memfail saman ke atas Utusan dan TV3, esok berikutan kedua-dua media kawalan itu menerbitkan laporan fitnah berkaitan isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.


Ia akan difail di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur jam 10.30 pagi, kata peguamnya, N Surendran dan Latheefa Koya pada kenyataan media, petang ini.


Saman difail berikutan laporan media itu kononnya Anwar terlibat dalam kes pencerobohan bersenjata di Lahad Datu.

Utusan Malaysia sebelum ini menerbitkan laporan bertajuk ‘Ketua Pembangkang dikaitkan dengan pencerobohan?’ dan  ‘Tiga kumpulan jadi dalang’ dengan mentohmah penglibatan Anwar dengan kumpulan berkenaan.


TV3 pula menggunakan istilah ‘dalang’ ketika mengaitkan Anwar dalam kejadian itu.
Berikutan itu, Anwar pada 4 Mac lalu menuntut TV3 dan Utusan membuat permohonan maaf secara terbuka, menarik balik tuduhan, ganti rugi masing-masing RM100 juta.


Bagaimanapun, tohmahan media kawalan Umno terhadap Ketua Umum KEADILAN itu semakin tersasar berikutan Kesultanan Sulu menafi dakwaan pembangkang Malaysia terlibat.

“Kami tiada hubungan dengan pembangkang Malaysia. Kami tidak adakan perbincangan dengan mereka,” kata Puteri Jacel Kiram, anak kepada Sultan Jamalul Kiram III dipetik dari portal berita Filipina, Interaksyon.com 4 Mac lalu

-FZL

Keadilandaily

No comments: