Loading...

Wednesday, March 13, 2013

Liwat II :Saya Tahu Apa Yang Berlaku Di balik Tabir- Bapa Saiful




KUALA LUMPUR 12 MAC: Bapa kepada Saiful Bukhari mengulangi kenyataannya sebelum ini mengenai penglibatan Pegawai Khas kepada Datuk Seri Najib Razak sebagai antara dalang konspirasi kes Fitnah II.
“Kenyataan saya jelas. Dalang di belakang kes liwat II ialah Khairil Anas Jusoh,” kata Azlan Md Lazim ketika menjawab soalan wartawan pada sidang media semalam.

Menyifatkan tiada keperluan untuk bersumpah bagi membuktikan kebenaran, Azlan juga sedia mengulangi pendedahannya berkaitan konspirasi berkenaan.

“Dalam Malaysia ini, kita sudah tengok banyak orang bersumpah. Saya tegaskan dalam kenyataan, saya tidak takut. Kalau takut, saya tidak akan buat apa-apa,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, tindakannya mendedahkan hal sebenar berkaitan konspirasi itu bukan bertujuan menganiayai anaknya, Saiful Bukhari.

“Kasih sayang saya tidak berbelah bagi. Sebagai bapa, saya tahu dengan lebih jelas apa yang berlaku di sebalik tabir, apa yang orang tak  tahu.

“Terpulang pada masyarakat untuk percaya,” katanya yang menolak tanggapan kononnya pendedahan dan penyertaannya dalam KEADILAN, mengkhianati Saiful Bukhari.

“Bukan bermakna saya menyertai KEADILAN, saya akan sisihkan Saiful dan anak-anak yang lain,” katanya yang turut menyebut nama timbangan anaknya yang lain, ‘Tati’ dan ‘Su’.

(FZL)

keadilandaily

No comments: