KUALA LUMPUR, 4 Mac - Pemerhati melihat pencerobohan Sabah oleh kumpulan bersenjata Sulu bahawa “Projek IC” kembali menghantui Malaysia, sementara seorang ahli akademik berkata tuntutan seorang yang mendakwa dirinya Sultan Sulu adalah tidak adil untuk rakyat Sabah.
Pemerhati diminta memberi komen terhadap “Projek IC”, iaitu pendatang asing didakwa menerima kewarganegaraan tanpa mengikut undang-undang, yang kini sedang disiasat dalam inkuiri Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI).
Apabila ditanya tentang hubungan “Projek IC” dengan ketegangan di Sabah, penulis Karim Raslan berkata, “aspek hitam” kini sudah mula didedahkan.
“Krisis yang berlaku ini menunjukkan terdapat aspek hitam dalam operasi rahsia (Projek IC) dalam memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing.”
“Kita perlu bertanya pada diri sendiri siapa dibelakang Projek IC ini?” kata Karim lagi.
Apabila ditanya apa yang perlu dilakukan, Karim berkata: “Kita perlu menyiasat butiran tentang bagaimana (Projek IC) dijalankan, dan membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.
”Dr Andrew Aeria, seorang profesor dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), berkata proses haram Projek IC ini menghantui Malaysia, dan berkata apa yang berlaku di Sabah menunjukkan “kegagalan polisi” sebelum ini.
“Kes ini menunjukkan kegagalan polisi. Projek IC yang haram serta kegagalan dalam memantau sempadan (bersama tidak ada penyelesaian mengenai isu padjak dalam status Sabah dari Kesultanan Sulu lama) menghantui kita.
Pakar akademik itu merujuk kepada pertindihan tuntutan terhadap status Sabah, apabila Sultan Sulu mengatakan ‘padjak’ merujuk kepada sewa, manakala Malaysia membayar setiap tahun kepada Sultan tersebut untuk mendapatkan hak ke atas Sabah, yang menjadi sebahagian dari Malaysia berdekad lamanya.
Andrew berkata cara terbaik ialah Parlimen perlu membuat sidang khas mengenai isu ini: “Ini untuk memastikan Parlimen menyusun tindakan dan merancang apa kerajaan boleh lakukan.”
Tetapi Dr Arnold Puyok, seorang penganalisis politik di Sabah, berkata pencerobohan Sabah dan inkuiri Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) adalah isu yang berbeza, dan berkata pencarian kebenaran mesti diteruskan.
“Penduduk Sabah mahu kerajaan menunjukkan kesungguhan politiknya. Saya tidak melihat ada kaitan antara pencerobohan dengan inkuiri RCI. Kerajaan mesti terus mencari kebenaran melalui RCI.”
Pensyarah UiTM Sabah itu mencadangkan dialog diadakan bagi menyelesaikan masalah ini.
“Dialog antara Filipina dan Malaysia mesti diadakan. Wakil sah dari Sultan Sulu perlu dijemput sekali. Dialog tersebut mesti mencari penyelesaian jangka panjang untuk hubungan Sabah-Sulu,” katanya.
Apabila dihubungi, Farish A Noor, ahli akademik yang berpengkalan di Singapura mengatakan tuntutan ke atas Sabah dari seseorang yang mendakwa dirinya Sultan Sulu “tidak adil” untuk rakyat Sabah.
“Apa perasaan rakyat Sabah apabila seorang dari Filipina datang entah dari mana mengaku dirinya raja? Saya meragui rakyat Sabah akan menerima dakwaan tersebut,” kata profesor dari S. Rajaratnam School of International Studies (RSIS), Universiti Teknologi Nanyang (NTU) melalui email.
Beliau juga ditanya mengenai laporan dari kerajaan Filipina akan membawa isu tuntutan Sultan Sulu kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
“Filipina boleh bawa isu tersebut ke mahkamah tetapi ia tidak akan membawa erti, dan mana-mana mahkamah tidak akan memihak kepada Sultan Sulu kerana dua sebab: Ada ramai mengaku dirinya sebagai Sultan Sulu, jadi siapa Sultan yang sebenar? Kedua, kesemua negara di ASEAN mengakui sempadan masing-masing, dan tidak ada negara boleh membuat tuntutan berdasarkan sejarah hari ini,” katanya lagi.
Beliau berkata maklumat perlu disebarkan mengenai krisis di Sabah bagi mengelakkan sebarang spekulasi.
“Sepertimana dikawal selia oleh kerajaan Malaysia, tidak timbul keraguan bahawa terdapat keperluan untuk meningkatkan penjagaan keselamatan dan operasi, tetapi kekurangan maklumat menyebabkan tercetus pelbagai spekulasi.
“Banyak yang kita baca di Internet bersifat spekulasi, bagaimanapun saya merasakan maklumat perlu disampaikan dalam keadaan terbuka dan tidak beremosi.”
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menafikan kerajaan melindungi maklumat, dan berkata pengesahan perlu dilakukan terlebih dahulu.
Pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan puak bersenjata Filipina Jumaat lalu, selepas kumpulan bersenjata dari Sulu itu mendarat di Kampung Tanduo selama dua minggu, menyebabkan kematian seramai 15 orang, dimana kampung tersebut kira-kira 130 km dari bandar Lahad Datu.
Semalam, lima anggota polis Malaysia terbunuh dalam serangan hendap di Semporna, kira-kira 150 km dari Lahad Datu.
Semalam seorang militan Filipina dipukul sampai mati oleh penduduk kampung di Sabah, sementara pemberontak Sulu mendakwa mereka menahan beberapa rakyat Malaysia dan menahan mereka sebagai tahanan.
RCI mengenai isu pendatang asing ini akan diketuai bekas hakim Tan Sri Steve Shim bermula esok.
RCI mengenai isu pendatang asing ini akan diketuai bekas hakim Tan Sri Steve Shim bermula esok.
themalaysianinsider
No comments:
Post a Comment