Saturday, March 16, 2013

NGO Pro-UMNO sedang berlatih untuk membuat huru-hara Pasca PRU-13

Waris Malaya ?


Terdapat kebimbangan bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin akan ditangkap tidak lama lagi kerana Perdana Menteri Najib Razak dan parti pemerintahannya Umno menuduh beliau sebagai dalang pencerobohan di Lahad Datu.

Ahli-ahli parti PKR Anwar menjangka perkara paling buruk mungkin akan berlaku, berdasarkan maklumat yang diterima daripada sumber di peringkat tinggi serta jika dibaca daripada rentetan peristiwa yang "dirancang" mereka merasa ini bertujuan untuk mewujudkan perasaan benci terhadap pemimpin berusia 64 tahun itu.

Kebangkitan Anwar dijangka bakal membentuk dan menerajui kerajaan persekutuan pada masa akan datang, dan jika dia 'ditahan', kemaraan Pembangkang boleh dipatahkan.

"Saya rasa adalah wajar bagi saya untuk sekurang-kurangnya tidak memandang remeh apa-apa kemungkinan kerana kebarangkalian adalah sangat tinggi. Jika anda bercakap dengan sesiapa sahaja, memang sudah jelas terdapat kemungkinan bahawa Pakatan Rakyat akan menang," pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli memberitahuMalaysia Chronicle.

"Pada mulanya saya fikir kita telah menolaknya. Tetapi setelah memerhatikan bagaimana peristiwa telah dirancang sejak 2 minggu yang lalu, mesej keseluruhan seolah-olah cuba mengaitkan Anwar Ibrahim sebagai dalang di sebalik kejadian. Saya tidak fikir ia adalah sesuatu yang keterlaluan jika kita mengambil langkah berjaga-jaga kerana negara ini pernah menyaksikan perkara yang lebih teruk daripada itu. Jika mereka telah melibatkan Anwar Ibrahim dalam dua kes tuduhan liwat yang dibuat-buat, saya tidak fikir ia adalah sukar bagi mereka untuk menjadikan Anwar Ibrahim sebagai modal politik yang bakal menguntungkan mereka dalam pilihanraya yang akan dating. Kita sudah begitu hamper pada pilihanraya, jadi kita sedang memantau dan melakukan yang terbaik untuk mengumpul seberapa banyak maklumat. Tetapi saya fikir orang ramai juga perlu berwaspada jika terdapat sebarang cubaan untuk mengaitkan Anwar Ibrahim dengan apa yang berlaku di Sabah, bagi saya, ia perlu ditolak dengan serta-merta kerana ia tidak lebih daripada helah politik Umno."




Menaikkan kemarahan rakyat terhadap Anwar, Tian Chua
Tekanan ke atas Najib yang tertekan semakin hebat berikutan kematian 2 askar pada hari Selasa, membawa kepada jumlah kematian meningkat kepada 10 setakat ini daripada pasukan keselamatan Malaysia yang dikerahkan untuk mengawal krisis Lahad Datu. Dengan pilihan raya umum ke-13 di negara yang bakal menjelang, Najib yang berusia 59 tahun akan terpaksa mengosongkan tempatnya.

"Saya fikir mereka akan cuba menaikkan kemarahan rakyat terhadap Anwar dan Pakatan Rakyat. Rentak mereka sama sahaja, anda boleh melihat di kaca TV setiap hari bagaimana kata-kata Anwar sering dimanipulasi, sedangkan lagu beliau mengenai Umno kehilangan Sabah sudah disalahguna. Gambar lama pertemuan beliau dengan Nur Misuari (pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro) ditunjukkan untuk memberi bukti terdapat konspirasi diantarabeliau dan Sultan Sulu untuk menyerang Sabah. Walaupun kedua-dua Anwar dan Kesultanan Sulu telah menafikannya, mereka hanya akan mengabaikannya dan memutar belit segala-galanya untuk memenuhi tujuan mereka, "Tan Kee Kwong, seorang pemimpin kanan PKR, memberitahu Malaysia Chronicle.

"Taktik yang sama digunakan ke atas Tian Chua. Dia merupakan unsur Cina bagi UMNO yang gunakan untuk menaikkan kemarahan orang Melayu bertindak sebagai bukti akan tuduhan Mahathir bahawa Anwar akan menjual negara ini kepada orang Cina jika dia menjadi PM adalah benar. Mereka memalsukan dakwaan pasukan polis untuk ‘mati katak' daripada Tian Chua walaupun dia sebenarnya tidak pernah berkata demikian. Bagi golongan elit Umno, apabila mereka sudah terdesak, apa-apa sahaja akan sanggup mereka lakukan tanpa perlu ada alasan."

Bukan pertama kali
PKR mungkin mempunyai alas an untuk bimbang. Kenyataan yang dikeluarkan sehari yang lalu oleh Menteri Pertahanan Zahid Hamidi bahawa kerajaan akan memantau media Filipina untuk mendapatkan maklumat mengenai dalang di sebalik krisis Lahad Datu mencetuskan syak wasangka.

"Saya percaya media Filipina akan menyiarkan maklumat lanjut. Saya tidak mahu untuk mengaitkan mana-mana individu. Biarkan media Filipina yang mendedahkannya, "Bernama melaporkan Zahid sebagai berkata pada hari Selasa.

Jika Anwar ditahan dan didakwa atas dakwaan pengkhianatan, implikasi bagi pilihanraya Malaysia mungkin tidak akan menjadi seperti apa yang Najib harapkan.

Ia hanya boleh meyakinkan pengundi Melayu luar bandar untuk menyebelahi Umno, namun bakal mencetuskan gelombang besar undi protes kepada pembangkang. Pilihan raya 2008 adalah bukti yang terbaik, mendedahkan pengundi Malaysia berjiwa bebas , yang mempunyai pemikiran mereka sendiri.

Dan jika diperhatikan kepada trend menurun dalam populariti Najib sejak memegang jawatan pada April 2009, dia seharusnya ingat bahawa taktik ekstrim telah gagal mengembalikan keyakinan rakyat terhadapnya, menghalang Anwar daripada terus berada di dunia politik selalunya hanya akan memakan diri mereka sendiri.

Antara konspirasi yang didakwa dirancang Najib untuk menggagalkan pembangkang termasuk pusingan kedua tuduhan liwat yang direka terhadap Anwar pada tahun 2008, mengadakan rampasan kuasa terhadap kerajaan negeri Perak yang dipimpin PR pada tahun 2009, serta skandal seks yang diketuai oleh Datuk T dan media BN pada tahun 2011.

Untuk menangkap Anwar kerana didakwa mendalangi pencerobohan di Lahad Datu bukanlah di luar keupayaan Najib.

Najib juga terikat untuk mendapatkan sokongan dari bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad, orang yang dikatakan bakal paling rugi jika PR menang dalam PRU ke-13 dan Anwar menjadi PM yang seterusnya.

Ini kerana, bukan sahaja Mahathir telah memecat dan memenjarakan Anwar pada tahun 1998 pada pusingan pertama tuduhan liwat palsu, Anwar juga telah memberi amaran bahawa anak-anak Mahathir, yang disenaraikan dalam indeks Forbes sebagai antara yang terkaya di dunia, akan dipaksa untuk membayar balik kesemua wang yang telah dirompak dari negara setelah beberapa tahun.







MC

No comments: