Loading...

Wednesday, March 6, 2013

90% Manifesto 2008 Selangor Selesai




SHAH ALAM 5 MAC: Kerajaan Negeri Selangor berjaya menunaikan dan sedang melaksanakan lebih 90 peratus daripada 23 janji di dalam manifesto Pakatan Rakyat Selangor 2008.

Menurut data Sekreteriat akhbat pejabat Menteri Besar Selangor, sebanyak 14 janji (61 peratus) berjaya dilaksanakan, seperti hadiah anak masuk universiti sebanyak RM1000 dan skim perlindungan insurans warga emas.

Sejumlah 8 janji pula sedang dilaksanakan, antaranya diskaun 20 peratus cukai pintu rumah yang akan dilaksanakan dalam fasa kelima program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Manakala, penubuhan institusi bagi menyelaraskan hal ehwal agama selain Islam akan diumumkan pada masa akan datang.

Selain itu, kerajaan Negeri juga melaksanakan beberapa program yang tidak dimasukkan ke dalam manifesto, antaranya pemberian air percuma 20 meter padu, Tabung Anak Pekerja Ladang dan Program Mikrokredit Miskin Bandar Selangor (MimBar).

keadilandaily

No comments: